TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, October 9, 2014

CHTT 2014; Aksi di garisan penamat...

Saya ingin berkongsikan catatan awal saya di laman blog cameronriders2014.blogspot.com mengenai penganjuran Cameron Highlands Thompson Trail MTB Jamboree yang berlangsung pada 6 September 2014 yang lalu. 
***************************


Aksi di penamat sememangnya menjadi tumpuan kepada semua. 

Bukan hanya mahu melihat wajah-wajah pemenang tetapi juga riak kepuasan kepada semua peserta yang berjaya menlengkapkan cabaran yang telah disediakan. 

Samada cepat atau lambat, menang atau kalah, senang atau susah, puas atau menyesal dan pelbagai lagi dapat dilihat di garisan penamat ini. 

Pengalaman saya mengikuti enam kilometer terakhir 4 peserta pertama yang akan menamatkan kayuhan sebagai pemenang memang mengujakan. 

Mereka berjaya memisahkan diri mereka dengan peserta yang lain seawal memasuki ladang teh dan jaraknya semakin melebar di kawasan pendakian. 

Malah ketika melalui laluan selepas Check Point 3, aksi mereka tidak dikendurkan langsung malah dikuatkan lagi kadar kayuhan mereka biarpun menuruni bukit serta laluan yang agak licin kerana masih dibasahi embun sekitar 9.45 minit pagi. 

Apabila sampai di garisan penamat, mereka masih lagi bersaing hebat sehinggalah ketiga-tiga mereka dinobatkan sebagai 3 peserta terawal yang tiba bagi katgori master dan johan bagi kategori junior. 



Begitulah jua aksi seterusnya melibatkan semua peserta biarpun bukan lagi memburu tempat kemenangan tetapi lebih kepada melayani cabaran yang terhidang.  

Saya kongsikan aksi beberapa peserta yang telah berjaya tiba di penamat.











Pukul 1 petang, bermulanya pula Majlis Penyampaian Hadiah dan Pengacara Majlis yang didatangkan khas dari Astro Arena berjaya menghidupkan suasana dengan celoteh dan usikan kepada peserta. 




Dalam ucapan penutupan Yang Hormat Dato Pegawai Daerah Cameron Highlands telah menyatakan bahawa Cameron Highlands Thomposn Trail akan dijadikan acara tahunan daerah perlancongan ini dan ini merupakan khabar gembira bukan sahaja kepada semua peserta dan penggemar aktiviti ini tetapi juga kepada kami, Cameron Riders selaku penganjur.

Dengan pengistiharan ini juga akan memudahkan urusan kami untuk menganjurkan acara CHTT ini kelak. 

Malah untuk penganjuran edisi 2014 ini sendiri kami sebenarnya telah banyak dibantu oleh agensi-agensi tempatan yang tidak putus-putus menyokong keperluan lojistik dan juga sokongan yang beerkaitan. Terima kasih. 


Acara yang dinanti-nanti bagi semua peserta adalah 30 cabutan bertuah terakhir yang menawarkan hadiah  utama iaitu basikal mtb sumbangan dari Giant. 


Walaupun jam sudah menunjukan pukul 2 petang, tiada yang melarikan diri sebaliknya semuanya berkumpul secara santai dihadapan pentas utama di bawah pancaran matahari bak kata YH Dato Pengawai Daerah, kenyamanan di Cameron Highlands ini tiada di tempat yang lain. 

Tahniah Kepada pemenang... dan juga mereka yang telah bernasib baik dalam cabutan bertuah ...

Koleksi gambar selebihnya di laman Facebook kami. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock