TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, October 9, 2014

CHTT 2014; Detik perlepasan...

Saya ingin berkongsikan catatan awal saya di cameronriders2014.blogspot.com mengenai penganjuran Cameron Highlands Thompson Trail MTB Jamboree yang berlangsung pada 6 September 2014 yang lalu. 
***************************

Bagi memulakan catatan khas mengenai edisi CHTT 2014, saya memulakan dengan aksi sekitar tapak perlepasan atau pun permulaan.

Buat julung kalinya, lokasi Padang Habu ini menjadi pilihan permulaan berbanding edisi yang lepas iaitu di Pekan Tanah Rata.


Ini kerana konsep CHTT bagi edisi 2014 ini dinaik taraf sebagai Jamboree dan ianya bertujuan memudahkan cabaran dengan penumpuan di trek yang lebih mencabar berbanding sekadar menuruni bukit semata-mata dari Tanah Rata sejauh 8 km.


Selain itu juga, penganjur cuba melihat kepada alternatif ini untuk mengurangkan waktu menunggu untuk peserta dihantar semula ke tapak permulaan selepas tamat. Terbukti pemilihan lokasi yang sama sebagai permulaan dan penamat memudahkan urusan semua pihak.

Padang Habu ini adalah dimiliki dan dibawah kawalan serta penjagaan Tenaga Nasional Berhad yang merupakan sebahagian dari kawasan tadahan dan takungan  Empangan Sultan Abu Bakar.

Seawal pukul 6.30 pagi lagi kelibat para peserta sudah mula tiba dengan siap berpakaian jersey masing-masing. 

Malah ada juga dikalangan peserta yang sampai seawal 4 pagi dan bermalam di padang ini tanpa menginap di mana-mana penginapan di Cameronm Highlands kerana perjalanan yang jauh dan sampai lewat.


Tiada masalah untuk mendaftar kerana pihak penganjur turut membuka kaunter pendaftaran di tapak permulaan ini.

Pukul 7 pagi kelihatan penaja kami, Giant yang merupakan jenama basikal yang popular mula memasang belon angin sebagai gerbang permulaan dan penamat yang besar.

Syarikat Giant ini telah bersama CHTT sedari edisi tahun lepas dengan menaja beberapa hadiah cabutan bertuah yang Utama seperti basikal dan peralatan yang berkaitan.

Begitu juga dengan pembekal jersi khas edisi CHTT 2014 iaitu Syarikat MFG yang turut sama memasangkan belon angin mereka di kawasan permulaan penamat. 

Pihak MFG juga turut membekalkan poster, banner dan rekaan khas kepada penganjuran ini. 

Suasana bertambah meriah ketika ini kerana ramai peserta mulai tiba dan masing-masing meletakan basikal di kawasan permulaan.


Di setiap penjuru, kelihatan peserta mulai memanaskan badan secara berkumpulan dan juga individu.

Kemeriahan warna-warni pelbagai rekaan jersi berpasukan yang dipakai jelas kelihatan dan biasanya  mudah dilihat bagi mereka yang datang berpasukan.

Manakala ada juga sebahagian peserta yang memakai jersi khas CHTT 2014 yang rat-ratanya menerima pujian di atas keunikan dan juga kecantikan rekaan tersebut.

Menjelang 8.10 pagi, suasana bertambah meriah setiap kali lensa kami ingin mengambil gambar para peserta malah mereka juga meminta kami mengambil gambar mereka.
Pelbagai bentuk possing dipamerkan dengan penuh bangga.

8.15 pagi bergema suara Pengacara Majlis yang pada mulanya tidak begitu disedari bahawa suara tersebut adalah milik Pengulas Sukan Astro Arena 801, En. Hafizal Hamad yang didatangkan khas ke acara ini.


Keletah dan bicara beliau mampu memeriahkan suasana di tapak permulaan dengan usikan dan juga gurauan sponton bersama dengan peserta.

Majlis ringkas perlepasan peserta di mulakan dengan ucapan Yang Hormat Dato Pengawai Daerah Cameron Highlands, Dato A. Rahman yang turut menjadi peserta kategori Veteran.
Upacara kemudian di teruskan  dengan nyanyian lagu NEGARAKU dan iikuti dengan bacaan doa.

Upacara simbolik perlepasan diteruskan dengan acara Memasang Plate Khas di basikal yang akan digunakan oleh Tuan Haji Edros Yahya, Pengarah Perlancongan Negeri Pahang (Tourism Malaysia) yang merupakan penaja utama CHTT 2014.

Kemeriahan acara permulaan semakin meriah dengan 1300 peserta seperti tidak sabar untuk memulakan kayuhan dengan mendahului petak hadapan adalah YH Dato Pegawai Daerah Cameron Highlands dan Pengarah Perlancongan Negeri Pahang.


Sebaik sahaja bendera perlepasan dikibarkan oleh Tuan Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu , kelihatan semua peserta mula meluru melakukan kayuhan dan laluan permulaan yang melalui laluan bertar memudahkan pergerakan mereka.

Ianya dipermudahkan lagi dengan kawalan lalulintas oleh Pasukan Polis Trafik Cameron Highlands yang mana ketua unit pasukan ini iaitu Tuan Muktar turut sebagai peserta kategori Veteran.


Mereka mula berkayuh dan bersaing untuk ke hadapan dengan kelajuan sekitar 50 km sejam.


Namun masih juga kelihatan kumpulan peserta yang sekadar bersantai memulakan kayuhan dan mereka nampaknya tidak begitu inginkan mencabar kayuhan tegar  peserta yang dihadapan.

Secara ringkas, bagi kami menyaksikan semua peserta bersemangat untuk memulakan kayuhan edisi CHTT kali ini juga turut menaikan semangat kami untuk terus memastikan kelancaran edisi kali ini.

Catatan yang berikutnya akan saya kongsikan bagaimana pengalaman kami melihat peserta melayani laluan menuruni bukit dengan kelajuan melebih 80 km sejam .....

Sila ke page FB Cameron Highlands Thompson Trail MTB Jamboree 2014 untuk koleksi gambar sepenuhnya. Lebih 70 keping gambar di lokasi permulaan ini kami telah kongsikan. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock