Ini adalah laluan Peringkat Keempat Le Tour de Langkawi 2017 yang akan bermula dari Manjung, Perak dan berakhir di Tanah Rata, Cameron Highlands.
Laluan peringkat keempat akan berlangsung pada 25 Februari 2017 iaitu Sabtu.
Jarak laluan adalah sejauh 174.4 km melibatkan 3 zon pecut dan dua zon pendakian yang mana garisan penamat adalah zon pendakian kedua.
Dijangkakan peserta kayuhan akan tiba sekitar 1.30 petang di garisan penamat.
Yang nak datang Cameron Highlands sila gunakan laluan Simpang Pulai pada hari Sabtu tersebut atau lebih awal sebelum pukul 10 pagi kerana jalan akan mulai ditutup untuk peringkat keempat ini.
Akan saya kongsikan nanti nasihat perjalanan dari pengalaman lepas...
Namund dari pengalaman ringkas kami tahun lepas, jalan dari arah Tapah mulai ditutup bermula pukul 10 pagi dan di Tanah Rata seawal 9 pagi sudah mulai sebahagian ditutup terutama dihadapan barisan kedai Doktor Ayob kerana disitulah lokasi garisan penamat.
Malah sehingga pukul 4 petang jalan masih ditutup bagi urusan membuka peralatan pentas dan sebagainya.
Rancang perjalanan anda. Anda boleh bercuti sambil mengikuti LTDL 2017 di sini.
Err dengar dengar ada acara kayuhan santai awal sebagai sambutan dan penyeri perlumbaan ini...
Kami namakan Kayuhan Santai Letih Tua Langkawi 2017... kami-kami aje...
Sent from my S7edge smartphone
No comments:
Post a Comment