TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, October 31, 2014

Projek Lanskap @ Cameron Highlands

Ada kawan saya yang mengeluh ketika datang bercuti Depavali baharu ini mengenai kesesakan teruk untuk masuk ke Pekan Tanah Rata.


Sebenarnya antara punca kesesakan ini berlaku adalah kerana penutupan sementara tempat meletak kenderaan MDCH di tengah pekan Tanah Rata untuk memberi peluang kepada kerja-kerja lanskap di kawasan ini.

Projek di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini dikhabarkan akan menukar sepenuh rupabentuk lama kawasan meletak kenderaan ini. 

Saya kurang pasti bagaimana rekabentuknya cuma dari dengar-dengar mengatakan ianya akan seperti Waterfront yang melibatkan hiasan lanskap malam yang menarik seperti I City.

Dikatakan juga ianya adalah pelengkap kepada naik taraf Taman Pertabalan yang juga kini ditutup untuk tujuan yang sama.  


Ianya sudah hampir 3 bulan berlalu dan dijangkakan siap selepas tempoh setahun sehingga Bulan 5 2015.

Apapun, sementara projek ini berlangsung, terpaksalah kami menghadapi kesesakan lalulintas kerana ruang bahu jalan dijadikan kawasan meletak kenderaan dan ianya menyempitkan laluan utama. 

Sebagai alternatif, Kemudahan Meletak Kenderaan Bertingkat Terminal Fressia boleh digunakan untuk meletak kenderaan anda secara percuma. 


Cuma yang amat-amat-amat-amat dikesali adalah penyelengaraan yang amat lemah dan tiada langsung oleh MDCH terutama dibahagian tangga cukup memalukan. 

Saya rasa saya akan membuat catatan mengenainya dan satu email akan saya hantar kepada MDCH. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock