TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, February 7, 2017

Kembara Rafflesia 2017 3 ... Lokasi

Catatan ketiga ini saya kongsikan secara ringkas berkenaan dengan lokasi populasi Bunga Rafflesia.

Semuanya berada di Daerah Kecil Lojing Kelantan. Setakat ini saya tidak mengetahui populasi bunga terbesar ini ada atau tidak di Cameron Highlands. Kalau ada tolong kongsikan bersama ya. 

Tapi tak apa, Lojing dan Cameron Highlands berkongsi sempadan sahaja.

Untuk anda yang belum membaca catatan awal dan kemudian Kembara Rafflesia yang telah saya kongsikan terlebih dahulu boleh membacanya di link yang disediakan ini. Bukan apa supaya anda dapat memahami lebih lanjut aturannya.

Kembara Rafflesia 2017 1...  pengenalan kembara
Kembara Raffelsia 2017 2...pengenalan bunga rafflesia
Kembara Raffelsia 2017 3... lokasi kembara
Kembara Raffelsia 2017 4 ... tips untuk ke sana
Kembara Raffelsia 2017 5  ... belum buat ... tapi rasanya pasal trek kembara plot kedua
Kembara Raffelsia 2007 6 ... belum buat.. Lojing di hujung tanduk kut

Saya ingin memetik kajian penyelidik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari laman web Jabatan Perhutanan Kelantan di mana dinyatakan terdapat 3 kawasan telah dikenalpasti mempunyai populasi bunga ini.

Pertama di Kampung Orang Asli Cedau di Pos Hendrop, kedua di Kampung Orang Asli Kuala Rengi di Pos Broke dan ketiga yang saya kunjungi minggu lepas di Kampung Orang Asli Jedip di Pos Broke.
Kawasan hutan Simpanan Sg Berok dan kawasan yang akan diwartakan sebagai kawasan perlindungan rafflesia.

Kajian UMK mendapati populasi terbanyak bunga rafflesia adalah di Kampung Jedip iaitu 26 lokasi populasi telah ditemui dalam kajian mereka.

Kiranya saya bertuah kerana dalam kembara Rafflesia kami minggu lepas dengan hanya jarak 3 km kami berjaya mengunjungi 2 populasi bunga rafflesia dari spesis kerri.

Bunga Rafflesia kerri yang telah berkembang selama 5 hari. Ada 3 hari sebelum busuk dan mereput.

Hutan Simpan Sungai Berok ini dikatakan dalam proses pewartaan sebahagianya sebagai kawasan pemuliharaan bunga rafflesia iaitu melibatkan keluasan 645 ha.

Bagi saya amat perlu untuk diwartakan kerana kawasan sekitarnya telah diterokai dengan begitu rakus untuk tujuan kebun sayur.

Cara ke sini ... perlukan pacuan 4 roda dan kaki yang tidak cedera serta stamina yang ampuh untuk melakukan perjalanan melalui denai ke kawasan populasi rafflesia.

Kuntum bunga yang masih belum berkembang dan memerlukan sekitar 2-3 bulan tempoh matang sebelum berkembang.

Saya akan kongsikan dalam catatan keempat nanti bagaimana pengalaman kami melalui perjalanan 7 km untuk melihat bunga raffelsia ini. 

Sent from my S7edge smartphone

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock