TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, November 5, 2014

Warga Asing 'tawan' Cameron Highlands... 10

Cameron Highlands adalah sebuah daerah terkecil di Negeri Pahang. 

Keluasannya sekitar 72,000 KM persegi dan jika jika melihat kepada statistik penduduk Cameron Highlands ianya berjumlah sekitar 32 ribu orang pelbagai bangsa. 


Kini jumlah yang tidak dilaporkan adalah melibatkan warga asing khasnya yang bekerja di kebun-kebun sayur sekitar daerah ini. 

Jika 7 tahun yang lalu, kelibat mereka sekitar di kawasan pendalaman tetapi sejak akhir akhir ini, kelibat mereka bukan asing. 

Malah lebih teruk bukan sekadar pekerja asing tetapi melebihi penduduk tempatan kerana ada yang sudah menjalankan perniagaan dan lebih hebat menjadi tauke sayur-sayuran. 


Kami sudah lama rimas kerana setiap kali keluar, mereka berada di mana-mana sahaja. Malah lebih teruk kami menikmati makanan yang disediakan oleh warga asing ini kerana mereka sendiri sudah mulai bekerja di restoran, kedai makan dan juga hotel. 

Kenapa dan bagaimana ianya terjadi ? Insyallah akan saya kupas mengikut pemerhatian saya.

Maka pendedahan sebegini amat mengembirakan kami yang menetap di daerah yang istimewa ini. 


Terima kasih kepada wartawan Utusan Malaysia yang mendedahkan kisah disebalik senario ini. 

Moga-moga ada penyelesaian... 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock