TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, October 23, 2015

XPDC Mendaki Gunung Brinchang

Saya nak berkongsikan satu program yang menarik dari Jawatankuasa Masjid Kayangan, Brinchang, Cameron Highlands untuk penggemar sukan pendakian di seluruh Malaysia 

Masjid Kayangan akan menganjurkan  XPDC Mendaki Gunung Brinchang pada 14 November 2015.



Gunung Brinchang adalah puncak tertinggi di Cameron Highlands iaitu 2032 meter atau 6667 kaki dari aras laut.

Laluan pendakian akan melalui Jungle Walk No 1 dari Kaki Gunung Brinchang iaitu di Kawasan Tangki Air Pengurusan Air Pahang (PAIP) dan jarak pendakian sekitar 1.92 km.

Jangkamasa pendakian adalah 2 jam 30 minit  untuk sampai ke puncak sebelum berehat dan turun kembali melalui trek yang sama.  


Jadi, bagi yang berminat untuk mencuba cabaran pendakian lasak dan menyaksikan khazanah alam Gunung Brinchang bolehlah menyertai xpdc ini.

Atau jika tidak berminat, anda boleh menyampaikan maklumat program ini dengan rakan-rakan yang berminat.

Untuk maklumat lanjut, hubungi terus wakil jawatankuasa penganjuran Masjid Kayangan iaitu Ustaz Hayazi.

Simpan poster program ini dan kongsikan kepada kawan-kawan melalui whatsapp anda.


Antara  Catatan pengalaman pendakian terdahulu Klik , Klik dan Klik  

Terima kasih. 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock