Pasar Malam Cameron Highlands baru dibuka di lokasi baru semalam dan saya turut ke sana di hari pertama...
Masih ramai pelancong berkunjung ke sini maklumlah inikan tarikan utama di sini untul waktu malam.
Cuma agak ramai peniaga yang belum membuka gerai jualan. Mungkin mahu melihat jumlah pelancong yang akan hadir terlebih dahulu.
Malah ada peniaga yang hanya membuka gerai pada pukul 6.45 petang setelah melihat jumlah pengunjung dan ada yang pulang awal kerana kehabisan barang jualan setelah hanya membawa sedikit sahaja stok di malam pertama.
Kawalan lalulintas oleh Rela memudahkan aliran trafik dan beberapa lokasi meletak kereta berdekatan memudahkan.
Kemeriahan masih kurang terasa tapi sebagai malam pertama dibuka saya memahaminya.
Saya kongsikan gambaran ringkas suasana pasar malam ini di malam pertama.
Untuk malam kedua esok insyallah saya kongsikan nanti cuma saya nak kena pinjam gambar-gambar dari kawan-kawan yang pergi la.
Dan pemanduan saya ke Pekan Brinchang selepasnya amat lancar..... Alhamdulillah
...
No comments:
Post a Comment