TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, April 14, 2014

Cameron Highlands ; Menyambut Hari Jadi anak di Ladang Teh

Menyambut hari jadi di Cameron Highlands adalah antara acara selitan yang sering dilakukan oleh pengunjung.
 
Memilih lokasi bukanlah perkara yang susah seperti di hotel penginapan, di rumah penginapan, kedai makan atau restoran.
 
Namun dah alang-alang sampai ke sini, carilah kelainan sedikit untuk acara hari jadi yang ingin anda raikan.
 
Saya bekeluarga kecil dan semestinya sambutan hari lahir anak adalah keutamaan.
 
Untuk sekadar berkongsi pada tahun-tahun sebelum ini, kami pernah menyambut hari lahir anak secara ringkas tetapi sedikit berbeza seperti di restoran steamboat, di hotel, di Smoke House dan terbaru semalam kami menyambutnya di Ladang Teh secara berkelah.
 
Tempahan Kek:
Acaranya ringkas, kami menempah kek dari salah seorang pengusaha kek secara talian iaitu Kak Faizah yang juga berasal dari Cameron Highlands.
 
Untuk tempahan kek, anda boleh menghubungi beliau dan untuk melihat jenis-jenis kek yang pernah beliau hasilkan anda pergi sahaja ke Facebook beliau.  

Photo: Order dari Mr. Kumai@Jack utk gegurl, Kasia Zahra.. 4 tahun..
 Happy Birthday Zahra.. Enjoy yr garden party.. 󾌵

Special thank to Lia sbb tolong akak dapatkan edible image gambar princess ni dari Ipoh. Siap tolong poskan pulak tu. Mekasih yer lia.. 󾌵
 
Percaya atau tidak, kami hanya berbalas pesanan di FB.
 
Saya sendiri tidak pernah mengenali beliau secara nyata kecuali di alam maya walaupun sama-sama menetap di sini dan lebih teruknya kami melalui kedainya di Arked Makan MDCH yang terletak di Tanah Rata beberapa kali seminggu malah anak-anak saya sering menarik tangan saya untuk membeli jajan di kedainya setiap kali ke sana..
 
Namun kenyataan, tak pernah berjumpa dan apatah lagi bertegur sapa....
 
FACEBOOK beliau di SINI . Anda boleh membuat tempahan kek di sini ..

Insyallah saya akan kongsikan catatan mengenai perusahaan kek beliau dalam catatan akan datang.
 
Ladang teh:
Kami memilih secara santai dengan ala garden atau taman cuma bezanya tamannya adalah hamparan teh.
 
Memandangkan musim hujan sebelah petang di CH, kami memilih untuk pergi awal pagi dengan kelengkapan berkelah yang ringkas. 

Antaranya sarapan yang dibeli di Kedai Mak Nab ( Zainab Sam) dan juga sedikit jajan serta topi mainan parti dari Pasar Raya Cameron.
 
Kami memilih Ladang Teh BOH di Habu kerana tidak mahu kesesakan seperti di Ladang Sungei Palas, kurang kenderaan pelancong yang bergerak dan sedikit menukar sisi dan arah pemandangan.
 
Cuma di sini tidak sesejuk di Ladang Teh Sungei Palas tetapi sudah cukup bagus kerana anak-anak masih selsema.
 
Dengan memilih sudut yang jarang dilalui, kami berhenti dan segera menghamparkan tikar dan menyiapkan juadah yang ingin di makan.

Bagi anak-anak saya serta mamanya, inilah kali pertama mereka ke sudut ini dan terasa teruja kerana menikmati pemandangan yang baharu.  
  
Pastinya upacara memotong kek dilakukan dengan secara ringkas empat beranak dan tidak akan tertinggal adalah upacara bergambar sakan berlatarkan pemandangan ladang teh yang menghampar luas.
 
Ada yang bertanya, adakah ianya dibenarkan oleh pemilik ladang teh? Saya bukan secara rasmi menjawab, rasanya boleh asalkan jangan dalam keadaan yang ramai seperti parti hari jadi anak raja.
 
Cukuplah kami menyambutnya dengan sekeluarga kecil sahaja dan sudah adat datang ke tempat orang, jagalah kebersihan dan hormati harta benda yang ada di depan mata.  
 
Jangan pula sedap makan selepas itu sedap pula menyelitkan sampah sarap di celahan pokok teh.

Plastik, kertas, bekas minuman dan sisa makanan sebaiknya dikumpulkan dan dibungkus serta dibawa pulang dan dibuang di luar kawasan ladang teh.
 
Jangan terperanjat... ini memang akan dilakukan oleh mereka-mereka yang hina sifatnya... Dah terbiasa buang sampah di bawah kereta dan ditinggalkan begitu sahaja.
 
Onar mereka nanti Polis Bantuan Boh pula menghalang orang lain menikmati santai di ladang teh tersebut.

 
Selepas memotong kek dan menyanyikan lagi serta berdoa secara ringkas semuanya, kami menikmati kek dan jugak nasi lemak bungkus dengan begitu selera.
 
Tidak lama kemudian, anak-anak saya mula nak berlari ke sana sini. 
 
Biarkan mereka bebas berlari dan pastikan anda mengikuti mereka kerana selekoh yang banyak memungkinkan kenderaan ladang melalui tanpa sedar.
 
Kami menghabiskan hampir 3 jam di sini kerana selain anak-anak berlari dan berjalan, saya sendiri menghilangkan diri selama 45 minit mengayuh basikal ke berarapa laluan sekitarnya yang akan saya kongsikan nanti dalam catatan berikutnya...
 
Apapun, menyambut hari lahir di sini adalah antara sisi yang sedikit berbeza....
 
Kepada anak saya KAISA ZAHRA, papa dan mama mendokan agar dikurniakan kesihatan, keberkatan dalam hidup serta menjadi anak yang solehah. Amin...
 
 
SELAMAT HARI LAHIR KAISA.... 
 
gambar kami selebihnya di sini..

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock