Ini adalah catatan kedua mengenai petikan Kertas Kerja yang ditulis sekitar 1987 oleh En. Jamaluddin Lamin mengenai Smalholder
Management in Oil Palm: Malaysian Experience.
Catatan pertama di sini ...klik
Catatan kedua ini pula saya ingin berkongsikan bagaimana FELDA memilih peneroka dan penerokawati untuk ditempatkan di tanah rancangan felda yang terpilih.
Untuk menjadi seorang peneroka bukannya mudah.
Bukan sekadar mengisi borang dan memohonnya namun terdapat beberapa prosedur yang perlu dihadapi oleh pemohon sebelum diterima masuk menjadi peneroka.
Pertama, En. Jamaluddin Lamin berkongsikan bagaimana Felda mengaturkan bahawa calon peneroka mestilah dipilih dan ditemuduga sendiri bersama isteri.
Ini kerana FELDA melihat peranan isteri amat penting dalam menyokong serta memberi kestabilan dalam skim komuniti dan menyokong kepada suami dalam kehidupan harian.
Satu Jawatankuasa Pemilihan yang terdiri daripada wakil FELDA, Pejabat Daerah dan Kerajaan Negeri akan melakukan sesi pemilihan dari permohonan yang diterima sehinggalah kepada sesi temuduga calon yang telah disaring.
Antara kriteria utama adalah mestilah rakyat Malaysia yang telah berkahwin berumur di antara18-35 tahun (atau sehingga ke 40 tahun bagi bekas tentera), tiada rekod jenayah, tidak mempunyai tanah di pendalaman melebihi 2 ekar atau atau lebih dari satu lot di kawasan bandar.
antara kriteria penilaian semasa di temuduga. |
Selebihnya pula adalah berdasarkan kriteria pemilihan dan pengamatan kesihatan, kemahiran, saiz keluarga yang akan dianalisa ketika sesi temuduga.
Di Malaysia, pemilikan dan urusan berkaintan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan adalah menjadi keutamaan oleh kerajaan negeri tersebut semestinya untuk menempatkan anak negeri masing-masing terlebih dahulu.
Hanya negeri yang mempunyai kekurangan permohonan dan pemilihan calon yang layak sahaja akan dibuka untuk anak negeri lain untuk dipilih dan ditempatkan di tanah rancangan felda.
Alhamdulilah, ayah dan mak saya terpilih untuk katergori kedua iaitu penempatan anak negeri dari luar Negeri Pahang walaupun berasal dari Negeri Perak.
Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang dan mengikut kisah yang dituturkan oleh ayah saya, beliau menghadiri temuduga di Pejabat Daerah Bentong untuk pemilihan ke Felda dan ketika itu Menteri Besar Pahang sendiri antara panel temuduga.
Alhamdulillah .... syukur....
No comments:
Post a Comment