Pantai Balok yang terletak sekitar 15 km dari Bandar Kuantan suatu masa dahulu memang agak terkenal dan menjadi pilihan kepada penduduk sekitar dan pelancong tempatan sebagai destinasi percutian.
Pantainya mendatar sahaja dan sesuai untuk mandi manda.
Malah tiupan anginnya dikatakan antara lokasi terbaik untuk bermain luncur layar di Malaysia seperti yang diwar-warkan kepada saya semasa belasan tahun dan berada di Kuantan.
Ini dibuktikan dengan penganjuran pertandingan luncur layar antarabangsa yang diadakan setiap tahun ketika itu.
Malah ketika tahun 1990 an, Pantai Balok memang amat sibuk dengan penganjuran pelbagai aktivti seperti Larian Pantai sejauh 20 km dari Pantai Taman Gelora ke sini.
Juga Pesta Air yang selalunya memilih lokasi pusat rekreasi MPK Pantai Balok yang lengkap dengan kemudahan seperti rekreasi sukan, perkhemahan dan pelbagai lagi kemudahan yang amat selesa.
Ketika ini juga banyak penginapan-penginapan wujud akibat dari permintaan yang tinggi ketika itu.
Selepas lebih 15 tahun, saya kembali ke pantai ini semula setelah kali terakhir singgah dan bermalam untuk aktivti perkhemahan pada 1999.
Saya bersembang terlebih dahulu dengan salah seorang sahabat sekolah saya yang juga penduduk di Taman berdekatan dengan pantai ini.
Katanya pantai ini kehilangan seri dan tidak semeriah seperti dahulu.
Tiada lagi acara besar dan tiada lagi sambutan hangat pelancong seperti dahulu.
Malah banyak chalet-chalet berdekatan ditutup ataupun kurang mendapat sambutan.
Saya seperti bersetuju dengan pendapatnya apabila saya sendiri melihat bagaimana chalet-chalet yang dahulunya dibuka tetapi
Namun untuk mengatakan ianya terjejas ataupun tidak seperti dahulu adalah tidak begitu adil bagi saya kerana sekadar melihat dari luaran dan sekadar 6 jam di waktu pagi ketika berada di sini.
Mungkin anda boleh ceritakan pendapat anda pula.
pantai bersebelahan Pusat Rekreasi MPK Balok |
Saya tidak berlama di Pantai Balok dan saya melihat di sepanjang pantainya masih di jaga dan bersih berbanding dengan pantai di hadapan De Rhu Beach Resort yang agak sarat dengan hanyutan sisa sampah.
Kemudahan di kawasan pusat rekreasi masih kelihatan di jaga dan terurus.
Cuma jumlah pengunjung agak kurang mungkin kerana hari bekerja.
Apapun bagi kedua-dua anak saya, mereka masih tetap bergembira bermain air di pantai bersebelahan ini.
Malah keterujaan mereka untuk bermain ombak dan pasir pantai mengatasi keseronokan untuk bermain air di Taman Air De Rhu Beach Resort yang kami duduki pada kunjungan kali ini.
Cukuplah kisah ringkas di Pantai Balok.
Semoga ianya kembali meriah seperti dahulu jika benar dakwaan mengatakan ianya mulai kurang bersinar dan gah.
Kalau saya terjumpa koleksi gambar Pantai Batu Hitam di Berserah Kuantan, Insyallah akan saya kongsikan nanti dalam catatan seterusnya.
No comments:
Post a Comment