TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, October 26, 2015

Vandalism Graffiti di pondok sampah pasar pagi Tanah Rata



(catatan ini adalah salinan email aduan kepada pihak MDCH)

Pihak MDCH, 
Ini nampak remeh‎ kerana aduan sebegini mungkin tidak penting dan perlu disegerakan.

Jika Terminal Fressia dicemari vandalism grafiti seperti aduan Saya terdahulu mungkin tidak begitu perlu diberikan tumpuan kerana lokasinya bukan akan dikunjungi oleh pelancong. 

Namun, vandalism grafiti di pondok sampah tapak letak kereta dan pasar pagi di Tanah Rata agak penting untuk diambil tindakan.

Pertama, rasanya sudah hampir lebih setahun .

Kedua, kawasan ini kawasan penduduk dan pelancong meletak kereta setiap hari.

Ketiga‎ setiap ahad, tapak pasar malam. Dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pelancong. 

Keempat, lokasinya mudah sangat dikunjungi oleh pihak MDCH iaitu Sekitar 400 meter dari pejabat MDCH untuk dipantau.

Jadi, mohon pertimbangan sewajarnya dari pihak MDCH untuk perkara ini.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock