Masih terlalu awal untuk berkongsikan suasana berpuasa di Cameron Highlands bagi tahun 2020 ini.
Semua telah maklum, kita berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau ringkasannya PKP yang masuk ke Fasa 4 sehingga 12 May 2020. Malah kita juga dapat menjangkakan bahawa sambutan hari raya tahun ini juga akan berada dalam PKP kelima kelak bagi memastikan penyebaran COVID-19 tidak berlaku.
BAZAR RAMADAN
Dalam PKP ini semua perniagaan seperti pasar ramadhan tidak dibenarkan kerana akan melibatkan perhimpunan ramai orang. Maka di Cameron Highlands, Majlis Daerah Cameron Highlands telah mengikuti arahan Kerajaan Negeri dan Pusat untuk membatalkan penganjuran Bazar Ramadhan.
Biasanya di Cameron Highlands akan terdapat 2 lokasi rasmi Bazar Ramadhan iaitu di Tanah Rata dan Brinchang yang melibatkan 200 gerai secara keseluruhannya kalau tak silap.
Gantinya atau sebagai alternatif adalah Bazar Ramdhan Online yang diusahakan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands sendiri dan juga peniaga-peniaga melalui khidmat COD yang berdaftar. Bagaimana rupa dan dan perlaksanaannya akan saya kongsikan dalam catatan akan datang selepas beberapa hari berpuasa.
Semoga ianya lancar dan membantu semua pihak.
SEMBAHYANG TERAWIH.
Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highland juga telah menguatkuasakan larangan solat berjemaah waktu fardu, Jumaat dan kini terawih bukan sahaja di masjid utama tetapi juga di masjid khairiah dan surau-surau taman.
Hanya laungan azan masih kedengaran setiap kali masuk waktunya dan kelaziman bersolat terawih pasti akan dirasai.
Alternatifnya adalah berterawih di rumah samada berseorangan atau berjemaah dengan ahli keluarga.
BUFFET RAMADHAN DI HOTEL.
Kalau tahun-tahun terdahulu, sebelum puasa lagi kami akan mendapat poster atau pamplet mengenai tawaran pakej berbuka puasa yang dianjuran oleh hotel-hotel sekitar namun tahun ini tiada pakej berbuka puasa dibenarkan.
Jadi untuk tahun ini mungkin bajet majlis berbuka bersama dapat disalurkan kepada pihak yang memerlukan.
CUACA DI CAMERON HIGHLANDS.
Apa yang tidak berubah adalah cuaca dan suasana berpuasa di sini. Suasana kali ini diramalkan nyaman dengan hujan akan turun setiap petang bagi minggu pertama ini.
Suhu persekitaran pula dijangkakan sekitar 16 hingga 23 darjah celcius.
Untuk ke ramalan cuaca ini, saya kongsikan link ke laman web Metrologi Malaysia di sini, KLIK
Selamat berpuasa kepada semua.
Kita perlu melaluinya dengan Norma Baharu yang menuntut perubahan dan penerimaanya.