TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, November 28, 2014

Operasi Menangkap Pekerja Asing di Cameron Highlands... hari pertama ...

Saya petik kisah Operasi tangkapan Pendatang asing ini dari Berita Harian. Namun ini kisah hari pertama operasi kira-kira dua minggu yang lalu. 

Saya nak kongsikan sebagai arkeb peristiwa supaya senang kalau nak rujuk di masa hadapan. 

CAMERON HIGHLANDS: Seramai 181 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan melalui satu operasi khas Jabatan Imigresen yang dinamakan Ops Gempak Mesra membabitkan warga asing yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan dan gerai jualan di sini, sebentar tadi.

Dalam operasi itu, seramai 581 warga asing diperiksa dan 181 daripadanya didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit pekerjaan yang sah.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan), Datuk Sakib Kusmi, berkata operasi yang dilaksanakan itu adalah rentetan daripada liputan berita media masa yang melaporkan wujud ramai PATI di sekitar kawasan Cameron Highlands khususnya dalan sektor pertanian hingga membimbangkan penduduk setempat.

"Kami mensasarkan lebih pekerja asing diperiksa melalui operasi ini dan jumlah yang diperiksa adalah melebihi sasaran dan pemeriksaan dilakukan di kawasan yang menjadi tumpuan sebagai mana dilaporkan media," katanya kepada pemberita selepas selesai mengikuti operasi itu di sini, sebentar tadi.

Operasi membabitkan seramai 369 pegawai penguatkuasa Imigresen dari seluruh Semenanjung Malaysia itu adalah yang pertama seumpamanya dilaksanakan bagi membasmi kegiatan PATI tanpa membabitkan agensi kerajaan yang lain.

Katanya, dianggarkan terdapat kira-kira 11,016 warga asing berdaftar dan bekerja dalam pelbagai sektor di Cameron Highlands.


No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock