Saya kongsikan kisah tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 16 mangsa di Ringlet pada tahun 1961 dari 3 sumber pembacaan ;
Sumber : Blog |
Jejak: 16 mangsa ditanam hidup-hidup Oleh Nasron Sira Rahim
Tragedi Ringlet dicatat sebagai sejarah hitam negara kerana kali pertama berlaku tanah runtuh hingga ragut ramai nyawa.
DALAM ruang kedai kopi itu, penduduk sekitar Ringlet, sebuah pekan kecil di Cameron Highland Pahang masih leka dengan aktiviti rutin mereka saban hari yakni bermain mahjong, daun terup dan mencicip secangkir kopi dengan gembira dan tenang bersama rakan.
Sehinggalah sekitar jam 4 petang, deretan buah mahjong di atas meja mula bergerak bertaburan. Tenang air kopi di dalam cawan mula berkocak dan permukaan tapak kedai yang mereka diami mula bergegar. Bunyi dengung menusuk corong telinga semakin kuat!
Pengunjung mula panik dan tertanya-tanya tetapi belum pun jawapan diperoleh, sesuatu yang menggemparkan berlaku. Mereka tidak sempat berfikir panjang, sejurus selepas gegaran itu, tanpa sempat berbuat apa-apa termasuk berlari meninggalkan kawasan itu, kedai berkenaan runtuh.
Jeritan mungkin kedengaran seketika sebelum tiang dan bahan binaan kedai menghempap mereka. Kemudian, buat seketika, segala-galanya sunyi.
Kelam. Seorang daripada pengunjung di dalam kedai kopi itu tidak dapat melihat apa-apa, keadaan sekeliling menjadi gelita. Dia cuba menggerakkan tangan dan kakinya tetapi gagal berbuat demikian. Posisi kedudukannya terhad.
Apa yang sudah berlaku? Dia tertanya-tanya sendirian dalam keadaan yang tidak dapat dipastikan itu. Sekelilingnya gelap, ruang pergerakannya terhad, pendengarannya tuli dan nafasnya semakin sesak.
Tiba-tiba fikirannya terbayang sesuatu yang ngeri. Dia kembali cemas.Lelaki itu menelan liur yang perit tatkala mengenangkan yang keadaannya bagaikan di dalam kubur! Dia tertanam hidup-hidup!
Di luar, keadaan mula riuh rendah. Raungan dan tangisan terutama dikalangan penduduk wanita berterusan di mana-mana. Suasana cemas dan kelam kabut.
Hari itu - 11 Mei 1961, beribu tan tanah runtuh di atas sederet kedai yang berada di kaki bukit tanpa disangka. Enam daripada lapan kedaiter timbus sepenuhnya bersama pelanggan yang masih tidak dikenal pasti jumlahnya. Pastinya, semua pelanggan terbabit tertimbus hidup-hidup!
Bagi mereka yang terselamat iaitu tidak berada di dalam enam premis itu, raungan dan jeritan bak histeria kedengaran berterusan sebaik melihat kejadian itu. Lebih-lebih lagi tatkala mengenangkan ada antara saudara, suami, isteri, anak atau ahli keluarga yang sudah tertimbus dalam timbunan tanah itu.
Dan raungan dan jeritan kuat itu bertebaran luas sekeliling bandarberkenaan. Ia menarik perhatian beberapa pihak berdekatan sehingga sekelip mata saja kawasan bandar kecil Ringlet dipenuhi ramai orang.
Lebih 700 orang datang daripada segala pelusuk alam dan mulamengerumuni timbusan tanah itu. Antara mereka adalah sekumpulan tentera British yang sedang beristirahat berhampiran selain jurutera Jerman yang mengendalikan projek berhampiran.
(Tambahan dari saya, PROJEK EMPANGAN DI LUBUK TAMANG ataupun kini dinamakan sebagai Empangan Abu Bakar dibawah teknologi Jerman di mana syarikat dari Jerman diberikan kontrak pembinaan. Ketika ini jugalah, pemilik Genting Highlands, Lim Goh Tong juga terlibat sebagai sub kontraktor. Dari sinilah beliau mendapat ilham perlunya satu kawasan rehat tanah tinggi untuk penduduk Lembah Klang yang akhirnya beliau mendapatkan kawasan di genting sebagai kawasan tanah tinggi yang dibangunkan sebagai kasino dan hotel peranginan selepas kembali dari projek empangan di Ringlet. Manakala Askar Bristih yang sedang berehat adalah dari British Military Hospital dan Kem Slim di Tanah Rata).
(Tambahan dari saya, PROJEK EMPANGAN DI LUBUK TAMANG ataupun kini dinamakan sebagai Empangan Abu Bakar dibawah teknologi Jerman di mana syarikat dari Jerman diberikan kontrak pembinaan. Ketika ini jugalah, pemilik Genting Highlands, Lim Goh Tong juga terlibat sebagai sub kontraktor. Dari sinilah beliau mendapat ilham perlunya satu kawasan rehat tanah tinggi untuk penduduk Lembah Klang yang akhirnya beliau mendapatkan kawasan di genting sebagai kawasan tanah tinggi yang dibangunkan sebagai kasino dan hotel peranginan selepas kembali dari projek empangan di Ringlet. Manakala Askar Bristih yang sedang berehat adalah dari British Military Hospital dan Kem Slim di Tanah Rata).
Mereka mula mengorek dengan harapan masih ada mangsa yang dapat diselamatkan. Selain penduduk setempat, ratusan pekerja projek empangan hidroelektrik berhampiran bergegas menghulurkan bantuan.
Kerja pengorekan dimulai dengan kudrat manusia sehingga peluh berjuraian daripada dahi hingga ke kaki. Pasukan penyelamat daripada pihak berkuasa tiba dengan pantas dan menyertai usaha sukarela pendudukitu.
Seterusnya dua jentera bulldozer dikejarkan untuk mengorek tanah bagi mencari mangsa yang masih tertimbus. Kerja itu bukan mudah lantaran timbunan tanah ribuan tan itu meliputi kawasan luas.
Dianggarkan masih ada kira-kira lebih 20 pelanggan di dalam tiga kedaikopi, dua kedai runcit dan satu kedai daun teh berkenaan ketika tragedi berlaku. Sebuah teksi yang membawa penumpang juga dilaporkan tertimbus.Kini semuanya masih ditelan tanah.
Dua jam kemudian, seorang daripada penyelamat sukarela itu melihat sesusuk tubuh di sebalik timbunan tanah itu. Dia terus menggali lebih bersemangat. Beberapa rakan turut menggali di tempat sama.
Selepas dua jam, kerja menggali mereka mengeluarkan enam kanak-kanak Cina dan empat India yang sudah tidak lagi bernyawa. Seorang wanita Cina yang juga seorang daripada pemilik kedai berkenaan berjaya dibawa keluar hidup-hidup tetapi dua anaknya maut dalam tragedi itu.
Kira-kira 30 pengunjung lain berjaya diselamatkan walaupun mengalami kecederaan. Sebahagian mangsa yang kritikal terus dikejarkan ke Hospital Ipoh dan Hospital Tapah yang berdekatan.
Masa melewati kira-kira empat jam daripada permulaan tragedi apabila satu keajaiban berlaku - seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dijumpai selamat walaupun sudah lebih tiga jam tertimbus hidup-hidup.
Kanak-kanak itu terselamat kerana ketika runtuhan, dia sempat berbaringdan berlindung berhampiran tembok yang menghalang tanah berat itu daripada menimbusinya.
Jam berganti dan hari bersilih, tanah terus diangkut dan kerja pengorekan diteruskan tanpa henti. Menjelang petang hari kedua,sebanyak 13 mayat tercatat dalam senarai mangsa maut tragedi Ringlet.
Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak dan Menteri Kabinet turut melawat dan memantau operasi gerakan mencari berikutan tragedi Ringlet adalah tragedi yang dicatat sebagai sejarah hitam negara. Tidak pernah tanah runtuh berlaku dengan sebegitu teruk dan mengorbankan mangsa yang ramai sebelum ini.
Menjelang petang, tanah yang menutupi enam premis di pekan kecil itu berjaya dibersihkan. Enam premis itu kini tiada lagi, tiada dinding,tiada atap; yang tinggal hanyalah tapak simennya saja.
Ketika semua premis itu runtuh, serpihannya turut menghempap beberapa rumah berhampiran dan menyebabkan kerosakan.
Seterusnya pada hari ketiga, dua lagi mayat ditulis dalam senarai mangsa maut selepas dijumpai dalam timbunan tanah itu menjadikan jumlah mangsa seramai 15 orang.
Hari itu juga, akhbar melaporkan penafian Lembaga Letrik Pusat yang kejadian tanah runtuh itu berpunca daripada projek empangan hidroelektrik bernilai jutaan ringgit yang dijalankan berhampiran pekanitu.
Hari keempat, satu lagi berita sedih disebarkan apabila seorangkanak-kanak perempuan yang pada mulanya ditemui selamat, meninggal dunia di hospital pada pagi 14 Mei. Itulah mangsa terakhir yang menjadi korban tragedi Ringlet 1961, 35 orang cedera dan 16 mangsa menemui mautdi tanam hidup-hidup!
No comments:
Post a Comment