TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, October 1, 2015

Ops Gading.. Di tapak pembinaan Prima Cameron Highlands

Agak lama rasanya tidak mendapat maklumat mengenai operasi Gading di Cameron Highlands yang mana tujuan nya adalah memusnahkan kebun haram dan menangkap pendatang asing. 

Samada mereka telah menghentikan operasi atau melakukannya tanpa sebarang he bahan maklumat. 

Saya sendiri tertanya-tanya apakah sudah tiada operasi tersebut.

Namun tadi halaman fb Jabatan Imigresen mereka berkongsikan maklumat operasi yang telah dijalankan di kawasan Pembinaan Perumahan Prima di Jalan Tengkolok Tanah Rata.

Dari pemerhatian saya dan rakan-rakan memang mendapati agak ramai pekerja asing yang mulai berjalan sekitar Cameron Highlands seperti sebelum operasi berlangsung sejak December tahun lalu dan ini tidak dapat dipastikan samada mereka adalah yang sah ataupun tidak.

Yang tak sedap di dengar bila ada pekerja asing ulas bertanya status program 6P iaitu pemutihan yang dikatakan akan dilancarkan semula.

Saya sekadar mengeleng kepala sahaja.


 Sumber : Laman FB Jabatan Imigresen Malaysia
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock