TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Showing posts with label bunga ros. Show all posts
Showing posts with label bunga ros. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Bunga Anthurium

Koleksi seterusnya masih dengan bunga kerana mood bunga ini lebih pula terasa di kala musim hujan di sini. 

Apapun untuk catatan ini saya akan seringkas yang mungkin mengenai bunga Anthurium. 

Jika anda ke sini, anda mungkin akan menyewa apartment percutian di Desa Anthurium di Tanah Rata yang berdekatan dengan Kampung Taman Sedia dan nama Anthurium itu diambil dari sejenis bunga yang mudah didapati di sini. 

Anthurium andraeanum merupakan sejenis bunga dari keluarga Araceae dan genusnya dikatakan melebih 1000 jenis. Mempunyai daun yang sedikit tebal dan tidak besar serta bewarna hijau gelap. Mudah untuk tumbuh secara rumpun dan memanjat. 

Anthurium mempunyai dua jenis iaitu jenis berdaun dan berbunga. Selalunya pilihan kita adalah jenis berbunga dan sering menjadi hiasan tunggal ataupun penyeri kepada jambangan bunga. 

Terdapat pelbagai pilihan warna yang boleh anda temui di sini antaranya yang selalu saya nampak adalah berwarna merah, putih, kuning, merah jambu, hijau dan juga biru. 

Insyallah kalau saya menemui semula koleksi gambar yang berwarna lain, akan saya masukkan nanti di dalam catatan ini. 

Mudah untuk menanam bunga ini kerana anda hanya perlu memisahkan perdunya untuk membiakkan pokok baru. 

Jika anda membiarkan pokok anthurium ini tumbuh di kawasan lapang, ianya akan lambat membiak tetapi jika berada di pinggiran belukar yang mempunyai kelembapan yang tinggi, ia akan mudah membiak. 

Koleksi gambar anthurium yang akan ditambah jika ada;










Semoga dapat membantu anda mengenali bunga ini. Jika anda mempunyai maklumat lanjut mengenainya, apa kata anda kongsikan di ruangan ulasan catatan ini...  

Tips Melawat Cameron Highlands: Bunga Camellia...

Koleksi bunga nampaknya menguasai koleksi bulan Oktober 2012 ini. 

Saya telah membuat beberapa catatan mengenai bunga-bungaan sehingga catatan ke 8 kalau tak silap saya. 

Untuk catatan siri ke 9 ini saya rasa ingin berkongsikan dengan bunga yang lebih spesifik dalam kelasnya seperti bunga pilihan catatan saya ini Camellia 

Bunga Camellia ini juga diabadikan sebagai salah satu jalan di Tanah Rata iaitu sekitar Agro Bank dan Maybank iaitu Persiaran Camillia.

Camellia mengikut laman wikipedia mudah ditemui di timur dan selatan Asia, dari Timur Himalaya Jepun ke dan Indonesia. Dianggarkan sekitar 100-250 spesies telah ditemui namun sehingga kini terdapat lebih 20,000 hibrid bunga ini dihasilkan. 


Camellia mengikut botani pula adalah genus tumbuhan berbunga dalam keluarga Theaceae.Ini termasuklah Camellia Sinensis iaitu pokok teh yang menjadi minuman kegemaran di dunia. Namun bagi tumbuhan berbunga, Camellia japonica adalah spesis yang amat popular kerana mempunyai lapisan kelopak.

Kalau mengikut carian saya di Internet juga, bunga camellia ini mempunyai 7 jenis bentuk bunganya seperti Single dengan 5-6 kelopak bunga sebaris dengan petal dan stomen yang agak jarang dan selalunya dari jenis Camellia sasanqua. 


Saya rasa jenis ini selalu saya temui di Cameron Highlands dan saya mempunyai koleksinya yang pernah saya rakamkan. Itupun kalau betul bunga ini pada pandangan saya seperti gambar di atas. 

Kedua jenis Semi Double yang mempunyai dua lapisan bunga sekitar 9 kelopak di bahagian baris luar. 



Stamentnya agak rapat dan bertindih. Jenis ini kebanykan dikenali sebagai Camellia japonica San Dimas seperti gambar diatas ini. 

Ketiga jenis Camellia japanica Elegance Champagne yang mempunyai lebih dari dua barisan bunga yang padat dibahagian tengahnya dengan campuran kelopak dan stamen.

Agak susah juga saya nak menterjemahkan dari versi Enggeris akan istilah botani ini. Apakata anda sambung sahaja pembacaan dari laman web ini mengetahui jenis yang selebihnya dengan lebih tepat. Klik Sini .

bunga camellia ini kalau di China dikatakan melambangkan
wajah gadis yang ditoreh mukanya.. 
Camellia berdaun tebal seperti daun teh dan bewarna hijau tebal.Rumpun pokok berbatang dan cabang keras dan boleh dibentuk menjadi bonsai. Jika dibiarkan tinggi ianya boleh menegak seperti pokok biasa. 

Camellia terdapat dua jenis samada yang berbau wangi dan tidak berbau. Biasanya yang berbau wangi bunga tidaklah begitu cantik manakala sebaliknya bagi bunga yang tidak berbau wangi kelihatan agak cantik .



Di antara jenis-jenis bunga camellia ini, ada yang jenisnya berbunga sepanjang tahun dan selalunya menjadi pilihan pengemar bunga ini. Pokoknya perlu ditanam dengan sedikit lindungan pancaran cahaya matahari. 

Saya mohon kepada sesiapa yang merasakan gambar-gambar ini tidak tepat untuk menzahirkan jenis bunga ini dapat menegur saya di ruang ulasan kerana saya juga agak keliru adakah betul ini bunga Camellia ataupun tidak.

Gambar ini diambil sekitar Cameron Highlands dan ada yang bertanda dan ada yang tidak bertanda jenisnya. Saya pun baru nak belajar.... boleh ? 



Nanti akan saya kongsikan sebuah taman khas mengenai bunga camellia yang terdapat di Cameron Highlands malah ada yang mengatakan yang terbesar di Asia Tenggara oleh sesetangah pihak. 

Saya rasa jika anda ingin mengenali bunga camellia ini perlu ke taman ini jika ingin melihat puluhan jenis bunga camellia yang ditanam di sini serta untuk dibeli sebagai koleksi anda. 

Friday, October 5, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Bunga Ros siri ke 2

Ini merupakan siri kedua mengenai bunga ros yang saya muatnaikan. Untuk siri catatan pertama anda boleh mengikuti catatan saya di SINI

Untuk catatan kedua ini, saya sekadar ingin berkongsikan gambar-gambar bunga ros yang telah saya rakamkan sekitar Tanah Rata dan Stesen Mardi. 

Juga terdapat beberapa kuntum bunga ros yang saya rakamkan sekitar Kea Farm yang mempunyai suhu yang lebih sejuk. 

Pengeluaran bunga Ros di Cameron Highlands banyak bertumpu dikawasan sekitar Kuala Terla, Tringkap dan Blue Valley. 

Kebanyakan petani menanam bunga ros secara berskala besar untuk tujuan kormesial kerana difahamkan permintaan bunga ros ini bukan hanya tertumpu di pasaran Malaysia tetapi menjangkau ke pasaran Jepun, Hong Kong dan Taiwan.

Malah difahamkan, Thailand dan Singapore juga mendapatkan bekalan keratan bunga ros dari Malaysia kerana persekitaran di Cameron Highlands yang amat sesuai bagi penanaman bunga ini.

Rata-rata bunga ros yang ditanam adalah untuk tujuan penjualan 'keratan batang beserta dengan kuntuman bunga. 

Angaran harga sekuntum bunga ros diantara RM 0.80 hingga RM 1.50 sekuntum dan lebih murah jika dibeli secara jambangan yang telah siap dicampurkan pelbagai warna. 

Namun terdapat juga bunga ros yang bertangkai dihasilkan di mana mengikut variati tertentu yang menghasilkan bunga secara jambakan di antara 2-5 kuntum sepohon. 

Bagi tanaman hiasan berpasu, rata-rata gerai jualan ada menjualnya dan harga mengikut saiz pokok dan pasu yang dijual. 

Untuk seterusnya, saya berkongsikan gambar-gambar bunga ros ini untuk tontonan anda serta membakar sedikit minat anda jika berkunjung ke sini kelak. 

Sambil-sambil melihat gambar bunga ros ini saya ingin berkosngikan sedikit mengenai keistimweaan bunga ros bukan kepada kecantikannya semata tetapi rahsi yang mungkin tidak kita sedari iaitu, bunga ros sebagai bahan merawat penyakit.



Pencarian maklumat di internet banyak mencungkil dan berkongsi akan rahsian penawar yang terdapat didalam bunga ros ini antaranya saya petik dari laman web tarrabasing yang saya ringkaskan seperti;



1. Wangian bunga ros dijadikan terapi wangina atau aromaterapi seawal zaman kegemilangan Islam Bani Umaiyyah di Andalus di mana hospital Islam yang pertama mengamalkan terapi wangian dan terbukti menyembuhkan pesakit dengan lebih cepat.




2. Ibnu Sina yakni ilmuan perubatan Islam yang terunggul berjaya menemukan kaedah rawatan menggunakan aroma ros dengan proses penyulingan pada abad ke 11 untuk menghasilkan pati bunga ros.



3. Pada zaman greek campuran bunga ros dengan minyak mampu merawat penyakit berkaitan sistem peranakan.



4. Pakar perubatan India menggunakan bunga ros untuk menyembuh luka dan radang pada kulit.



5. Air mawar telah digunakan oleh para doktor pada zaman dahulu untuk merawat masalah saraf dan sebagai ubat hidu bagi pesakit paru-paru manakala ekstrak dari kelopak bunga ros diberikan sebagai rawatan pesakit yang mempunyai masalah jantung dan buah pinggang. 



Banyak lagi keistimewaan bunga ros yang boleh anda temui untuk kaedah rawatan alternatif yang ditemui sejak berabab lamanya. Teruskan pembacaan anda di laman web yang saya maksudkan di atas.


Mungkin akan ada siri ke tiga mengenai bunga ros nanti.. tungggu....

Thursday, March 8, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Bunga Ros.. siri pertama..

"Namanya seringkali di gambarkan sebagai yang cantik, yang harum dan yang mempersonakan serta pelrbagai lagi kiasan dalam setiap bait baris samada ketika memuji, memuja dan mengoda si gadis. 

Namun jangan dilupa yang cantik dan harum pasti tidak mudah  untuk dimiliki kerana duri-duri melingkari dan menjaganya  sepanjang hari tanpa leka... 

Adakah anda seumpama sang kumbang yang sanggup merebut dan menyunting si bunga ini.... Menghirup madu dan lalu berterbangan pergi ... sungguh kejam dan durjana si kumbang ini...  "

Alamak maaf, janggal pulak rasa berbahasa bahasi seperti di atas tapi mengenangkan yang ingin saya kongsi dalam catatan terbaru adalah mengenai BUNGA ROS.

Cameron Highlands merupakan pengeluar bunga ros terbesar di Malaysia malah hasilnya menjangkau pasaran luar negara seperti Jepun dan Hong Kong serta Singapura. 

Jika anda datang ke Cameron Highlands khasnya bagi golongan wanita dan gadis, keterujaan mereka pastinya melebihi yang lain jika melihat bunga-bunga ini dijual. 

Mudah sahaja, kunjungi pasar malam Brinchang, Kea Farm dan tempat-tempat jualan yang terdapat di sini pasti akan anda temuinya..

Yang saya kongsikan dibawah ini saya sekadar mampu untuk menangkap gambarnya di Stesen Mardi. Catatan mengenai stesen ini ada di SINI.




Mawar adalah tanaman semak dari Genus Rosa sekaligus nama bunga yang dihasilkan tanaman ini. Mawar luar yang terdiri dari 100 spesis kebanyakan tumbuh di belahan bumi di utara yang berudara sejuk. Spesis ini umumnya tanaman semak yang berduri dan memanjat yang boleh mencapai ketinggian 2 hingga 5 meter.





Asal usul nama bunga ros ini dikatakan berasal dari Perancis dan juga Latin iaitu Rosa yang bermaksud merah jambu atau merah dalam bahasa Roman , Greek dan Polish. Ros dikatakan melambangakan CINTA dan CANTIK. 




Terdapat lebih 100 spesis bunga ros di dunia dan jika anda meneliti senarai spesisnya ianya terbahagi kepada 3 kelompok besar iaitu  Wild Rose, Old Garden Rose dan modern garden roses dan ianya tumbuh mengikut benua yang berlainan bersesuaian dengan suhu persekitarannya. 




Tahukah anda bunga ros merupakan Bunga Kebangsaan bagi England dan lebih menariknya lagi digunakan sebagai simbol dalam persatuan rugby kebangsaan mereka. Bunga yang dianggap halus, romantik dan melambangkan kasih sayang ini digunakan dalam simbol permainan yang dikatakan lasak ... 


Selebihnya saya kongsikan mengenai gambar yang dirakamkan sedikit masa dahulu.

Sambil-sambil melihat gambar saya mendapat satu info yang menarik dari laman web  berkenaan maksud sebalik warna bunga ros... jom kita perhatikan... 

Warna Merah: Ketulusan. Jika menerima bunga berwarna merah ini menandakan si pemberi ingin menyatakan ketulusan dalam perhubungan yang mengharapkan kekal selamanya.



Warna Kuning : Persahabatan atau cemburu. Antara dua simbolik samada inginkan persahabatan ataupun menzahir rasa cemburu ke atas penerima. Tapi kalau dah cemburu tak kan nak bagi bunga kan.. bagi penampar lagi bagus.. 



Warna Putih : Cinta Sejati dan suci. Tanda si dia amat mencintamui dan begitu suci dalam persahabatan dan perhubungan diantara anda. 



Warna Pink : Pertama dan idaman hati. Si dia menzhirkan rasa cinta pertama setelah menjadi rahsianya sejak sekian lama. 



Kalau bunga ros itu berwarna merah dan putih, mungkinkah bermaksud anda adalah idamannya yang pertama yang penuh tulus dan suci...



Boleh percaya ke ?Entahlah ... kalau macam bunga ros di bawah ini apa pula taksiran anda? suci dan suci yang telah beransur pergi barangkali...

Cuba teka... jenis apa ini dan diatas... 
Ingat ... mereka adalah MAWAR BERDURI ...

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock