TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, December 19, 2016

Perkhidmatan Shuttle Bas ke Tea Centre Habu Estate


Tadi saya berhajat nak ke Ladang Boh Habu semasa rehat tengahari saya.

Perjalanan masuk ke ladang teh ini lancar dari simpang utama habu sejauh 5 km.

Sampai di pos pengawalnya, semua kereta pelawat diarahkan ke kawasan letak kereta yang baharu. 

Rupa-rupanya pihak pengurusan BOH telah memperkenalkan perkhidmatan shuttle bas untuk ke tea centre mereka.


Khidmat bas disediakan secara percuma dengan kekerapan sekitar 15-30 minit pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Hari biasa saya difahamkan pelawat dibenarkan terus ke pusat tea mereka.

Saya percaya langkah ini perlu diambil kerana ruang letak kereta yang terhad di kawasan pusat teh mereka dan menjadi sangat sesak bagi laluan sempit mereka.

Saya rasa ini sesuatu yang bagus. Adakah khidmat seumpamanya akan dilakukan di Sungei Palas Tea Centre.

1 comment:

Unknown said...

hi, boleh bgtau saya berbaloi ke kalau saya datang ke Cameron Highlands pada hari Isnin sehingga jumaat dan pada waktu bekerja bukan cuti sekolah.. banyak ke pasar-pasar jualan yang dibuka pada waktu itu..

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock