Yang ini adalah masih di pantai Balok tapi di pantai berhadapan dengan Swiss Garden Resort atau lebih tepat adalah kawasan Pantai Sungai Karang.
Kawasan pantai di sini sangat landai malah kalau air laut sedang surut ianya melebar ke bahagian laut.
Masa ini membawa anak-anak kecil tidaklah begitu bimbang sangat kerana daratan yang luas dan ombak yang sedikit lemah.
Namun ianya bukan satu jaminan untuk melepaskan anak-anak anda tanpa pengawasan anda sendiri.
Terdapat beberapa pengusaha Chalet atau penginapan sekitar persisir pantai ini seperti Le Village Beach Resort, Swiss Garden Resort dan Duta Sand Beach Resort.
Saya kongsikan beberapa keping gambar sekitar persisiran pantai ini dan pastinya gelagat dan aksi serta keletah anak-anak saya yang menikmati keindahan dan keseronokan bermain air di pantai ini...
Kami menginap semalaman di De Villagge Beach Resort yang ditempah melalui Agoda dan mendapat sekitar RM 120 semalam beserta sarapan (kalau tak silap saya).
Kemudahan kolam mandiannya juga menarik walaupun ringkas kerana anda mempunyai dua pilihan atau peluang untuk mandi laut dan mandi kolam.
No comments:
Post a Comment