Masih berada di sekitar Pantai Balok, Kuantan dan kali ini saya nak berkongsikan pengalaman kami menginap di De Rhu Beach Resort yang terletak bersebelahan dengan Pusat Rekreasi Air MPK Pantai Balok.
Berada di Pantai Balok adalah lebih menarik dan menyeronokan jika anda membawa anak-anak kecil anda untuk mandi manda di De Rhu Beach Resort walaupun ianya bukan taman tema air seperti di Gambang Waterpark and Resort.
Kolam mandiannya besar dan sesuai untuk kanak-kanak mandi manda dan bermain air walapun anda tidak menginap di sini.
Ini kerana De Rhu Beach Resort membuka kolam mandian mereka untuk kunjungan harian.
Seperti biasa anak-anak kecil saya sangat mengemari destinasi kali ini bukan sahaja kerana kolam mandiannya yang besar tetapi juga kerana pantai yang di hadapannya.
Mereka juga bebas bermain air berdua sahaja kerana kami menginap di sana pada hari Selasa dan ternyata tiada pelancong lain yang mandi manda walaupun ramai yang menginap di sini pada malam sebelumnya.
Mungkin masing-masing mempunyai agenda dan tugasan kerja seperti isteri saya yang menghadiri kursusnya.
Mungkin masing-masing mempunyai agenda dan tugasan kerja seperti isteri saya yang menghadiri kursusnya.
Menurut rakan saya yang bekerja di sini, kalau hujung minggu biasanya kawasan kolam ini akan dipenuhi pengunjung samada yang menginap ataupun datang secara 'walk in' .
Malah di waktu musim cuti am ataupun sekolah, kawasan ini juga lebih ramai pengunjung.
Melihat gambar yang dikongsi oleh beberapa pengunjung di laman blog atau facebook mereka memang mengesahkan situasi tersebut.
Jadi, cadangan dari saya jika anda berada di Kuantan dan mencari sedikit kelainan di kala bercuti ringkas, saya rasa De Rhu Beach Resort boleh dipertimbangkan untuk aktiviti ringkas.
Namun jika mencari lebih kelainan bercirikan taman tema air, yang terdekat adalah Bukit Gambang Waterpark and Resort seharusnya menjadi pilihan.
No comments:
Post a Comment