TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Showing posts with label warga asing tawan Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label warga asing tawan Cameron Highlands. Show all posts

Thursday, October 8, 2015

Mereka datang lagi ...

Saya tak nak komen lebih atau kurang akan hakikat yang berlaku.

Usaha yang dijalankan masih dijalankan katanya oleh pihak berkuasa dan begitu juga sebaliknya bagi pihak pekebun.

Siapa berkuasa.... 


Satu lagi apabila mereka merujuk kepada si pengadu ini yang terang-terangan ke hadapan mereka mengatakan beliau suka mencari populariti dan ada juga yang menyatakan dari golongan orang kecewa.

Tetapi tanyalah pada diri, adakah anda sanggup dan berani sebegitu ke hadapan  menyatakan ianya memang telah dan sedang berlaku di luar sana di saat anda hanya sangat panas ketika bersembang di kedai makan.

Itupun hanya bersama rakan segolongan semata tanpa berani keluar dari kepompong dan gelas kaca yang dapat melihat sesuatu telah berlaku.. Jika itu yang dilakukan anda dari dulu hingga kini saya rasa "Tak berkocak pun air dipermukaan.." kesannya.

‎Errrrr apa yang saya karutkan ni. Abaikan sahaja walau ada yang terasa...

Berita di atas diambil dari Harian Metro di mukasurat 44 hari ini.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Saturday, August 1, 2015

Tangisan Cameron Highlands bersama SPRM...

Sebagai warga Cameron Highlands, semua pasti ingin melihat tindakan dari sekadar satu retorik untuk menyatakan adanya tindakan akan dilakukan.

Pendedahan yang dibuat harus dikongsi akan hasilnya kepada masyarakat supaya persepsi bahawa semua hanya laungan janji tinggal janji atau ibarat mencurah air di keladi diterjemahkan sebagai janji yang dikotai. 

Selamat menunaikan tugas... 



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday, July 24, 2015

Petani didenda RM50 ribu sahaja....

‎Saya malas nak ulas panjang, cuma denda tidak setimpal dengan jenayah alam sekitar yang dilakukan.

RM10 ribu setiap satu kesalahan sebagai hukuman maksima walaupun ada pilihan penjara setahun bagi kesalahan yang sama.


Jika dilihat nilai RM 50 ribu tersebut, saya rasa bukanlah masalah untuk dilunasi beliau memandangkan keuntungan yang telah dijana sangat melebihi dari jumlah tersebut beribu kali ganda nilainya. 




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Sunday, July 12, 2015

Kebun sayur berkala besar-besaran di Cameron Highlands akan tidak dibenarkan.

Kisah ini telah tersebar dua bulan sudah dengan ramai petani mengatakan Operasi Gading yang bertujuan untuk meruntuhkan dan memusnahkan semua kebun haram akan dihentikan dimana pekebun haram sedia ada akan diberikan hak untuk meneruskan kebun dibawah 5 ekar yang akan dengan pemberian 'TOL' atau lesen pendudukan sementara dengan satu penama. 

Maknanya ianya dihalalkan selepas diharamkan!


Maka berduyun-duyunlah pekebun mengistiharkan kebun-kebun mereka dengan beberapa nama termasuk si ibu yang tua atau anak yang baharu masuk 18 tahun dan berada di Singapore.

Itu kata mereka apa yang bakal berlaku.... 


Saya diam sahaja... tak terkata kerana janji nk hapuskan 10,000 ha tanah kebun haram yang dilaungkan dan dijanjikan awal tahun ini sekadar janji semata-mata dan kini ditarik semula!

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday, July 10, 2015

Parabola haram di Cameron Highlands akan dirampas

‎Jangan kata sahaja. Jangan janji semata-mata. Jangan auta belaka. 


Buktikan tindakan sewajarnya dibuat segera.

Pendatang asing kini dan dari dulu bebas melanggar undang-undang namun pihak beramanah sekadar sepi tanpa tindakan. 

Aduhai.... penguatkuasaan undang-undang negara kita.. 


Sudahlah jabatan itu dan ini tersungkur lemah nak bertindakan... yang sana pun sama rupanya...

Juga jangan lupa kepada pengedar parabola itu sekali.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, July 9, 2015

Hujan Parabola di Cameron Highlands

Parabola di Cameron Highlands oleh warga asing ? Bukan isu baharu malah menjadi kegilaan bagi mereka. Dapat menyaksikan lebih 30 siaran dari pelbagai negara terutamanya dari negara asal memang amat digemari mereka.

Malah caj bayaran hanyalah pada awal pemasangan sahaja tanpa komitmen bulanan.

Saya pernah mendengar katanya untuk saluran Bangladesh bayaran hanya RM 800-1200 sahaja manakala Indonesia sekitar RM 500-700 sahaja.

Mudah dipasang dengan hanya kawah alluminium sahaja tanpa perlukan struktur yang besar.

Realiti di Cameron Highlands, kami duduk di kawasan tinggi, tahukah anda untuk mendapatkan siaran TV hatta TV1 dan TV2 ataupun TV3 sangat susah dan tidak jelas.

Maka orang tempatan menggunakan  khidmat ASTRO malah dikatakan daerah ini adalah pelanggan teramai kalau ratio dengan penduduk di sini.

Hampir semua rumah ada ASTRO.

Saya memetik dari Blog ini untuk petikan berita dibawah:



CAMERON HIGHLANDS - bukan satu, tetapi lebih 300 parabola digunakan secara berleluasa dan terbuka oleh pekerja asing di kawasan tanah tinggi ini.

Parabola yang dilarang penggunaannya di negara ini boleh dilihat di kebanyakan rumah pekerja di kebun-kebun sayur terutama di Ringlet seperti tiada sekatan oleh mana-mana pihak berkuasa.

Siasatan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan set parabola haram itu diseludup dari Thailand, Singapura dan Indonesia yang biasanya dibawa bersama barang-barang larangan import kastam lainnya.

Selain tauke, pekerja mereka juga didapati semakin berani memasang cakera haram di bumbung rumah masing-masing sama ada secara terbuka atau tersembunyi di bahagian belakang kediaman.

“Set parabola haram yang dipasang ini mampu menerima siaran televisyen percuma dari luar negara termasuk dari negara asal warga asing berkenaan,” kata sumber yang mengiringi wartawan Utusan Malaysia ke tanah tinggi itu.

Apa yang membimbangkan, kata sumber tersebut, warga asing itu menerima setiap siaran secara langsung tanpa tapisan.

“Banyak unsur tidak baik dalam siaran televisyen yang diterima oleh parabola tersebut. Kalau begitulah caranya bagaimana mereka hendak membiasakan diri dengan budaya tempatan?,’’ kata sumber itu lagi.

Sumber itu juga mempersoalkan ketegasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam menangani masalah tersebut kerana perbuatan tersebut semakin membimbangkan.

“Sepatutnya SKMM melakukan operasi untuk membanteras habis-habisan penggunaan parabola haram berkenaan, tetapi keadaan itu seolah-olah tidak berlaku,’’ katanya.

Turut menjadi persoalan, bagai­manakah parabola itu boleh melepasi kawalan pihak berkuasa sehingga begitu mudah digunakan secara meluas di kawasan ini.

“Agensi yang terlibat perlu menjalankan siasatan rapi dan membanteras penggunaan parabola sebelum menjadi semakin tidak terkawal,’’ katanya.

Tuesday, July 7, 2015

Serbu, tangkap, dakwa, pinda

Adakah serbu, dakwa dan pinda merupakan satu cadangan baharu untuk menyelamatkan Cameron Highlands?

Saya rasa tidak!

Yang ada sekarang ini pun tidak terjangkau tindakan sepertimana yang dilaungkan akan dilakukan. 

Saya pelik, saban kali laporan dari media massa mengatakan rasuah menjadikan Cameron Highlands hampir musnah, selain 19 pekebun yang didakwa terlibat dalam pemberian rasuah, tiada seorangpun kakiktangan awam yang ditangkap dan didakwa atas tindakan menerima atau meminta rasuah.

REACH melalui Presiden mereka secara terang-terangan mengatakan ada kakitangan awam yang menerima rasuah dalam bentuk pembayaran tukar tayar kereta pun langsung tak ada tindakan (sekadar yang dilihat di media massa).

Jadi sukar untuk saya mengatakan bagaimana yang terbaik untuk dilakukan.



NASIB Cameron Highlands yang berhadapan dengan kemusnahan alam sekitar akibat pencerobohan tanah melalui warga-warga asing yang diupah oleh penduduk tempatan seolah-olah terbela apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 22 orang pemberi rasuah.
Terima kasih dan tahniah SPRM atas kejayaan itu kerana ia sekali gus membuktikan bukan kata penerima malah pemberi juga tidak akan terselamat.
Bagaimanapun tugas SPRM dan Kerajaan Pusat dalam misi menyelamatkan Cameron Highlands masih belum selesai. Serbuan, tangkapan perlu disusuli dengan pendakwaan di mahkamah.
Tauke-tauke tersebut tidak harus dilepaskan kerana kalau benar mereka mengamalkan rasuah sehingga memusnahkan keindahan Cameron Highlands mereka adalah penjenayah alam sekitar yang harus menerima balasan akibat sikap tamak mereka.
Begitu juga ‘balaci-balaci’ mereka dalam agensi kerajaan, mereka juga perlu diheret ke mahkamah dan dikenakan hukuman seberat-beratnya.
Masyarakat bukan sekadar mahu melihat serbuan dan tangkapan tetapi juga pendakwaan di mahkamah.
Kita tidak mahu timbul wujud persepsi apa yang dilakukan oleh SPRM sekadar sandiwara seperti mana didakwa dalam laman-laman sosial.
Bagaimanapun penulis diberitahu oleh satu sumber, kesemua mereka sama ada tauke-tauke ladang mahupun ‘balaci’ mereka dalam lerajaan tidak akan terlepas dan pasti didakwa kerana bukti yang ada lebih daripada mencukupi.
Namun begitu, apa yang berlaku di Cameron Highlands tidak boleh dibiarkan berakhir di mahkamah sahaja, Kerajaan Pusat perlu melakukan langkah lebih tegas bagi membendung pencerobohan tanah di tanah tinggi itu.
Masanya sudah tiba untuk kerajaan memikirkan meminda akta sedia ada bagi memastikan nasib Cameron Highlands terus dibela.
Undang-undang khusus perlu diwujudkan bagi melindungi lawasan tanah tinggi bukan sahaja di Cameron Highlands tetapi juga kawasan lain.
Ini memandangkan kita tidak boleh membiarkan tanah tinggi terus diteroka dengan sewenang-wenangnya tanpa kawalan apatah lagi jika ia melibatkan pencerobohan tanah secara haram.
Kerajaan perlu buktikan mempunyai kuasa lebih hebat berbanding dengan penjenayah alam sekitar dan ‘kuncu-kuncu’ penjenayah itu dalam agensi kerajaan dengan mewujudkan undang-undang lebih tegas yang disertai hukuman mereka kepada kelompok berkenaan.
Isu Cameron Highlands tidak boleh diselesaikan secara bermusim sebaliknya berterusan. Ini termasuklah ‘operasi pembersihan’ ke atas kakitangan kerajaan yang terlibat dengan rasuah.
Satu sumber memberitahu penulis, kalau mahu bersihkan Cameron Highlands, ‘bersihkan’ dahulu agensi kerajaan di daerah itu yang segelintir kakitangannya tercemar akibat amalan rasuah.
Walaupun segelintir tetapi mereka bagaikan ‘makhluk perosak’ yang memusnahkan keseluruhan sistem pentadbiran kerajaan di situ dan mereka yang menyebabkan undang-undang hanya ibarat ‘terletak di bawah tapak kaki’ penjenayah alam sekitar. Justeru bertegaslah!
Jangan biarkan Cameron Highlands terus menangis akibat kerakusan penjenayah alam sekitar melakukan pencerobohan tanah dan ketamakan segelintir kakitangan kerajaan mahu menjamah wang haram.

Selamatkan Cameron Highlands !!!!

Saya tak pasti samada ini adalah rayuan atau permintaan atau harapan atau arahan untuk sebarang tindakan yang boleh menyelamatkan Cameron Highlands dari kemusnahan.

Jadi nadanya juga tidak pasti samada ianya dalam keadaan merintih atau mengeluh atau menjerit untuk disuarakan.

Jadi terpulanglah kepada pihak yang mempunyai kuasa untuk melakukannya. Kami yang tiada berkuasa kecuali ketika hari pengundian sahaja ini tidak cukup.

Yang memegang amanah perlu melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Kami memandang dari jauh. Kami bercakap dan adakalanya menulis sahaja selagi apa yang terdaya.

Dikongsikan dari Utusan Malaysia, 5 Julai 2015.



PENAHANAN 22 tauke ladang di Cameron Highlands oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Ops Sejuk, melegakan banyak pihak yang mahu tindakan tegas dan berkesan diambil bagi menyelamatkan tanah tinggi itu daripada mengalami "kemusnahan".

Tauke-tauke ladang tersebut ditahan kerana disyaki memberi suapan kepada pegawai agensi penguat kuasa dalam usaha menghapuskan gejala rasuah yang dikatakan menjadi punca tanah tinggi itu berhadapan dengan pelbagai masalah, khususnya penerokaan kebun haram sehingga memberi kesan buruk terhadap alam sekitar.

Kesungguhan dan keberanian SPRM memberi harapan baharu kepada usaha memulihkan pusat peranginan tersebut yang sedang "sakit" akibat tindakan rakus manusia tamak melakukan kerja serta perbuatan haram.

Keadaan di Cameron Highlands mula mendapat perhatian apabila Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia pada awal November tahun lalu mendedahkan daerah yang terkenal sebagai pengeluar sayur-sayuran dan buah-buahan berkenaan semakin "hancur" dengan pelbagai masalah, termasuk kebanjiran warga asing berpunca daripada gejala rasuah.

Sehari selepas laporan khas dua siri itu disiarkan, negara digemparkan dengan tragedi banjir lumpur dan tanah runtuh yang meragut lima nyawa serta menjejaskan lebih 80 buah rumah di sekitar Lembah Bertam, satu daripada kawasan tumpuan di situ.

Aktiviti pertanian tidak terkawal di kawasan rizab sungai, dikatakan antara punca berlaku kejadian berkenaan yang turut menyebabkan kira-kira 200 orang diarahkan keluar daripada kediaman masing-masing.

Utusan Malaysia kemudian mendedahkan pula hampir keseluruhan tanah di Cameron Highlands sedang diteroka sama ada secara sah atau haram bagi tujuan pertanian dan pembangunan.

Pada 9 November lepas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tiada maaf kepada pendatang tanpa izin (PATI) yang menceroboh, termasuk ahli politik yang terlibat melindungi pencerobohan di tanah tinggi berkenaan.

Beliau turut mengarahkan satu operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan digerakkan supaya tindakan lebih tegas diambil sama ada kepada PATI, penanam atau pengusaha yang bersalah.

Berikutan itu juga, Jabatan Imigresen mula menggempur PATI di Cameron Highlands menerusi "Ops Gempak Tapi Mesra" manakala  SPRM dilaporkan memandang serius isu di situ selain turut mengemukakan 12 syor bagi mengatasinya.

