Esok dan lusa yakni Jumaat dan Sabtu, 3 dan 4 Februari 2017 adalah hari-hari terakhir Pasar Malam Brinchang.
Minggu hadapan bermula 10 Februari 2017, pasar malam ini akan berpindah ke lokasi baharu di laluan ini pula Jalan Golden Hills Sungai Ruil seperti mana yang pernah saya kongsikan dalam catatan terdahulu.
Nama pasar malam ini akan dikenali sebagai PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS.
Pasar malam ini akan tetap dibuka pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di minggu biasa dan sepanjang cuti umum dan sekolah sama seperti pasar malam di Brinchang sebelum ini.
Jadi jika anda nak berselfie dan mengunjungi pasar malam terakhir di Brinchang silakan berbuat demikian minggu ini.
Mungkin ada kenangan terindah di situ atau terpahat pahit pengalaman di sana...
Sent from my Samsung S7Edge smartphone
No comments:
Post a Comment