TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, November 21, 2014

Kesian kakitangan di Pejabat Tanah Cameron Highlands…

Saya bertemu dengan salah seorang rakan yang bekerja di Pejabat Tanah Cameron Highlands. 

Wajahnya tidak seceria dahulu. Namun makan dan minum ketika sarapan masih berselera.

Cuma bila saya menyentuh  isu berkaitan pencerobohan tanah untuk kebun kebun sayur dibongkar, wajahnya berubah dengan sedikit kelat.




Katanya, sejak kes penerokaan tanah haram dan kebanjiran warga asing di Cameron Highlands yang diwar-warkan media , bukan satu atau dua atau tiga mesej dan pertanyaan dari kaum saudara dan rakan luar yang bertanya mengenainya dan agak menyentuh hatinya bila dikaitkan apakah benar semua kakitangan di Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands menerima rasuah?

Katanya lagi, dia tidak hairan jika ada yang melintas di hadapan Pejabat ini mengatakan inilah "lubuk rasuah" di Cameron Highlands kepada rakan-rakan yang lain atau kepada anak-anak mereka.

Saya bersimpati. 

Saya memahami situasi yang dialami olehnya kerana di Pejabat Tanah Dan Daerah bukannya semua kakitangan terlibat dengan penguatkuasaan yang berdepan dengan pengusaha sayur-sayuran. 

Katanya lagi, hany ada satu sahaja unit yang menguruskan permohonan kebun baharu dan penguatkuasaan. 

Kalau dilihat terdapat lebih 60 kakitangan pelbagai unit yang bertugas dan rakan saya itu berada di unit pentadbiran, namun ibarat nila setitik maka satu keluk susu dikatakan rosak.

Katanya lagi, di PTD Cameron Highlands terdapat sekitar 10-18 orang yang terlibat dengan penguatkuasaan dan pemantauan dan berdepan dengan semua urusan kebenaran dan juga penguatkuasaan.

Beliau menambah lagi, beliau percaya bukan semua terlibat dengan rasuah jika ianya dikatakan mengamalkan rasuah. 

Mungkin ada seekor dua babi yang sudah berlumpur. Malangnya sudahlah namanya babi bermandi lumpur lalu dikibaskan di dalam pejabatnya..

Maka mak cik cleaner, PAR , pemandu, kakitangan pentadbiran juga terpalit lumpur…

Anda paham ke tidak ni… fahamkan aje analogi di atas.

Jadi apabila anda melintas PTD CH ini atau di MDCH , janganlah anda mengandaikan inilah bangunan yang melindungi perasuah…

Yang Hormat Dato Pegawai Daerah, Dato A. Rahman baharu sahaja bertugas di sini beberapa bulan sahaja juga turut menerima kesan.

Bak kata orang, koi bawak kete pun sesat lagi nak balik ghumah …

Membaca kecaman di facebook dan surat khabar amat menyedihkan kerana komen mereka yang tidak memahami situasi ini dan secara bebas berkata tukar sahaja Pegawai Daerah dan semua Penguatkuasa serta kakitangan PTD walhal bukan semua yang bersalah.

Namun kepada yang terlibat dengan RASUAH.. anda memang BABI. ….

Semoga kawan saya kembali bersemangat untuk bekerja dan tidak malu untuk memakai baju berterakan logo Pejabat Tanah Daerah Cameron Highlands di hujung minggu lagi…


Kebenaran pasti akan tertegak juga sahabatku…  jom mengeteh… Kita Sokong Harimau Malaya pulok !!!! 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock