Hari ini, 17 October 2015 Utusan Malaysia melalui Sisipan Sabtu berkongsikan kisah mengenai sejarah Cameron Highlands seawal penemuannya.
Saya sememangnya tertarik walaupun gambar-gambar yang dikongsikan adalah gambar yang sudah biasa dilihat malah ada yang telah saya kongsikan dalam blog ini.
Yang menarik perhatian saya adalah kisah yang tidak saya dengar secara terperinci mengenai William Cameron dan juga ada beberapa kisah yang lain.
Malah kisah Jim Thompson pun ada fakta-fakta yang baharu dikongsikan.
Jadi saya nak meminjam semua catatan wartawan Utusan Malaysia ini untuk disimpan di sini .
Buat yang pertama, saya kongsikan halaman hadapan Sisipan ini.
Terbaik dan kredit untuk wartawan Faizah Izzani Zakaria.
CAMERON Highlands tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia sudah popular sebagai antara destinasi pelancongan dan percutian tumpuan di Malaysia. Ia sudah cukup terkenal dalam kalangan rakyat tempatan dan juga antarabangsa.
Namun, pernahkah anda terfikir bagaimana keadaannya di Cameron Highlands ketika ia mula-mula diterokai oleh pihak British suatu masa dahulu?
Cameron Highlands meninggalkan banyak kesan sejarah apabila pihak British meneroka dan membangunkan kawasan tanah tinggi itu sebagai stesen tanah tinggi di Tanah Melayu sekitar 1900-an.
Percaya atau tidak, Cameron Highlands hanya dibangunkan secara pesat 40 tahun selepas laporan mengenai penemuan dataran tanah tinggi yang bersempadan dengan Pahang dan Perak dilakukan oleh seorang juru ukur British, William Cameron pada 1885.
Bermula 1920-an, selepas Sir George Maxwell melengkapkan laporan ekspedisinya bagi menjejaki laluan Cameron, barulah kawasan tanah tinggi itu dipertimbangkan untuk dibangunkan sebagai stesen tanah tinggi British selepas Fraser Hills.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment