Lanjutan mengenai catatan saya berkenaan Masjid-Masjid yang terdapat di Cameron Highlands (Catatan di SINI, saya ingin mengecilkan kisahnya mengenai Masjid Abu Bakar yang merupakan Masjid Daerah Cameron Highlands.
Melihat pada saiznya mungkin akan ada yang mengatakan ianya begitu kecil untuk sebuah masjid daerah tetapi percayalah, kapasitinya masih lagi mampu untuk menampung jemaah sekitar Tanah Rata.

Saya membayangkan jika tiada pejabat kerajaan dibuka maka saya pasti bilangan pekerja asing seperti Bangladeshi, Mynmar, Nepal dan Indonesia boleh menjadikan masyarakat Melayu sekadar minoriti di sini.

Kemudian Masjid Abu Bakar dinaiktaraf dengan menambah ruang di sebelah anjungnya dan juga kebahagian depan serta kemudahan yang lain seperti ruang musafir dibahagian belakang.
Masjid ini ditadbir sepenuhnya oleh Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands dengan badan pengurusan seperti iman dan bilal serta aktiviti-aktiviti keagamaan yang berterusan.
Cuma kelengkapan yang masih jauh tertinggal adalah tiada kipas disediakan apatah lagi aircond.....
Tips ketika berkunjung di sini:
- Masjid terletak di sebelah Padang Bola Tanah Rata.
- Masjid berada di atas bukit dan jika ada warga emas, sila pandu kereta anda ke pintu masuk atau letakkan di tempat letak kereta di bukit bersebelahan.
- Terdapat ruang musafir yang berasingan di bahagian belakang dewan utama.
- Terdapat sudut gambar-gambar lama untuk anda ketahui sejarah pembinaan masjid ini.
Selamat singgah dan menunaikan solat dan ibadah di sini.
No comments:
Post a Comment