TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, November 4, 2018

Asas Pembajaan N, P & K

Jom belajar bab asas pembajaan.

Saya kongsikan dari laman Facebook rakan-rakan yang arif. 

*APA MAKSUD BAJA #NPK ?.* 




1. Ramai pekebun menggunakan baja butiran yang tertera tulisan NPK pada bungkusan: *15-15-15* atau *12-12-17* . 

2. Maksud NPK :
 *N* bermaksud _Nitrogen_ : Baja untuk daun
 *P* bermaksud _Posphorus_ : Baja untuk akar
 *K* bermaksud _Kalium_ (Potassium) : Baja untuk buah/bunga

3. Jika pada baja  _NPK _12-12-17_ ,_ bermaksud mempunyai kandungan: 
 *Nitrogen* :12%, 
 *Posphorus* :12% 
 *Kalium* (Pottasium):17%. 

4. NPK _12-12-27_ , jika dijumlahkan semuanya baru 41%. Ini kerana lebihan 59% tersebut adalah bahan lengai ataupun 'filler' yang digunakan bagi _memegang dan mengurangkan 'kepanasan' setiap komponen_ tersebut. Jika peratusan setiap komponen tersebut digunakan 100%, ia akan menjadi _merbahaya_ pada pokok dan mengakibatkan kesan terbakar.

5. Contohnya, Baja Urea, bacaan label adalah _46-0-0._ Ini bermakna Urea hanya mempunyai _komponen Nitrogen sebanyak 46%_ dan _tiada_ Posphorus atau kalium. (Baja Daun)

6. Pembajaan untuk tumbesaran : Baja nilai *N* yang tinggi ataupun _NPK_ yang _SAMA_ seperti _15-15-15_ atau _16-16-16_ atau _18-18-18_ 


7. Untuk akar yang kuat : Baja yang nilai P yang tinggi. Seperti CIRP (Christmas Island Rock Phosphate) Kandungan P adalah _28%-32%_ 

8. Untuk kualiti Buah & Bunga : Baja yang nilai K yang tinggi. Seperti _PN (Potassium Nitrat)_ di mana kandungan K adalah *46%* 


9. Kita perlu merancang untuk memberi _TUMBESARAN POKOK_ yang baik dengan memberikan baja _15-15-15_ atau _16-16-16_ atau _18-18-18_ .

10. Apabila tiba masa untuk BERBUNGA atau BERBUAH, _ubah_ pula kepada _12 -12 -17 + Magnesium+Trece Elemen (TE)_ 

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat..

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock