TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, October 5, 2015

Sayur ada sisa racun


KUANTAN - Jabatan Pertanian Negeri mengesan 31 daripada 479 sampel racun sayuran melebihi Paras Sisa Maksimum (MRL) dalam statistik yang diperoleh sepanjang tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Shariff berkata, kawalan racun serangga mesti diperketat kerana pemakanan sayur-sayuran yang mengandungi sisa racun serangga membahayakan kesihatan masyarakat pengguna dalam jangka panjang.

"Justeru, pemantauan berterusan dilakukan jabatan untuk memastikan penggunaan racun yang tidak dibenarkan ini dapat ditangani," katanya pada Majlis Sambutan 110 tahun Jabatan Pertanian Peringkat Negeri Pahang, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Seri Shahiruddin Abd Moin dan Pengarah Pertanian Negeri, Datuk Kamariah Ismail.

Shafik Fauzan berkata, sehingga Ogos tahun ini, Jabatan Pertanian Negeri merekodkan pengeluaran bahan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman kontan, herba, padi dan kelapa telah mencapai 720,027 tan metrik dengan nilai RM2.251 bilion membabitkan kawasan seluas 47,337 hektar.

Tambahnya, daripada jumlah itu, sayur-sayuran adalah penyumbang terbesar iaitu sebanyak 521,393 tan atau 72 peratus dan sebahagian besarnya adalah dari Cameron Highlands.

"Dalam pada itu, Pahang masih mengekalkan status sebagai penyumbang tertinggi bagi pengeluaran sayur-sayuran iaitu sebanyak 45 hingga 50 peratus daripada pengeluaran negara.

"Seiring dengan usia, peranan Jabatan Pertanian bukan hanya tertumpu untuk meningkatkan pengeluaran, malah pada masa sama peningkatan hasil dari aspek kualiti serta selamat dimakan agar dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa," katanya.

Justeru katanya, para petani dan usahawan digalakkan untuk mengamalkan 'Amalan Pertanian Baik' dalam pengeluaran bahan makanan.
Pada sambutan itu, pelbagai aktiviti dijalankan seperti pameran daripada petani dan usahawan tani di seluruh negeri.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock