TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, October 21, 2015

Jerebu di Cameron Highlands 20 October 2015

Petang semalam keadaan jerebu di Cameron Highlands boleh disifatkan paling teruk setakat sebulan ini dengan suasana di Tanah Rata dan Brinchang dikatakan berasap tebal. 

Pekan Ringlet 

Lebih terasa selepas pukul 2 petang dengan suasana asap jerebu mulai menebal membawa ke malam hari dan menamabah derita ialah tiada hujan sepanjang tempoh 3 hari ini. 

Malah mendengar jerebu di Ipoh yang teruk sehingga memaksa ditutup sesi persekolahan pada pagi ini.  

Malangnya saya secara tidak rasmi dimaklumkan bahawa bacaan IPU untuk daerah kami ini berdasarkan bacaan di Kuantan yang jauhnya melebih 400 km dan semalam Kuantan merekodkan bacaan sekitar 70 sahaja. 

Agak mengelirukan dan jika tiada Stesen IPU di Cameron Highlands sewajarnya diselaraskan dengan lokasi terdekat bacaan Stesen IPU. 

Mungkin dalam bajet akan datang boleh dicadangkan stesen IPU di Cameron Highlands boleh diwujudkan (Jika tiada stesen IPU) 

Jalan ke Lembah Bertam 
Pekan Ringlet 
Empangan Sultan Abu Bakar @ Lubuk Tamang
Empangan Sultan Abu Bakar @ Lubuk Tamang 
Empangan Sultan Abu Bakar @ Lubuk Tamak 
Padang TNB Habu
Bharat Tea Centre 1
Bharat Tea Centre 2
Bharat Tea Centre 2
Kelibat pelancong di Bharat Tea Centre 2


Semua gambar diambil sekitar pukul 4.30 petang, 20 Oktober 2015. 

Lebih banyak koleksi gambar di Album Jerebu @ Cameron Highland Facebook mrkumai.blogspot. 

Update pagi tadi : Suasan jerebu nampaknya sudah pulih sedikit dengan langit cerah kelihatan. Alhamdulillah ....

update 25 Oktober 2015 : Alhamdulillah, suasana jerebu telah pulih di Cameron Highlands. 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock