TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, November 29, 2017

Tips Memilih Apartment Percutian di Cameron Highlands


Untuk catatan ini, saya kongsikan TIPS MEMILIH APARTMENT PERCUTIAN kerana seringkali saya mendapat pertanyaan bagaimana keadaan apartment ini dan itu. Selalunya yang bertanya adalah kawan-kawan dan juga yang pembaca di blog saya ini.

Mereka membaca beberapa catatan yang telah saya kongsikan termasuklah catatan nombor-nombor pemilik apartment yang saya kongsikan.

Walaupun telah jelas saya nyatakan ianya sekadar membantu mengumpulkan koleksi pengusaha apartment percutian semata-mata tanpa ada sebarang hubung kait dengan saya, mereka tetap bertanya itu dan ini. 

Saya seringkali bersangka baik, mereka ini mungkin sebahagian daripada pembaca Utusan Malaysia yang akan menghubungi Utusan Malaysia bila mana membaca mana-mana iklan di dalam surat khabar untuk bertanya lebih lanjut dan bukannya bertanya kepada pengiklan yang lengkap bernombor telepon di situ. Atau mereka adalah yang selalu akan telepon TV3 sebaik sahaja menonton Majalah 3 untuk mengetahui bagaimana nak membeli petai dari segmen 'Si Penjual Petai di Jalan Tapah' walaupun jelas Majalah 3 menyiarkan kisah  kehidupan si penjual petai sahaja. Sabor aje la yaaaa.....

Berbalik kepada Tips Memilih Apartment Percutian di Cameron Highlands pula, saya ringkaskan seperti berikut.


JENIS PENGINAPAN:
Anda perlu memilih apakah jenis penginapan yang anda inginkan. Jangan ambil sahaja tetapi kemudian tidak menepati keperluan anda.

Terdapat beberapa pilihan jenis penginapan di sini seperti ;

  • Apartment Percutian 3 bilik
  • Apartment Percutian studio
  • Homestay (lebih kepada kampungstay)
  • Rumah Teres
  • Rumah Banglo
  • Domitori


MAKLUMAT PEMILIK APARTMENT:
Untuk mengetahui maklumat pemilik apartment percutian yang menawarkan khidmat sewaan harian, ada beberapa sumber yang anda boleh ikuti dan memperolehi maklumat terbabit seperti;

  • Facebook
    • Laman Fecebook komuniti terkenal seperti Cameron Highlands Group mempunyai ratusan ribu pengikut dan ramai pengusaha apartment sentiasa menawarkan perkhidmatan apartment mereka.  Lebih mudah dan lebih boleh dipercayai kerana terdapat testimoni dari sei  bekas pelanggan mereka. 
  • Laman Mudah.my
    • Agak ada keraguan kerana banyak isu timbul kerana ianya komunikasi dua hala sahaja di antara anda dan pemilik berbanding di facebook yang boleh mendapat reaksi secara meluas. 
  • Laman Blog
    • Dah semakin suram sedikit blog peribadi pengusaha apartment kerana ledakan maklumat dan audien lebih kepada fecebook setakat pemerhatian saya.
Elakan berurusan dengan 'Orang Tengah atau Runner' kerana biasanya lebih mahal dan apartment percutian kadang-kala diubah tanpa pengetahuan. Tapi ramai juga runner atau orang tengah yang jujur dan sangat baik perkhidmatan mereka.

Dapatkan maklumat dari pemilik apartment seperti gambar apartment dan sebagainya sebelum meneruskan urusniaga tempahan anda. 


LOKASI APARTMENT 
Pilih dahulu lokasi anda sebelum mencari apartment. Buat homework di mana anda nak menginap dengan kelebihan yang anda inginkan seperti kemudahan untuk bergerak dan jarak perjalanan anda kelak. 

Contohnya; 
  • Depan Pasar Malam
  • Dekat Kedai Makan Muslim
  • Dekat dengan kawasan lawatan
  • Dekat dengan kemudahan kesihatan
  • Kawasan tidak sesak
  • Bukan kawasan yang tidak sesuai dengan bayi berusia sebulan.
Pastikan ketika anda ingin menempah semua soalan ini telah dijawab dan pastikan anda membuat tempahan selepas yakin. Cuma jangan terlalu lama pula membuat keputusan.

KEMUDAHAN APARTMENT
Pastikan anda dapatkan apakah kemudahan yang terdapat di apartment yang ditawarkan. Tanya secara terperinci dan buat permintaan anda sebelum ke sana bukan sebaik sampai di sana sebab pemilik apartment akan susah untuk penuhi permintaan last minute anda itu. 

Yang tak ada disediakan anda dah boleh buat persiapan sendiri untuk menambahnya supaya memudahkan anda. 

Jika ada orang tua atau OKU dalam rombongan anda, dapatkan apartment yang sesuai. Jangan nanti dah sampai dapat tingkat 4 anda akan mengeluh kerana ada ahli keluarga yang berkerusi roda dan mula meminta untuk dipindahkan ke unit bawah. Mana nak cari last minute dan pemilik apartment bukan ada unit yang banyak.

Yang lain saya tambah kemudian... pergi kerja dahulu ya... 

Tuesday, November 28, 2017

Senarai Nama Pengusaha Apartment Percutian Cameron Highlands

Saya perolehi senarai nombor pengusaha apartment percutian yang telah mendaftar dengan Facebook Cameron Highlands Group. 

gambar takde kena mengena... malas memilih dari folder ... kih kih 
Untuk makluman, laman Facebook tersebut mempunyai seramai 178,235 rakan atau pengikut semasa catatan ini ditulis yang terdiri daripada penduduk tempatan dan juga pelancong tempatan samada yang bakal bercuti atau telah datang bercuti ke Cameron Highlands

Pelbagai maklumat dikongsikan di sana baik mengenai cuaca, tempat menarik, info viral serta yang pastinya perkhidmatan sewaan apartment percutian. Malah bagaikan dah bolehh menjadi motto, 'anda tanya, akan ada yang segera jawab' pula rasanya 

'Kipidap' kepada barisan admin di Facebook Cameron Highlands Group yang sangat aktif memberikan maklumat dan respon terbaik kepada semua pihak.  

Saya sangat syorkan anda menjadi rakan atau follower di facebook ini untuk maklumat dihujung jari

Senarai apartment&homestay berdaftar di bawah FACEBOOK: CAMERON HIGHLANDS GROUP

SEKITAR TANAH RATA GOLDEN HILL BRINCHANG KEA FARM

CHG 001-Siima suit Tanah rata
011-39316321

CHG 002-Norihan kamarudin Golden hill
013-2108387

CHG 003-Dilla sherla Tanah rata
019-7503938

CHG 004-Nur syamshaera Golden hill
0199598939

CHG 005- Mohd isham Brinchang
013-2723591

CHG 006-Azimah Tanah rata
0199408573

CHG 007-Dr syed satahkatulah Golden hill
012-6080586

CHG 008-Jom jom Brinchang
017-5701740

CHG 009-Viky ravi Tanah rata
016-5219446

CHG 010-Azizi Tanah rata
019-6212160

CHG 011-Iqbal Tanah rata
014-5076067

CHG O12-Ahmad Khairul Amin/Nurul Ibtihal Tanah rata
014-5346547

CHG 013-Azhari Abdul Karim Tanah rata
0122032470

CHG 014-Rose apartment kea farm Roslinda
0174645491

CHG 015-nurul Farhana Bt Aziz & Irwan Bin Ramli Golden hill
013-4506931

Bermain Arnab di Taman Arnab Stesen MARDI Tanah Rata

Masih lagi dengan kisah di Stesen MARDI Tanah Rata. Saya sekadar berkongsikan kisah kunjungan saya ke sana bersama keluarga sahaja tau. 

Kali ini adalah aktiviti terbaru di Stesen MARDI Tanah Rata iaitu peluang bermain bersama arnab di Taman Arnab di sana. 


Kalau sebelum ini, pengunjung hanya boleh melihat arnab dari luar kurungan Taman Arnab sahaja, kali ini anak-anak kecil diberikan peluang untuk bermain, menyentuh dan memberi makan dengan arnab di dalam ruangan khas. 

Bayaran RM 2 dikenakan bagi setiap kanak-kanak dan tambahan RM 1 jika mahu memberikan arnab makanan yang disediakan. 

Jadi, seronok jugak anak-anak saya bermain dengan arnab yang mana selama ini mereka hanya memberi makan arnab dari luar kandang sahaja.  

Stesen MARDI Tanah Rata terletak di Tanah Rata iaitu di Persiaran Dayang Endah. Untuk memudahkan anda ke sana, memang banyak papan tanda disediakan dengan nama Taman Agroteknologi MARDI. Namun jika masih lagi keliru, anda cari sahaja jalan ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom. Pasti anda akan temui Stesen MARDI dipertengahan jalan tersebut.

Untuk masuk ke Taman Agroteknologi MARDI ini, ada bayaran masuk dikenakan di mana tiket masuk keseluruhan taman Stesen MARDI ini.  

Saya kongsikan sahaja gambar-gambar mereka bersama dengan arnab-arnab yang jinak di Stesen MARDI.








Ekspo Usahawan Muda MARDI 2017 di Stesen MARDI Tanah Rata

Bagaikan menyambung tradisi untuk tahun ketiga, Stesen MARDI Tanah Rata kembali memeriahkan stesennya sempena dengan pengisian cuti sekolah kali ini dengan penganjuran acara tahunan mereka iaitu EKSPO KEUSAHAWANAN MUDA MARDI 2017.


Acara ekspo ini dianjurkan bagi mengembangkan pemasaran perniagaan para usahawan muda dibawah bimbingan mereka.


Kali ini permerhatian saya kepada suasana yang lebih selesa untuk pengunjung di mana MARDI menyediakan khemah yang besar dan sebahagiannya dijadikan laluan pengunjung dan ini memang membantu kerana cuaca hujan sekarang.

Saya bukan sebahagian daripada penganjur ekspo ini tetapi sekadar sebagai salah seorang pengunjung sahaja dan jika ada pertanyaan sila lanjutkan kepada pihak MARDI Tanah Rata.
Cuma saya tak nampak gerai jualan anak benih di sini berbanding tahun-tahun lepas.   

Selebihnya saya kongsikan gambar-gambar peserta ekspo ini sahaja ya.  














Monday, November 27, 2017

Anggur di Stesen Mardi Tanah Rata

Saya kali ini nak bawakan beberapa catatan mengenai Stesen MARDI Tanah Rata. Sebabnya dah lama saya tak masuk sana untuk bersantai. Selalunya sekadar bersarapan sekali dua seminggu di Cafe Ros yang berada dalam kawasan Stesen MARDI. 

Untuk yang malas membaca sampai habis, saya ni sekadar berkongsi info kunjungan saya ke Stesen MARDI ini sahaja, bukannya sebahagian daripada kakitangan Stesen MARDI Tanah Rata. Jadi jangan tanya saya itu dan ini ya.


Catatan pertama ini mengenai Plot Kajian Anggur mereka sebab sekarang musim anggur di dua kebun di Cameron Highlands. 


Catatan mengenai keduanya telah saya kongsikan terdahulu dalam blog ini atau saya mudahkan anda dengan link di bawah ini. 



Berbalik kepada Plot Tanaman Angur di MARDI Tanah Rata ini, ianya di tanam untuk tujuan kajian  bukan untuk kormersial. Jadi anda boleh lihat dari luar plot kajian tanaman. 

Tak boleh nak berselfie dan sentuh-sentuh buahnya jika ada dan tidak boleh membeli buahnya biarpun ianya masak kerana semuanya diperlukan untuk cerapan data kajian. 


Jangan anda rasa nak bertanya kenapa errrk???.... Dah begitu tujuan ianya ditanam oleh MARDI.


Saya dapati terdapat 7 batas tanaman pelbagai jenis anggur di tapak kajian ini. Jadi kalau anda ke sana anda boleh mengenali jenis-jenis anggur ini dengan membaca penerangan ringkas di hadapan plot ini. 

Kalau anda datang masa musim buah anggur di sini kira anda dapat bonus la masa kunjungan tersebut.

Sunday, November 26, 2017

Ramalan Cuaca Cameron Highlands 25 November hingga 1 Disember 2017

Diperolehi dari Laman Web MET Malaysia bagi yang ingin mengetahui jangkaan cuaca di Cameron Highlands minggu ini.

Cara mudah anda nak tahu ramalan cuaca di mana-mana lokasi pilihan anda dan khasnya kawasan pusat peranginan mengkhususkan kawasan perlancongan tumpuan termasuklah Cameron Highlands. KLIK



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Friday, November 24, 2017

Tips Bercuti Musim Sekolah di Cameron Highlands 2017

Musim cuti sekolah hujung tahun 2017 ni dah tiba mulai hari ini. Cameron Highlands akan dibanjiri ramai pelancong tempatan. Ini sesuatu yang pasti. 


Hari biasa bukan lagi biasa di Cameron Highlands mulai hari ini. Begitu juga hujung minggu bukan lagi hujung minggu biasa. 

Apa yang akan berlaku? Mudah dijangka. Jalan akan sesak. Kawasan tumpuan dipenuhi oleh oleh ramai pengunjung.

Jadi apa yang boleh anda sebagai pengunjung? Saya cuba senaraikan yang hangat dan viral sekarang di Cameron Highlands untuk membantu anda membuat perancangan.

1. KEBUN ANGGUR 
Musim anggur dah bermula sekarang ini di dua lokasi ladang dan kebun anggur di sini. Ladang dan kebun anggur di Cameron Highlands hanya dibuka secara bermusim sahaja.

Secara kebetulannya, musim anggur kali ini serentak bagi kedua-dua lokasi. Tapi kalau ikut pengalaman saya, teknik kawalan tanaman itu menentukan juga waktu pengeluaran seperti bila daun hendak dibuang dan baja buah mula ditambah bagi mengalakan pengeluaran bunga dan seterusnya.

Agak menarik untuk anda pergi malah saya amat mengsyorkan untuk anda menikmati pengalaman yang baru di Cameron Highlands. 

Dua tiga catatan saya mengenai ladang anggur ini.

2. PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS:
Untuk makluman anda, Pasar Malam Cameron Highlands di Sungai Ruil akan dibuka setiap malam mulai Jumaat lepas hingga habis musim cuti sekolah. Ini adalah kebiasan pasar malam yang menjadi tarikan di sini.

Pasar Malam ini akan dibuka seawal 3 petaang hingga 10.30 malam.

Kita menjangkakan akan berlaku kesesakan teruk di kawasan ini terutamanya ruang parkir yang terhad.

Jadi selamat membeli belah.  Panduan Perjalanan ke Pasar Malam Cameron Highlands Higlands telah saya kongsikan dahulu di catatan dibawah:

3. CAFE LORONG di KEA FARM
Saya rasa wajar untuk saya syorkan anda singgah di CAFE LORONG di KEA FARM untuk menjamu selera. 

Bukan kerana CAFE LORONG ini popular selepas diviralkan oleh pengunjungnya tetapi kredit wajar diberikan kerana kualiti dan menu makanan yang disajikan berbeza dengan gerai dan restoran makanan yang lain. 

Terletak di barisan Gerai Sayuran MDCH di Kea Farm namun lokasinya bukan di laluan jalan gerai-gerai sayur utama. Anda perlu keluar dari laluan utama Kea Farm dan bergerak ke arah Brinchang.

Saya ada kongsikan catatan pengalaman kami sekeluarga ke CAFE LORONG ini namun anda boleh mencari komen pelanggannya di Facebook mereka dan juga facebook Cameron Highlands Group dan sebagainya.
Berjiran dengan Cafe Lorong ini ada kisah viral juga. Nanti saya kongsikan. 


4. KEDAI SAYUR UNTIE VIRAL di KEA FARM
Yang ini saya kongsikan sekadarnya sahaja. Pertama saya tidak pernah membeli sayur di kedai untie ini walaupun saya sering ke Cafe Lorong di sana. 

Namun kisah untie menjual sayur dalam bungkusan dengan tawaran 16 bungkus RM 10 telah menjadi viral di lamn facebook. Berbanding dengan gerai sayuran lain yang menawarkan 10 hingga 12 bungkus dengan harga RM 10, Untie Sayur Viral ini memang mendapat tumpuan.

Lokasi gerainya sebelah sahaja dengan CAFE LORONG di Gerai Sayur MDCH di Kea Farm. Namun kalau anda nak mencari kedai ini, lokasinya bukan di laluan utama gerai-gerai sayur di Kea Farm tetapi terletak di sebelah jalan utama menuju ke Brinchang sedikit selepas lokasi KEA FARM yang popular. 

Saya sering membeli sayur dengan saudara Untie Viral yang menjual di pasar pagi Tanah Rata setiap Ahad.  Kami beli ikut kilo lebih berbaloi sebab sebagai orang tempatan begitulah caranya setakat ini  berbanding paket sayur.

Saya belum ada catatan untuk Untie Sayur Viral setakat ini. Insyallah kalau saya singgah ke sana saya kongsikan pengalaman tersebut. 

5. LADANG TEH SUNGEI PALAS. 
Lokasi ladang teh terbaik bagi saya untuk dikunjungi adalah di Ladang Teh Sungei Palas yang terletak berhampiran dengan Kea Farm. 

Walaupun lokasinya jauh ke dalam sekitar 4-5 km dari laluan utama, namun percayalah, anda pelu memasukan lokasi ini sebagai lokasi wajib untuk singgah jika ke Cameron Highlands. 

Terdapat Tea Centre yang lengkap dengan pameran sejarah, kilang pemprosesan daun teh, kedai jualan produk teh dan juga yang paling menjadi tumpuan adalah Cafe mereka yang menyajikan bukan hanya hidangan yang menarik tetapi pandangan ladang teh yang sangat cantik.

Laluan masuk agak kecil dan di waktu cuti sebegini akan sesak dan perlu bertolak ansur dengan pengguna yang lain namun hayati keindahan sepanjang jalan ini yang memukan pemandangannya. 

Ada beberapa catatan awal saya mengenai Ladang Teh Sungei Palas ini. Antaranya:

Yang lain saya kongsikan kemudian yaaaa...

Musim Anggur di Kebun Anggur Lembah Bertam bermula... November 2017

Seakan dirancang untuk musim cuti sekolah, musim anggur di Kebun Anggur di Lembah Bertam telah bermula sejak minggu lepas.

Oh ya, ini catatan terkini mengenai Kebun Anggur di Bertam Valley iaitu 23 November 2017. Anda mungkin membaca catatan lama mengenai musim anggur yang lepas. Jadi dapatkan maklumat terkini untuk perancangan anda ke sana.

Kemaskini 4 DISEMBER 2017. 
Buah anggur di Lembah Bertam ini telah habis dan kebunnya kembali ditutup. Musim anggur seterusnya adalah dijangkakan pada bulan April 2018.

Klik CATATAN KEMASKINI


Ini saya sahkan sendiri kerana semalam saya sempat ke sana walaupun agak lewat iaitu sekitar pukul 5 petang dan hanya sempat sekitar 10 minit sahaja di sana.

Cuma papan tanda "Sweet Grape For Sale" belum dinaikkan di tepi laluan masuk ke kebunnya lagi kerana pemiliknya yang hanya dikenali sebagai Untie mahu memberikan peluang kepada pelancong musim cuti sekolah kali ini untuk dapat mengunjungi kebun anggurnya. 


Lokasi anggur kali ini di plot 1 dan saya lihat semalam memang banyak buahnya dan sudah masak. Catatan lama saya ada kongsikan maklumat 2 plot tanaman lain yang juga hanya dibuka jika musim buah anggur masak.

Anda boleh petik sendiri di sini dan kemudian timbang dengan harga jualan RM25 sekilogram. Cuma peringatan saya, selalunya berat segugus anggur sekitar 1 kilo lebih. Kalau anda galak sangat nak memetik anggur, jangan buat-buat terperanjat pula masa nak membayarnya.

Rasanya manis buah anggur ini dan berbiji namun sedap dimakan berbanding dengan buah anggur di Blue Valley yang sedikit tebal kulitnya dan lebih berjus. Warna buah anggur di sini adalah merah pinkish dan bukan hitam. 


Anggaran hasil sekitar 3 minggu ke sebulan bergantung kepada jumlah pelancong yang hadir. Kalau ramai, maka akan habis cepatlah buahnya. Untie pun tak berani nak cakap berapa lama.

Macam musim anggur bulan sembilan yang lalu dijangkakan akan bertahan selama sebulan namun akibat viral di facebook, ianya hanya bertahan seminggu lebih sahaja yang diserbu pelancong di mana kebetulan hujung minggu selepas gaji yang agak lama jaraknya selepas cuti raya!

Jadi kalau anda nak ke sana, selalulah periksa di laman facebook status kebun ini masih mempunyai buah atau tidak. Takut kempunan dah jauh ke sana nanti tak boleh masuk pula. 


Saya tanya kepada untie bila waktu kebun anggurnya akan dibuka untuk dikunjungi dan jawapannya kebunnya akan dibuka setiap hari bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Jangan datang lewat katanya.

Bagaimana nak ke sana ? Saya kongsikan catatan lama saya ya;
Catatan lama saya juga berkongsikan Kebun Anggur di Lembah Biru atau Blue Valley bagi yang mencari satu lagi Ladang Anggur. 
  Semoga catatan-catatan ini membantu anda. 

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI

Tuesday, November 21, 2017

Ladang Anggur Blue Valley, Cameron Highlands

Selama ini saya tidak pernah ke Ladang Anggur di Blue Valley yang dimiliki oleh KC Kwang and Son Grape and Tomato Farm. Selalu sangat kawan-kawan tanya itu dan ini berkenaan kebun anggur ini selain kebun anggur di Lembah Bertam.

Ia terletak di BLUE VALLEY iaitu bahagian Timur Cameron Highlands menuju ke sempadan Lojing, Kelantan.


Kelmarin saya sempat ke sana bersama keluarga dan saya kongsikan maklumat yang saya perolehi dari Bangla yang bekerja di situ dan pemerhatian saya sendiri

JALAN MASUK
  • Masuk Percuma.
  • Jalan masuk berkeadaan baik dengan permukaan konkrit  dan sesuai untuk semua jenis kenderaan sekitar 250 meter dari jalan utama
  • Kawasan letak kereta landai dan luas. 
  • Laluan masuk ke plot tanaman landai dan berbumbung dan sesuai untuk semua peringkat, warga emas, kanak-kanak atau OKU berkerusi roda.
  • Waktu operasi lupa nak tanya tapi saya rasa 9 pagi hingga 6 petang iaitu waktu pejabat mereka dibuka setiap hari.

PLOT TANAMAN:
  • Semua pokok anggur di tanam di dalam rumah plastik sepenuhnya. Tiada masalah jika hujan.
  • Terdapat 11 blok atau plot tanaman anggur di situ.
  • Pokok anggur sekitar 9 hingga 10 tahun usianya. Rasanya betul sebab 10 tahun lepas masa saya ke sini, ladang ini baru dibina atau masih dalam pembinaan. 
  • Yang sedang berbuah sekitar 3-4 plot tanaman.
  • Tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan plot tanaman yang lain.

JUALAN ANGGUR:
  • Buahnya dari jenis blackcurrent sebab berwarna hitam dan berisi dan berkulit tebal, berbiji dan agak berjus rasanya.
  • Tidak boleh memetik sendiri seperti di Kebun Anggur Bertam Valley
  • Tidak dibenarkan menyentuh buah anggur.
  • Jualan anggur hanya di buat di pejabat mereka yang bertentangan dengan plot tanaman. 
  • Dipasarkan dengan Jenama KYOHO GRAPES
  • Harga ditawarkan RM 15 setengah kilogram yang telah siap dibungkus.
  • Kata si Pekerja Bangla, ianya ditanam secara organik.
  • Anda boleh juga membeli sayuran lain produk dari kebun KC Kwang and Son di situ.
Harapan saya catatan ini membantu untuk anda ke Ladang Anggur ini. 

Catatan awal saya mengenai ladang anggur ini, dibawah:
Semoga catatan ini membantu.

Untuk catatan ke Kebun Anggur Bertam Valley pula, musim anggurnya juga sudah bermula dan mulai dibuka untuk kunjungan pelancong.


Peringatan Penting : Saya tiada kena mengena dengan pemilik dan pengurusan kebun anggur ini. Hubungi mereka (GOOGLE AJE ) untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tambahan itu dan ini atau kenapa ekk ... 

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI

Sunday, November 19, 2017

Pertandingan Memanah Terbuka Cameron Highlands 2017


Tadi, saya sempat singgah sekejab ke Padang MDCH selepas saya tertarik untuk melihat aksi memanah di sana semasa pulang dari kerja. 


 Seronok nak tengok namun sebenarnya lebih tertarik untuk mengambil gambar aksi memanah yang tidak pernah saya rakamkan. Peluang sebegini tidak akan saya lepaskan. 


Harus diingat, saya bukan salah seorang penganjur malah tidak terlibat langsung. Jangan tanya saya soalan berkaitan dengan pertandingan ini. 


Apapun yang menarik sembang-sembang dengan peserta tadi, ada yang datang dari Kuala Perlis, Perlis dan juga Kota Bahru, Kelantan serta dari Tanjong Malim, Perak semata-mata untuk pertandingan ini. 

Cuma dari sembang-sembang dengan penganjur, kategori wanita habis awal kerana kekurangan sambutan dan penyertaan peserta wanita. Cepat sikit perjalanan atucara bagi kategori wanita.


Apapun tahniah kepada penganjur dan peserta yang terlibat. Anda memberikan peluang kepada saya untuk melihat aksi memanah dengan lebih dekat dan peluang merakamkan aksi pemanah.

Koleksi gambar saya hari ini ada dikongsikan dalam facebook mrkumai.blogspot dan laman  facebook halaman mrkumai.blogspot.com.



Thursday, November 16, 2017

Penutupan Sementara Taman Eko Rimba, Hutan Taman Negeri Serta Trek Pendakian Gunung Di Negeri Pahang


Faktor utama adalah musim tengkujuh yang akan datang secara rutin setiap tahun yang membuatkan sebarang pendakian adalah dalam keadaan berisiko tinggi.

Penutupan ini termasuklah di Cameron Highlands baik Gunung Irau, Jasar, Berembun, Brinchang dan semua gunung ganang di sini. Juga tidak ketinggalan adalah Tapak Perkhemahan Sungai Pauh yang akan ditutup untuk tujuan sama dan juga penyelenggaraan.

Jadi, utamakan keselamatan anda.. Rehatkan diri dahula ya...

Saya sekadar menyampaikan maklumat sahaja.  Sama dengan pekeliling dari Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands namun tidak dinyatakan status penutupan Mossy Forest dan Taman Eko Rimba Parit Fall. Anda hubungilah sendiri ya untuk maklumat lanjut.



Analisa Jumlah Pelancong ke Cameron Highlands 2016


Saya tak pandai nak buat sebarang analisa statistik pelancong ke Cameron Highlands. Cuma yang boleh saya buat analisa ringkas adalah seperti berikut:

  • Jumlah Pelancong Setahun : 1,007,992 orang 
  • Purata ringkas sehari : 4,690 orang
  • Purata ringkas mingguan : 19,383 orang 
  • Purata ringkas bulanan : 83,994 orang

Tetapi untuk purata harian dan mingguan tu mungkin kurang sesuai digunakan untuk mengambarkan kepadatan waktu puncak kerana di hari biasa jelas berkurangan. 

Jadi saya mengandaikan hujung minggu akan menerima kepadatan puncak sekitar 95% dari jumlah mingguan. 

Maka sekitar ringkas hujung minggu seramai 18,414 orang pelancong akan datang ke Cameron Highlands dengan taburan kehadiran pelancong berlangsung selama 3 hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. 

Dan bayangkan kalau setiap pelancong ini datang secara berkereta dengan kapasiti paling kurang 4 orang, maka dalam masa hujung minggu sebanyak 4,603 kereta akan bertambah di Cameron Highlands. 

Ini sekadar anggaran kasar aje. Saje buat pandai-pandai nak buat analisa konon. Kena ingat dari jumlah setahun itu, 270 ribu adalah pelancong asing. Cara dan waktu mereka datang adalah mengikut musim cuti panas mereka dan juga cuti sekolah seperti pelancong Singapura dan Thaildan mendominasi jumlah pelancong negara tetangga selain pelancong Jepun yang biasanya akan berkampung selama 3 bulan dibawah Program Japanese Long Stay. 

Sama juga dengan taburan cuti pelancong tempatan yang mana beberapa cuti umum puncak juga membawa taburan kedatangan  pelancong yang mungkin berganda dari hujung minggu yang biasa. 

Selamat menganalisa... Tiada yang salah dan mungkin tepat. 

Apapun kenyataannya kami, Cameron Highlands dah menerima sejuta pelancong tahun lepas dan di Pahang hanya Genting Highlands dan Kuantan yang menerima pelancong melebihi angka sejuta iaitu masing-masing menerima  8,230,678 dan 1,838,573 orang pelancong.  

Jangkaan tahun 2017, saya rasakan sekitar 900 ribu ke sejuta juga dengan tak banyak perbezaan walaupun tahun melawat Pahang sedang berlangsung kerana tiada usaha yang lebih dan berbeza dari tahun sebelumnya dan prasarana dan juga agenda menerima pelancong juga tidak ada perubahan di sini. 

Wednesday, November 15, 2017

Jumlah Pelancong tempatan ke Cameron Highlands 2016


736,682.

Inilah jumlah pelancong tempatan yang bercuti di Cameron Highlands pada tahun 2016.

Biarpun janya hanya bertambah seramai 5,796 orang pelancong tempatan pada tahun 2015, ianya sudah cukup ramai sebenarnya jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.

Jom kita tengok data pelancong tempatan dalam tahun-tahun sebelumnya
  • 2015 : 730,886
  • 2014 : 445,525
  • 2013 : 568,055
  • 2012 : 509727
  • 2011 : 465,908
  • 2010 : 527,613
  • 2009 ; 471,204
  • 2008 : 457,830
Peningkatan mendadak diantara tahun 2014 kepada 285,361 pelancong tempatan dan konsisten pada tahun 2016.

Adakah anda salah seorang pelancong tempatan yang melancong ke Cameron Highlands ?

Saya telah kongsikan maklumat kehadiran pelancong ke Cameron Highlands dalam catatan berikut:
Selamat melancong..selamat bercuti ... 

Jumlah Pelancong Asing ke Cameron Highlands 2016


Tahun 2016, data kedatangan pelancong asing ke Cameron Highlands benar-benar melonjak jumlahnya.

Seramai 217,203 pelancong asing antarabangsa telah bercuti di Malaysia. Ini ditambah pula dengan kehadiran seramai 54,247 pelancong dari negara tetangga ASEAN menjadikan jumlah besar 271,450 pelancong asing datang bercuti di Cameron Highlands.

Ianya meningkat 36 peratus dari tahun 2015. Saya melihat secara jelas data kehadiran pelancong Jepun iaitu seramai 117,834 iaitu 100,000 lebih berbanding tahun 2015 sebagai penyumbang utama.

Jumlah ini juga menjadikan peratusan pelancong asing ke Cameron Highlands pada tahun 2016 adalah 27 peratus secara keseluruhan.

Tak percaya? Saya tinggalkan anda dengan data dibawah;


Saya telah kongsikan maklumat kehadiran pelancong ke Cameron Highlands dalam catatan berikut:
Selamat melancong..selamat bercuti ... 

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock