Selepas mengunjungi Masjid Kampung Kling, saya menuju pula ke sebuah lagi Masjid yang popular malah dikatakan paling tua di Negeri Melaka iaitu Masjid Kampung Hulu.
Dari Jalan Tukang Emas saya melewati pula Jalan Bunga Raya untuk ke yang tertua di bina di Melaka yang dikatakan dibina sekitar 1702-1728 Jalan Kampung Hulu, Banda Hilir.
Masjid ini terletak dihadapan barisan kedai-kedai milik peniaga Cina dan yang paling popular adalah Supermarket Tong Hup yang dikatakan murah baranganya dan tidak hairanlah jika ianya kelihatan sibuk di waktu siang.
Berbeza dengan Masjid Kampung Kling, masjid ini lebih luas kawasan halamannya dan mempunyai ruang letak kereta yang luas.
Namun terlihat sedikit persamaan dengan senibina Masjid Kampung Kling dan masjid-masjid yang lain di Melaka iaitu tiga paras bumbung yang berbeza dan juga menara seakan-akan pagoda.
Namun terlihat sedikit persamaan dengan senibina Masjid Kampung Kling dan masjid-masjid yang lain di Melaka iaitu tiga paras bumbung yang berbeza dan juga menara seakan-akan pagoda.
Kelainan seni bina masjid lama di negeri ini jika dibandingkan dengan masjid di negeri-negeri lain adalah terletak pada tiga lapisan bumbungnya yang diperbuat daripada tanah liat dan sebuah menara batu yang berbentuk seperti kubu, namun sebenarnya berfungsi sebagai tempat laungan azan.
Masjid-masjid lama di negeri ini juga mempunyai empat tiang seri yang menjadi pendokong kepada bumbung dan lantai masjid.
Masjid-masjid lama di negeri ini juga mempunyai empat tiang seri yang menjadi pendokong kepada bumbung dan lantai masjid.
Mereka percaya bahawa lapisan paling atas bumbung masjid bererti `iman manusia kepada tuhan’, lapisan kedua, `hubungan manusia dengan manusia’ dan ketiga membawa maksud `alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta’.
Dikatakan mendapat pembiayaan oleh Belanda dan diketuai pembinaanya oleh Datuk Samsudin bin Arom yang merupakan seorang pendagang dari negara China.
Malah kalau mengikut Utusan Malaysia ianya merupakan dibina kerana niat selepas terselamat dari peristiwa kapalnya karam. Malah segelintir masyarakat tempatan mengelarkan masjid ini sebagai Masjid Niat.

Itu berkenaan dengan sejarah tetapi yang berikutnya adalah berkenaan pemerhatian saya ke masjid ini. Biarpun hari Jumaat, saya dimaklumkan giliran sembahyang jumaat minggu itu adalah Masjid Kampung Kling namun saya melihat masjid ini masih meriah dengan kunjungan pelawat dan warga tempatan.
Antara yang mungkin sedikit culas kepada saya ialah aktiviti mengambil air kolah masjid ini untuk dijampikan oleh seorang 'ustaz' (barangkali) dibahagian luar masjid.
Menurut sisipan Utusan Malaysia, penduduk sekitarnya mempercayainya air kolah masjid ini mujarab untuk merawat sakit-sakit badan dan sebagainya. Wallahualam.
Menurut sisipan Utusan Malaysia, penduduk sekitarnya mempercayainya air kolah masjid ini mujarab untuk merawat sakit-sakit badan dan sebagainya. Wallahualam.
Tak sesat dan rugi jika bertanya dan bermesra dengan mereka malah anda akan dapat mengetahui kisah yang juga ... apakah kisahnya itu? cubalahh...
No comments:
Post a Comment