TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, November 23, 2018

Langkah jangka pendek dan jangka panjang kesesakan jalan raya di Cameron Highlands


MENJAWAB PERSOALAN DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG MENGENAI LANGKAH-LANGKAH JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG YANG AKAN DILAKSANAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN NEGERI UNTUK MENANGANI MASALAH KESESAKAN LALU LINTAS DI KAWASAN CAMERON HIGHLANDS TERUTAMANYA SEMASA HARI CUTI

Untuk menjawab perkara ini, pada Ogos 2019, JKR telah menjalankan kajian trafik kesesakan yang berlaku pada musim perayaan , cuti sekolah dan pada hujung minggu. Kesesakan yang berlaku pada waktu siang dan di lokasi Brinchang, Tanah Rata dan Kea Farm ianya adalah disebabkan terdapat ramai tumpuan pelancong terutamanya di Kea Farm.

Sehubungan dengan itu, terdapat sebanyak dua cadangan kertas kerja yang telah disediakan oleh JKR untuk menangani masalah kesesakan di atas.

Cadangan Projek yang pertama ialah dengan  menaik taraf jalan dari jalan kembar dua lorong kepada jalan kembar tiga lorong  Laluan Persekutuan , Tapah-Cameron Highlands. Cadangan projek ini melibatkan kerja perlebaran di lokasi Kea Farm, iaitu masing-masing dari arah Hotel Copthorne dan S'Corner menuju ke Kea Farm. Kertas kerja telah pun dikemukakan pada Julai 2018 ke Ibu Pejabat JKR Malaysia dan JKR Pahang sebagai tujuan untuk diangkat ke peringkat Pengurusan Nilai. 

Bagi cadangan projek yang kedua, ianya merupakan cadangan naik taraf jalan untuk melancarkan trafik di Laluan Tapah-Cameron Highlands dengan Simpang-simpang Jalan Langgak Mercu, Jalan Tengkolok , Jalan Persiaran Dayang Endah dan Jalan Masjid di Tanah Rata, Cameron Highlands. 

Cadangan projek ini melibatkan kerja-kerja naik taraf simpang-simpang yang terdapat di Laluan Persukutan , kawasan Tanah Rata melalui langkah-langkah seperti cadangan menutupi simpang yang kurang pengguna (low vechicle volume) serta membina laluan baru untuk  akses pengguna ke simpang lain yang sedia ada.

Kertas kerja telah pun dikemukakan pada awal Oktober 2018 ke Ibu Pejabat JKR Malaysia dan JKR Pahang sebagai tujuan untuk diangkat ke peringkat Pengurusan Nilai serta dibuat pertimbangan kelulusan sebagai projek baru di bawah RMKe11 hingga ke RMKe12.

Pihak PDRM khusunya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) amat mengambil serius berhubung permasalahan ini. Sehubungan dengan itu, tindakan jangka masa pendek yang sentiasa dilaksanakan oleh pihak PDRM dengan mengadakan kawalan lalu lintas sentiasa pada waktu puncak.

Antara langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang akan dilaksanakan oleh PDRM Pahang ialah menggerakkan pegawai dan anggota dari semua cawangan IPD Cameron Highlands untuk membantu tugas melancarkan lalu lintas. Selain itu, PDRM juga akan melaksanakan penguatkuasaan secara total enforcement and zero tolerance dalam penguatkuasaan undang-undang lalu lintas.

Penguatkuasaan ini adalah bagi kesalahan meletak kenderaan di lokasi yang tidak dibenarkan dan kesalahan halangan lalu lintas sahaja.PDRM juga menggembleng bantuan dari RELA, Penguatkuasa Majlis Daerah Cameron Highlands dan Jabatan Pengangkutan Jalan dalam penugasan kawalan dan penguatkuasaan undang-undang lalu lintas. 

Akhir sekali, PDRM akan menempatkan anggota trafik di kawasan yang dikenal pasti berlaku kesesakan di sepanjang laluan .

Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) juga mengambil tindakan untuk membina tempat letak kereta di Golden HIll untuk pasar malam di kawasan tersebut. Untuk menambah petak tempat letak kereta juga MDCH juga telah meminta peruntukan  daripada KPKT dan juga Kerajaan Negeri . Selain daripada itu juga, pertambahan sebanyak 189 petak parking juga telah dibuat di Kea Farm.

#MajuTerusPahang

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock