TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, November 10, 2018

PROSES PENARIKAN KERETA YANG PERLU ANDA TAHU



Selagi hutang bank tidak dijelaskan sepenuhnya kepada pihak bank maka terimalah hakikat bahawa kereta tersebut bukanlah milik anda sepenuhnya dan masih boleh dituntut milik oleh pihak bank.

Namun, pihak bank bukanlah sewenang-wenangnya boleh menarik balik kereta anda. 

Terdapat beberapa proses yang perlu diikuti oleh kedua-dua belah pihak.

1. Siapakah yang boleh menarik kenderaan? 

Biasanya institusi perbankan akan melantik Ejen Perolehan Semula (EPS) yang berdaftar dengan Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia untuk menarik balik kenderaan bermotor.

Masalah yang selalu timbul adalah semasa EPS hendak menarik balik kereta anda. Seringkali berlaku ketidakpatuhan sama ada di pihak anda sendiri mahupun di pihak EPS.

FAKTA MENGENAI EPS

1. EPS tertakluk kepada Peraturan Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011.

2. Semua ejen EPS hendaklah mempunyai permit yang sah yang dikeluarkan oleh Kementerian.

3. Apabila hendak menarik balik kenderaan, EPS hendaklah: 
i. Mengemukakan dan menunjukkan permit yang sah, 
ii. Mengemukakan dan menunjukkan kad pengenalannya dan 
iii. Mengemukakan perintah pemilikan semula daripada bank atau daripada Mahkamah. 
iv. EPS wajib berjumpa dengan anda semasa hendak menarik kereta anda.
v. Laporan polls tidak diperlukan oleh EPS untuk menarik kereta atau selepas menarik kereta anda.

4. EPS hanya boleh menarik kenderaan dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Anda juga boleh meminta untuk melihat kad pengenalan. 

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut..

Sumber: Sinar Harian

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock