Hari berikutnya saya kembali ke lokasi bencana dan kali ini dikhabarkan terdapat 3 mangsa yang terkorban.
Tambahan mangsa terbaru iaitu remaja 13 tahun yang dihanyutkan air deras di Kuala Terla dan seorang mangsa berbangsa Indonesia bernama Hanipan yang terperangkap dalam runtuhan tanah 2 km dari Pekan Lembah Bertam.
Saya tidak sempat untuk mengikuti pasukan menyelamat dalam pencarian meraka mangsa yang kedua.
Namun kisahnya sangat menyayat hati bilaman isteri mangsa Sunami menceritakan kepada saya bahawa ketika kejadian beliau dan suami sedang tidur dan sedar ketika runtuhan mula berlaku.
Ketika itu beliau sedang menunggu dibawa ke hospital untuk menuntut jasad suaminya sambil ditemani seorang lagi rakannya.
Beliau sempat melarikan diri dan bila menoleh kebelakang, suami sudah tertimbus namun masih sempat mengapai tangannya.
Malangnya kudratnya tidak mampu menarik keluar suaminya malah runtuhan seterusnya terus menengelamkan suaminya.
Dalam berduka beliau mendapatkan bantuan jirannya dan bantuan kecemasan.
Kejadian yang berlaku sekitar 11 malam itu sangat perit dan jasad suaminya hanya dapat dikeluarkan oleh pasukan penyelamat pada pukul 9 pagi keesokannya.
Melihat kepada tempat kejadian, saya agak pelik kenapa mereka memilih cerun bukit yang sememangnya mempunyai aliran dari atas untuk tinggal kerana sangat berisiko.
Kerja-kerja menyelamat mangsa dibantu lebih 40 orang anggota penyelamat pelbagai pasukan dan melihat kepada pasukan bomba ini yang penuh berselut uniform mereka jelas membayangkan kesukaran yang dihadapi.
No comments:
Post a Comment