Kejadian tanah runtuh dan banjir kali ini melibatkan 5 orang mangsa dan 4 daripadanya adalah mangsa ditimpa tanah runtuh.
Semasa saya di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir pada malam kejadian, saya dimaklumkan terdapat hanya seorang mangsa yang hanyut dibawa air di Kuala Terla.
Sehinggalah pada pukul 10 malam, pasukan Perubatan dari Hospital Sultanah Hajah Kalsom yang diketuai oleh Dr. Sebastian dimaklumkan terdapat seorang mangsa yang telah terkorban akibat tanah runtuh di kawasan kebun di Ulu Merah, Ringlet.
Mereka tanpa berlengah bergegas ke kawasan yang dimaksudkan.
Mangsa Nepal yang terkorban dibawa ke Hospital untuk bedah siasat |
Saya tidak dapat menyertai mereka ketika ini kerana difahamkan laluan masuk adalah agak jauh.
Tidak lama selepas itu, maklumat di Pusat Pemindahan mendapat perkhabaran yang agak mencemaskan.
3 orang mangsa baharu sahaja dihempap tanah runtuh di dalam bengkel berhampiran Ringlet dan pasukan Bomba yang baharu selesai mengeluarkan mangsa di Ulu Merah telah pun sampai ke lokasi kejadian.
Saya segera ke sana untuk melihat sendiri mangsa yang terperangkap.
Ketika sampai, dua orang mangsa telah berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba manakala terdapat seorang lagi masih terperangkap.
Kedua-duanya menghadapi kecederaan di bahagian kaki dan segera diberi rawatan oleh petugas perubatan sebelum digegaskan ke Hospital.
Manakala mangsa yang masih terperangkan ketika ini separuh badannya sehingga ke leher berada di dalam sisa runtuhan dan terhimpit dengan traktor.
Pasukan bomba menggunakan kenderaan mereka untuk menarik keluar traktor yang menghimpit mangsa sebelum pengalian sacara manual dilakukan.
Ketika ini mangsa warganegara Malaysia ini berada dalam keadaan sedar dan mampu memberi kerjasama dan maklumbalas yang sangat baik.
15 minit diperlukan oleh pasukan anggota bomba untuk mengeluarkan mangsa yang akhirnya mendapat rawatan dan disahkan menghadapi cedera ringan.
Dari sumber pemilik bengkel kereta ini terdapat 4 pekerja yang bekerja pada ketika itu tetapi salah seorang telah keluar lebih awal sebelum kejadian.
Malah ketiga-tiga mangsa dikatakan baharu sahaja pulang dari melihat kawasan banjir di Kampung Baru, Ringlet sebelum menyambung kembali kerja mereka.
Dalam sekelip mata, mereka berada dalam runtuhan tanah dari tebing bukit yang berada di hadapan bengkel kereta ini.
Mujurlah ketika itu, pemilik bengkel masih berada di situ dan tidak terperangkap lantas segera memberi bantuan awal sebelum menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat untuk tugas menyelamat.
Mangsa ketiga dihantar ke hospital menggunakan ambulan. Malangnya kenderaan ini terperangkap dalam tanah runtuh di laluan utama berdekatan Habu.
Pada masa yang sama, pihak perubatan mendapat panggilan terdapat pula seorang mangsa yang turut terperangkap dalam runtuhan baharu di Lembah Bertam.
Mereka mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan Jabatan Pertahanan Awam yang kebetulan turut terperangkap dalam laluan tanah runtuh ini untuk menghantar mangsa ke Hospital.
Mujur kerjasama dari pelbagai pasukan mampu menyelamatkan mangsa yang terlibat.
No comments:
Post a Comment