Seakan dirancang untuk musim cuti sekolah, musim anggur di Kebun Anggur di Lembah Bertam telah bermula sejak minggu lepas.
Oh ya, ini catatan terkini mengenai Kebun Anggur di Bertam Valley iaitu 23 November 2017. Anda mungkin membaca catatan lama mengenai musim anggur yang lepas. Jadi dapatkan maklumat terkini untuk perancangan anda ke sana.
Kemaskini 4 DISEMBER 2017.
Buah anggur di Lembah Bertam ini telah habis dan kebunnya kembali ditutup. Musim anggur seterusnya adalah dijangkakan pada bulan April 2018.
Klik CATATAN KEMASKINI

Ini saya sahkan sendiri kerana semalam saya sempat ke sana walaupun agak lewat iaitu sekitar pukul 5 petang dan hanya sempat sekitar 10 minit sahaja di sana.
Cuma papan tanda "Sweet Grape For Sale" belum dinaikkan di tepi laluan masuk ke kebunnya lagi kerana pemiliknya yang hanya dikenali sebagai Untie mahu memberikan peluang kepada pelancong musim cuti sekolah kali ini untuk dapat mengunjungi kebun anggurnya.

Lokasi anggur kali ini di plot 1 dan saya lihat semalam memang banyak buahnya dan sudah masak. Catatan lama saya ada kongsikan maklumat 2 plot tanaman lain yang juga hanya dibuka jika musim buah anggur masak.
Anda boleh petik sendiri di sini dan kemudian timbang dengan harga jualan RM25 sekilogram. Cuma peringatan saya, selalunya berat segugus anggur sekitar 1 kilo lebih. Kalau anda galak sangat nak memetik anggur, jangan buat-buat terperanjat pula masa nak membayarnya.
Rasanya manis buah anggur ini dan berbiji namun sedap dimakan berbanding dengan buah anggur di Blue Valley yang sedikit tebal kulitnya dan lebih berjus. Warna buah anggur di sini adalah merah pinkish dan bukan hitam.

Macam musim anggur bulan sembilan yang lalu dijangkakan akan bertahan selama sebulan namun akibat viral di facebook, ianya hanya bertahan seminggu lebih sahaja yang diserbu pelancong di mana kebetulan hujung minggu selepas gaji yang agak lama jaraknya selepas cuti raya!
Jadi kalau anda nak ke sana, selalulah periksa di laman facebook status kebun ini masih mempunyai buah atau tidak. Takut kempunan dah jauh ke sana nanti tak boleh masuk pula.
Saya tanya kepada untie bila waktu kebun anggurnya akan dibuka untuk dikunjungi dan jawapannya kebunnya akan dibuka setiap hari bermula dari 8 pagi hingga 5 petang. Jangan datang lewat katanya.
Bagaimana nak ke sana ? Saya kongsikan catatan lama saya ya;
- PANDUAN PERJALANAN KE KEBUN ANGGUR BLUE VALLEY
- MUSIM ANGGUR DI LADANG ANGGUR KC KWANG DI BLUE VALLEY
- PENGALAMAN KE LADANG ANGGUR BLUE VALLEY SAYA
Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI
8 comments:
hi..sy nk tny ladang anggur mana yg sesuai untuk kami sekumpulan kunjungi esok 25/11/17 - 26/11/17..kami menginap di brinchang dan dtg seramai 15 org termasuk kanak2..
Ikut arah anda pulang.. Kalau simpang pulai, kebun anggur blue valley.. Kalau ikut tapah dan sg koyan ke lembah bertam.
..jadi kirenya kalo nak msuk time hujung disember mmg dah tak boleh lah ye?
Boleh check email encik tak ? Sebab saya ada soalan nak tanya pasal anggur di bertam valley ni.
Goggle map pls
ade x musim anggur? saya datang sana 6/10/2019 nanti
Musim anggur sekarang hanya di Kebun Anggur Blue Valley .
Bertam valley belum dibuka.
Saya ramcang ingin ke cameron dan melihat ladang anggur pd penghujung oktober ni. Sudah mula musim anggur ke?
Post a Comment