TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, October 15, 2014

Singah @ Dungun Terengganu

Catatan saya seterusnya masih berkisarkan catatan perjalanan kami dari Cameron Highlands - Raub - Kuantan - Dungun - Kuala Terengganu - Gua Musang dan balik ke Cameron Highlands awal Julai yang lalu. 

Cuma perancangan kami sekadar mengikut kata pada hari berkenaan tanpa niat terancang sebelumnya. 

Selepas beberapa hari di Kuantan, kami singgah di Dungun Terengganu yang terletak lebih 100 km jaraknya dari Kuantan.

Dalam perjalanan kami melalui Bandar Paka yang terkenal dengan industri petroleumnya anak-anak teruja melihat kerlipan lampu yang terpasang di sepanjang laluan dari kompleks dan loji pemprosesan minyak di sini terutama cerobong yang mengeluarkan api. 

Kami sampai di bandar ini pun sudah malam sekitar 8 lebih dan berhajat untuk menginap di Hotel UiTM Dungun secara walk in namun hampa kerana telah penuh. 

Dan mencari hotel atau pun chalet di sepanjang pantai Dungun ini bukanlah susah kerana terdapat beberapa lagi pilihan yang lain cuma pilihlah yang berbaloi dengan kepuasan anda.



Kami memilih untuk menginap di sini iaitu ULEK BEACH RESORT dengan kemudahan yang bersesuaian untuk anak-anak terutamanya kolam renang besar dan dijaga rapi. 



Susun aturnya juga amat kemas dengan binaan unit chalet yang dibuat seperti perkampungan melayu dengan senibinanya juga kemelayuan. 



Kami tidak berlama kerana malamnya kami segera ke Kuala Dungun untuk makan dan pilihan ikan bakar dan masakan laut menjadi pilihan. 

Ternyata ianya lebih murah berbanding dengan makanan laut yang kami nikmati di Tanjung Lumpur Kuantan dua hari yang lepas. 

Dan berjumpa kawan lama di sini memang menyeronok sehingga ke tengah malam di temani angin laut di Kuala Dungun... 


Esoknya selepas check out kami menjengah kawasan penempatan nelayan dan pendaratan bot nelayan di sekitar Kuala Dungun dan koleksi bot nelayan yang berlabuh di sini menarik minat anak-anak kecil saya.  

 










Berada di Kuala Dungun ini persisir pantainya juga menarik minat kami cuma sekadar melihatnya. 

Sedari dahulu arus dan ombak di pantai ini tidak sesuai untuk bermandi manda malah pantainya juga agak dalam dan tidak landai. 



Bukan satu atau dua kes lepas di sini di rekodkan dan yang terbaharu kalau tak silap saya dua bulan sebelun kunjungan kami. 

Sebab itulah tiada satu pun kelibat orang bermandi manda di sini walaupun ketika kunjungan kami ini adalah hari Jumaat yang merupakan hari cuti di sini. 



Apa yang kami lakukan adalah duduk bersantai di kawasan rehat di beberapa lokasi pantai ini dengan menikmati buah dukong yang begitu murah ketika itu sebelum menikmati pula hasil laut yang digoreng seperti ikan, udang dan juga buah-buahan tempatan yang lain. 

Anak-anak saya ketika ini masih ingin ke pantai dan kami mengawasi mereka untuk sekadar bermain pasir sahaja. 



Untuk makan kami ke gerai di hadapan UiTM Dungun dan menikmati nasi ayam claypot di salah sebuah gerai di situ. 





 



Pendek kata, saya rasakan Dungun ini sesuai untuk destinasi persingahan anda yang berjalan jauh cuma untuk berehat  dan menikmati pantainya tidaklah menjadi pilihan yang terbaik di sini. 

Malah kata kawan saya, jika mahu mandi kita perlu ke Tanjong Jara yang dikatakan cantik dan lebih selamat kerana tidak berarus dan landai. 


Selain pantai, terdapat sebuah pulau yang tidak begitu jauh dari daratan iaitu Pulau Tenggol. Saya teringat kenangan saya mengunjungi pulau ini sekitar tahun 1999 yang lalu sambil bersnorkeling di pulau ini. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock