TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, November 16, 2018

Kenapa Perumahan Prima menjadi pilihan utama Apartment Percutian terkini di Cameron Highlands


Panjang tajuk kali ini kan....

Antara soalan yang diterima saya adalah soalan di atas. 

Jawapan saya adalah... Perumahan Prima di Tanah Rata ini memang menjadi pilihan utama untuk pilihan Apartment Percutian terkini di sini. 

Antara sebabnya adalah :
1. Terletak di Tanah Rata dekat dengan kemudahan percutian.
2. Perumahan Baru.. semuanya serba baru... Designnya ala Tudor
3. Ada kemudahan Lift sampai ke tingkat 8. Sesuai untuk orang tua dan kurang upaya.
4. Banyak tempat makan .. Ada 21 kedai makan setakat ini. Hanya perlu turun dari apartment dan berjalan kaki ke sekitar kedai makan di bawahnya.
5. Kawasan parkir bas yang besar. Kadang-kadang saya nampak sampai 10 buah bas 
6. Ada kedai runcit dan mini market. Mudah nak beli barang keperluan... 
7. Ada 3 buah kedai Dobi kalau nak self service mendobi.
8. Ada 2 kedai Pasar segar.
9. Banyak unit Apartment Percutian yang boleh bersebelahan bagi keluarga besar atau rombongan.
10. Parkir percuma.... 

Saya kongsikan pendapat peribadi sahaja. Saya tiada apartment percutian di Cameron Highlands. Jangan tanya saya ya...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock