TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, November 23, 2018

GEJALA PENEROKAAN TANAH SECARA HARAM TERUTAMANYA YANG DILAKUKAN OLEH PEKEBUN-PEKEBUN BERSKALA BESAR DI KAWASAN CAMERON HIGHLANDS.


MENJAWAB PERSOALAN DI DEWAN UNDANGAN NEGERI AGAR KERAJAAN NEGERI DAPAT MENINGKATKAN LAGI KERJA-KERJA PEMANTAUAN TERHADAP GEJALA PENEROKAAN TANAH SECARA HARAM TERUTAMANYA YANG DILAKUKAN OLEH PEKEBUN-PEKEBUN BERSKALA BESAR DI KAWASAN CAMERON HIGHLANDS.

Untuk menjawab perkara ini, memang inilah yang menjadi ketegasan Kerajaan Negeri selama ini.

Kerajaan Negeri amat bertolak ansur terhadap pekebun-pekebun kecil yang matlamat mereka sekadar mencari nafkah untuk menangung kehidupan keluarga masing-masing. 

Sukacita juga saya katakan bahawa, Kerajaan Persekutuan telahpun bersetuju meneruskan kembali OPS Gading bagi membanteras gejala pencerobohan tanah serta kehadiran pekerja-pekerja dalam kalangan pendatang tanpa izin (pati). 

Malah, OPS Gading telahpun kembali dilaksanakan sejak 1 november lepas (2018) dengan antara lain, penempatan tentera darat dan pasukan gerakan am (p.g.a), selain agensi-agensi tempatan lain di di kawasan Cameron Highlands. 

Penempatan ini bertujuan untuk meningkatkan pemantaun serta bagi menegaskan tentang aspek, dengan izin, 'show of presense' oleh pasukan-pasukan keselamatan kita di sana. 

Pemantauan pula dilakukan secara berterusan termasuk pada hari cuti umum sekalipun. Selain itu, pejabat daerah dan tanah cameron highlands telah mendapat kerjasama agensi remote sensing malaysia (a.r.s.m) dalam meningkat dan mengemas-kinikan lagi kerja-kerja pemantauan ini. 

Sehubungan itu, di pihak a.r.s.m sendiri , satu sistem pemantauan telah dibangunkan bagi mengesan sebarang bentuk gejala penerokaan tanah, dan sistem ini dapat diakses secara atas talian oleh pegawai-pegawai di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. 

#MajuTerusPahang

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock