Tahun ini, Jerebu kembali melanda negara kita dan asapnya dieksport oleh Indonesia ke sini.
Daerah kami, Cameron Highlands nampaknya turut sama menerima kesan jerebu ini malah boleh dikatakan antara yang terburuk juga rasanya berbanding tahun-tahun terdahulu.
Semalam, 19 Oktober 2015 saya rasa antara hari yang paling teruk dilanda jerebu di sini.
Malah melebihi dari kadar yang biasa dan yang paling terasa adalah bau asap yang sangat ketara.
Ada yang berseloroh mengatakan ianya adalah Kabus atau anggap sahaja kabus seperti kebiasannya namun bau asap yang kuat serta rasa haba yang sedikit suam tak boleh menandingi kabus yang lebih nyaman dan terasa segar.
Saya mengambil gambar di beberapa lokasi yang berlainan di sekitar Cameron Highlands yakni dari Pekan Tanah Rata, Bharat Tea Centre, Habu dan Ringlet malah ke sempadan Negeri Pahang dan Perak untuk melihat sendiri kesan jerebu ini.
|
Pekan Ringlet |
Anda boleh ke laman Facebook saya, mrkumai.blogspot yang terdapat album khas berkenaan jerebu di Cameron Highlands yang saya kongsikan dari masa ke semasa.
Adakah sesuai untuk bercuti di Cameron Highlands ketika ini?
Tepuk dada tanya selera anda sendiri... adakah berbaloi untuk lari dari jerebu di tempat anda dan menikmati jerebu di tempat kami ini ...
Cuma jika hujan turun, maka kesan jerebu tidak terasa sangat ... malah kabus pula akan berganti...
|
Pekan Ringlet |
|
Bharat Tea Centre |
|
Bharat Tea |
|
Bharat Tea |
|
Terminal Fressia Tanah Rata |
|
Taman Puncak Arabella |
|
Taman Puncak Arabella |
|
Stesen Mardi Tanah Rata |
|
Taman Puncak Arabella |
|
Sekolah Kebangsaan Tanah Rata |
|
Padang MDCH |
|
Padang MDCH |
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment