Saya sekadar nak kemaskini suasana ringkas pasar malam ini untuk malam kedua di minggu pertama ianya mula beroperasi.
Jika semalam tidak banyak gerai jualan yang dibuka kerana saya percaya lebih kepada sikap tunggu dan lihat dari peniaga, malam kedua menyaksikan sudah banyak gerai dibuka dan hampir penuh.
Dari rakan-rakan saya juga mengatakan jumlah pelancong juga agak ramai namun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai prestasi jualan jika hendak dibandingkan di tempat lama.
Dan anda sebagai pelancong mungkin ada perbandingan jugak di antara dua lokasi ini.
Insyallah akan ada yang berkongsikan perbandingan tersebut termasuklah aliran trafik di Brinchang selepas perpindahan, aliran trafik di lokasi baru, tempat meletak kereta, kemudahan asas dan sebagainya.
Biar bertatih sebelum berjalan dan berlari cuma kita harapkan tidak terlalu lama bertatih atau kembali merangkak pula perkembangannya.
Saya kongsikan pemandangan suasana gerai yang semakin banyak dibuka tapi dari perkongsian rakan saya Ustaz Mohd Hayazi yang ke sana petang tadi.
Kredit gambar untuk beliau.. ni pun pinjam dulu .. belum mintak kebenaran lagi kat Ustaz ni...
Semoga membantu anda dan mengurangkan gusar di hati...
Sent from my S7edge smartphone
No comments:
Post a Comment