Komitmen kerajaan bagi memulihkan Cameron Highland terserlah apabila Kabinet bersetuju merangka pelan jangka pendek dan panjang menerusi penubuhan sebuah jawatan kuasa bersama bagi meneliti perkara berkenaan.

Friday, July 3, 2015

Teroka tanah haram rasuah terbesar di Cameron Highlands

Isu baharu ke? Tidak!!!

Isu lama tapi tak pernah selesai.  Rasuah yang dikatakan tak dapat dikesan dan terkesan dan mungkin tidak akan berjaya dikesan. 

Penyakit yang parah dan tenat.



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Pegawai Kerajaan rasuah akan diburu!...

Silakan memburu.

Adakah ada yang menghalang? Adakah ada yang akan mencemuh dan bertindak melawan segala tangkapan.

Tapi harapan kami bukan sekadar retorik semata selepas dibangkitkan lagi.

Kita tunggu dua tiga bulan lagi adakah skrip lama akan kembali diulang siar.

Yang dah berlalu 6 bulan dari pendedahan bulan December 2014 dah kembali diulang siar!!!!




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, July 2, 2015

Tauke Ladang Bangladesh serah diri...

Betulkah ada Bangladeshi menjadi pemilik kebun sayur di Cameron Highlands seperti yang diwar-warkan dari awal tahun ini dalam media massa?

Bagaimana mereka boleh menjadi tauke kebun sayur sehingga berpuluh-puluh hektar kebun? sini.

Apakah ada kebenaran atau undang-undang yang membolehkan mereka menjadi pemilik kebun ini?

Apa tindakan pihak berkuasa yang telah diambil ?

Apakah pula kesudahan ini?



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wednesday, July 1, 2015

19 tauke ladang ditahan di syaki memberi rasuah....

Semalam kisah yang terdendang adalah kakitangan awam yang dikatakan mengambil rasuah dan salah satu soalan yang ditanya oleh sumber ialah yang menerima rasuah dikenalpasti tetapi bagaimana yang memberi rasuah?


Setakat semalam yang saya tahu atau dalam pengetahuan saya adalah 2 pegawai yang telah ditahan jika merujuk kepada petikan akhbar sekitar awal tahun ini dan jika hari ini dimaklumkan 19 orang tauke yang terlibat saya percaya yang menerimanya mungkin lebih besar.


Tak apa. Kita tunggu dan lihat perkembangan yang sangat menarik ini. 


IPOH 30 Jun - Selepas enam bulan mela­kukan intipan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menggempur Came­ron Highlands. Hasilnya, 19 tauke ladang ditahan kerana disyaki memberikan rasuah kepada pegawai agensi penguat kuasa.

Sogokan itu bertujuan mengelakkan tindakan atas pelbagai kesalahan seperti penerokaan tanah haram, melanggar syarat Lesen Pendudukan Sementara (LPS), melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) dan menyimpan racun tidak berjadual.

Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia sejak November tahun lalu telah mendedahkan kebanjiran warga asing dan masalah pencerobohan tanah di Cameron Highlands sehingga memusnahkan alam sekitar daerah peranginan itu.

Dalam tiga siri laporan khas terbaharu mulai Ahad lalu, akhbar ini mendedahkan bagaimana keadaan tanah tinggi itu yang terus dice­roboh dan berhadapan dengan masalah warga asing akibat amalan rasuah.

Sumber dalaman SPRM memberitahu, kesemua mereka ditahan di Cameron Highlands hari ini dalam Operasi Sejuk, yang melibatkan transaksi rasuah antara RM127 hingga RM30,000 dengan jumlah keseluruhan RM163,577.

Mereka yang ditahan dibawa dari Cameron Highlands ke Pejabat SPRM Perak di sini dalam keadaan tangan bergari.

“Kesemua mereka ditahan di sekitar Cameron Highlands oleh pegawai dari ibu pejabat SPRM dan dibawa ke Pejabat SPRM Perak untuk soal siasat.

“Mereka terdiri daripada pengusaha ladang namun terdapat seorang warga asing dari Bangladesh yang merupakan tauke ladang. Kes disiasat di bawah Seksyen 17B Akta SPRM kerana memberi rasu­ah kepada penjawat awam yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun atau denda lima kali ganda daripada nilai suapan atau sekurang-kurangnya RM10,000,” kata sumber itu.

Sumber itu menambah, sebahagian besar mereka ditahan di kebun, rumah dan kawasan sekitar kebun masing-masing di Cameron Highlands.

“Tiada laporan mereka cuba melarikan diri atau hilang sepanjang operasi. Daripada jumlah 19 orang itu, 17 dibebaskan dengan jaminan RM5,000 seorang manakala dua lagi ditahan,” katanya.

Menurut sumber tersebut, operasi itu adalah hasil intipan SPRM selama lebih enam bulan untuk membuktikan wujudnya sogokan oleh tauke ladang kepada anggota penguat kuasa di Cameron Highlands.

Katanya, intipan juga dilakukan rentetan bencana alam di tanah tinggi itu pada hujung tahun lalu sehingga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat kawasan bencana memberi amaran supaya penguatkuasaan diperketatkan.

Namun, katanya, di sebalik ama­ran tersebut, penerokaan tanah haram terus berlaku hingga menimbulkan kecurigaan terhadap kete­lusan pihak penguat kuasa.

“Hasil daripada risikan bersama SPRM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak enam bulan lalu mengesahkan berlakunya rasuah dalam kalangan anggota penguat kuasa yang membawa kepada penangkapan hari ini,” katanya

Kita nak lihat siapakah "Pagar yang memakan padi tersebut..."


Rasuah musnahkan Cameron Highlands ..

Penerima rasuah tukar tayar percuma sebagai salah satau bentuk rasuah?

Hanya penerima yang disiasat tetapi yang memberi senyap sunyi?

Pekebun tidak kisah untuk memberi rasuah asalkan kebun mereka tidak diusik oleh pihak pengusaha. 

Cukai kepada kerajaan tidak dibayar sebaliknya "Cukai" dibayar kepada kakitangan yang menerima rasuah?

Benarkah ini berlaku? SPRM perlu membuat siasatan dan bila agaknya Pejabat SPRM akan dibuka secara rasmi sebab ada yang mengatakan merek telah hadir di Cameron Highlands secara risikan sejak 6 bulan yang lalu. 

UTUSAN MALAYSIA membongkar gejala keji ini. 




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tuesday, June 30, 2015

Racun haram digunakan di Cameron Highlands?...

Benarkah sayur-sayuran di Cameron Highlands tidak selamat? 

Pekebun menggunakan racun sayur yang tidak dibenarkan atau haram?

Isu ini ditimbulkan oleh wartawan Utusan Malaysia yang kembali ke Cameron Highlands dan memaparkan kembali isu keselamatan makanan dan alam sekitar dua tiga hari ini.

Jadi apa yang halal? 

Saya kongsikan berdasarkan pengetahuan cetek saya ini ya. Kalau salah tolong tegur..

Penggunaan Racun Perosak sebenarnya antara kompenan Pengurusan Serangga Perosak (IPM) yang selamat dan disyorkan namun seharusnya menjadi pilihan yang terakhir dalam IPM.

Saya tidak akan mengulas panjang apakah itu IPM cuma saya akan menumpukan apakah kategori racun perosak yang halal atau dibenarkan.


Rujukan pertama yang harus dilihat adalah Racun Yang Berdaftar sahaja yang boleh digunakan di Malaysia iaitu mesti mendapat kelulusan daripada Lembaga Racun Mahkluk Perosak yang akan memberi kebenaran untuk racun ini didaftarkan dan digunakan setelah melalui proses yang amat panjang.

Keduanya adalah setelah hanya racun perosak yang didaftarkan ini hanya racun perosak yang dibenarkan untuk tanaman tertentu atau spesifik sahaja boleh digunakan untuk tanaman tersebut.


Contohnya jika racun tersebut seperti bahan utama racun jenis Zineb dan Ziram dibenarkan untuk tanaman tomato, maka tomato boleh menggunakannya sebaliknya jika tidak dibenarkan maka ianya tidak berdaftar untuk tanaman tersebut dan tidak boleh digunakan. 

Rujukan mudah untuk mengetahui apakah jenis bahan ramuan yang dibenarkan adalah berdasarkan AKTA MAKANAN 1985 melalui Jadual 16 yang secara tepat memberikan senarai bahan ramuan yang dibenarkan untuk digunakan dalam setiap sayuran.  

Keduanya ialah garis panduan untuk penggunaan racun adalah menggunakan Garis Panduan Antarabangsa iaitu CODEX yang juga mempunyai senarai bahan ramuan racun yang boleh digunakan untuk setiap sayur-sayuran dan tanaman. 


Mengapa perlu merujuk kepada CODEX

Mudah kerana untuk rujukan antarbangsa, senarai ramuan racun adalah berbeza dengan satu negara yang lain berdasarkan peruntukan undang-undang dan standard yang digunakan. 

Maka CODEX adalah garis panduan yang diiktiraf untuk digunakan. Bayangkan dalam Jadual 16 Akta Makanan 1985 menunjukan senarai racun yang dibenarkan pada tahun 1985 tanpa sebarang pindaan dan ini pastinya sedikit ketinggalan. 

Saya tidak akana mengulas panjang mengenai CODEX kerana agak panjang dan rumit dan mungkin dalam catatan yang berlainan khas mengenaiu CODEX.

Untuk memberi ruang dan peluang kepada pengusaha dan pekebun maka garis panduan CODEX digunakan sebagai rujukan panduan di mana jika Tiada senarai racun di Jadual 16 tetapi ada di dalam senarai CODEX maka racun tersebut dibenarkan pakai.  

Akhir sekali, jika kedua-duanya tiada tetapi pengusaha masih mahu menggunakan ramuan racun tersebut maka syarat pematuhan Paras sisa Racun Maksima atau Maximum Residue Limit (MRL) 0.01 mg/kg digunapakai.


Anda paham ? Tak paham tak apalah .. 

Soalan sebelum penutup catatan ini;
Apakah racun yang menggunakan racun yang telah berdaftar dan dibenarkan dalam Akta Makanan 1985 atau CODEX itu selamat?

Rasanya apa jawapan ?

TIDAK semestinya selamat kerana ada pematuhan yang perlu diambilkira iaitu KADAR SISA RACUN MAKSIMA (MRL) yang perlu dilepasi syaratnya. 

Maksudnya ... contoh jika Ramuan racun Ziram dibenarkan oleh Jadual 16 Akta Makanan 1985 ianya masih perlu mematuhi MRL tidak melebihi daripada 5.0 mg/kg sample yang diambil. 

Ianya boleh diketahui dengan ujian makmal atau pengusaha menggunakan racun pada kadar yang dibenarkan dan mematuhi Tempoh Tuanian Selepas meracun atau Post Harvest Interval (PHI) yang ditetapkan.  

Lain kali saya cerita...

Untuk mengesahkan samada pekebun Cameron Highlands ini ada menggunakan racun yang haram, jika mereka tidak menepati ciri-ciri di atas iaitu racun tidak berdaftar dengan Lembaga Racun Perosak, tidak menggunakan racun yang disyorkan untuk tanaman tersebut , tidak mengikut cadangan penggunaan  dan tidak mematuhi paras sisa racun yang maksima, maka sayuran tersebut tidak selamat untuk dimakan.

Insyallah .. sayur yang dari kebun saya selamat dimakan kerana kami mematuhi keperluan di atas sepanjang masa. 

"Makan Sihat , Makan Lushious" 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock