TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, October 31, 2019

Jajaran Jalan Pintas Cameron Highlands

Semalam NST Online menyiarkan Rancangan Jalan Pintasan Cameron Highlands yang dirancangkan untuk dibina sekitar tahun 2012-2025 di bawah Rancangan Malaysia Ke 12. 

Dibawah saya kongsikan pula paoster lakaran projek jalan pintasan ini. 

Jangan tanya saya perinciannya kerana saya sekadar berkongsikan poster ini dari sumber NST Online sahaja ya. 




Wednesday, October 30, 2019

Jalan Pintasan baru di Cameron Highlands


Hari ini NST membicarakan pelan rancangan jalan pintasan yang dirancang akan dibina untuk mengelakkan kesesakan jalan raya yang kritikal di Cameron Highlands di musim percutian. 

Rancangan ini melibatkan dua jajaran baru dan memerlukan kos sebanyak 840 juta ringgit.

Saya kongsikan sahaja kisahnya dari NST. Saya pun baru dapat maklumat ini. Jangan nak tanya saya ya. 

KUANTAN: The days of unbearable holiday gridlock along the meandering trunk roads of Cameron Highlands will be a thing of the past if the proposed RM800 million Cameron Highlands Bypass becomes a reality.

There are two distinct stretches in this project.

The first spans 23.5km between Ringlet and Tringkap, Pahang, which will facilitate better traffic flow to and from the south of Cameron Highlands.

This route will greatly help motorists from the Klang Valley, who use the Tapah interchange at the North-South Expressway (NSE). It will also facilitate travel for those who use the trunk road from Bentong, Pahang.

The project's second stretch will service a route that connects the north of Cameron Highlands.

This 7km stretch between Kuala Terla and Blue Valley will link up to Federal Road PT185, a route which leads to the Simpang Pulai NSE interchange in Perak towards the west, and Gua Musang, Kelantan, towards the east.

Pahang Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail told the New Straits Times that the federal government had agreed to conduct a feasibility study worth RM1.5 million on the Cameron Highlands Bypass project next year.

"There will be a joint feasibility study involving the ministry and state government that will be conducted next year.

"The project comes under Chapter 10: High Impact Projects for Pahang 2050, which is listed in the Pahang State Structure Plan 2050.

"If the project is found to be viable and doable, it will be included in the 12th Malaysia Plan," Wan Rosdy said during a courtesy call by the NST at his office here recently.

In explaining the routes, Wan Rosdy said the first phase of the bypass spanning 23.5km from Ringlet to Tringkap would cost RM613.32 million.

The second phase, spanning the 7 km stretch from Blue Valley to Kuala Terla, will cost RM240.93 million.

The existing road between Ringlet and Tringkap, part of Federal Route 59, is a 26km stretch that takes 15 to 20 minutes to traverse on a normal day.

However, on public holidays, such as the recent Deepavali weekend, travelling along the narrow and hilly stretch could take an hour and 15 minutes, or up to three hours if congestion is bad.

Wan Rosdy said motorists would experience heavy congestion at various towns and hamlets along the route through Pahang, Perak and Kelantan to get to Cameron Highlands.

The Cameron Highlands Bypass, he said, would make travelling a breeze.

There are four stretches on the trunk road to Cameron Highlands that are the worst in terms of traffic flow, and three of those are within Pahang.

"The new bypass will greatly reduce traffic congestion at three places: Tanah Rata, Brinchang and Kampung Raja. These are among the locations which experience heavy traffic during holidays and peak seasons," said Wan Rosdy.

Sumber : NST Online.


ERA BARU CAMERON HIGHLANDS


Sumber : Dari FB Menteri Besar Pahang. 

Penubuhan Sebuah Badan Khas 

Tanah Tinggi Cameron merupakan tempat istimewa di Pahang yang mempunyai tanah subur, cuaca nyaman, serta pemandangan yang mempersona. Gabungan unsur ini menjadikan Cameron Highlands tempat berpotensi tinggi dalam bidang pelancongan dan pertanian. 

Namun begitu, keistimewaan Cameron Highlands kini kian terhakis akibat sifat tamak segelintir manusia yang telah menjalankan aktiviti pertanian haram serta membina struktur tanpa kelulusan. Perkara ini telah menyebabkan pelbagai masalah seperti pencemaran sungai, hakisan dan gelongsoran tanah, seperti yang telah berlaku di Kampung Baru Ringlet dan Lembah Bertam pada tahun lepas. 

Maka dengan itu, Kerajaan Negeri Pahang telah bercadang untuk menubuhkan sebuah badan khas bagi menguruskan Cameron Highlands yang dipanggil Lembaga Pembangunan Cameron Highlands. 

Lembaga ini akan berfungsi sebagai perancang, penyelaras, dan pengawal selia aktitivi pembangunan mampan di tanah tinggi tersebut tanpa mengabaikan faktor alam sekitar. Selain itu, Lembaga Pembangunan Cameron Highlands akan turut memberikan tumpuan terhadap pembangunan ekonomi dalam bidang pelancongan, pertanian, dan pembangunan tanah dengan menggalakkan pelaburan daripada pihak swasta.

Di dalam Lembaga Pembangunan Cameron Highlands, akan ada tiga jenis ahli yakni wakil kerajaan negeri, wakil agensi persekutuan, dan pakar dalam bidang yang berkaitan. Saya, selaku Menteri Besar Pahang,  akan mengambil tempat sebagai Pengerusi. 

Jika cadangan ini diluluskan oleh oleh Ahli Dengan Undangan Negeri, Lembaga Pembangunan Cameron Highlands akan mula beroperasi seawal 1 Januari. Penubuhan Lembaga ini dilihat sebagai sebuah perkara yang wajar bagi membaik pulih serta meningkatkan potensi Cameron Highlands ke peringkat ke lebih tinggi. Cameron Highlands selaku permata negeri Pahang wajar dijaga sebaiknya agar keindahan dan kesuburannya dapat terus dinikmati bersama. 

Dirgahayu, Darul Makmur. 
Negeri Pahang terus masyhur.

#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PahangGo

Wednesday, October 23, 2019

Ustaz Azhar Idrus @ Masjid Abu Bakar Tanah Rata 2019

Sekitar Kuliah Dhuha Perdana Yang Berbahagia Ustaz Azhar Idrus di Masjid Abu Bakar Tanah Rata pada 19 Oktober 2019. 


Koleksi gambar semasa kuliah ini saya kongsikan di bawah dan koleksi penuh boleh dilihat di laman facebook mrkumai.blogspot iaitu Kumai II. 










Ustaz Azhar Idrus @ Masjid Kayangan Brinchang 2019

Sekitar Kuliah Maghrib Perdana Yang Berbahagia Ustaz Azhar Idrus pada 18 Oktober 2019 di Masjid Qariah Kayangan Brinchang, Cameron Highlands. 


Majlis kuliah dihadiri ramai anak kariah walaupun hujan lebat sejak petang sampai ke Isyak.

Koleksi Gambar seadanya dan untuk lebih paparan, kunjungi facebook mrkumai.blogspot : Kumai II










Amaran Ribut Petir di Malaysia

Kemaskini amaran ribut petir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia , 6.55 petang 23 Oktober 2019 tadi. 


Tanah Tinggi Cameron tersenarai...  Sediakan payung sebelum hujan ya

Sumber: Laman Web MET ... 

Saturday, October 19, 2019

Status Jalan Runtuh di Simpang Pulai ke Cameron Highlands.

Lagi kemasikini berkaitan jalan runtuh di laluan Simpang Pulai ke  Cameron Highlands yang menjadi huru-hara lantaran laporan yang mengelirukan oleh seorang wartawan. 

Kenyataan Yang Sebenar HANYA SATU LORONG yang ditutup iaitu di bahagian laluan yang runtuh. Bukan Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands terus ditutup kedua-dua lorong. 

Jadi ikut hati anda nak percaya laporan ini atau hebahan Mak Cik Gayah dari Venuzuela sana nun... 




IPOH, 19 Okt (Bernama) -- Satu lorong sepanjang 100 meter ke arah utara di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, ditutup berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku di  jalan berkenaan, lewat tengah malam tadi.

Pengerusi Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak Abdul Yunus Jamahri berkata kerja-kerja pembaikan cerun jalan di laluan FT185, Seksyen 31.62, di kawasan itu akan dimulakan pada Isnin ini.

"Arahan kerja telah dikeluarkan kepada Syarikat Pintas Utama Sdn Bhd (PUSB) untuk membuat kerja-kerja pembaikan cerun jalan, menggunakan kaedah 'Terramesh Wall dan Backfill'.

"Kontraktor akan mulakan kerja dengan segera selepas insuran kerja diperolehi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menasihatkan agar pengguna yang melalui jalan itu untuk berwaspada berikutan jumlah kenderaan akan bertambah pada hujung minggu untuk ke naik ke Cameron Highlands.

"Kita akan memastikan pihak yang berkaitan mengambil tindakan segera bagi membendung kejadian buruk berlaku,"katanya.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu telah mengakibatkan tanah runtuh sedalam 20 meter di jalan berkenan.

-- BERNAMA

Laporan Mengelirukan Kejadian Tanah Runtuh Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands.

Dari pagi tadi saya menerima pertanyaan mengenai status penutupan jalan ke Cameron Highlands dari Simpang Pulai. 


Yang bertanya setelah membaca satu laporan wartawan yang mengatakan Jalan ke Cameron Highlands ditutup. 

Bila saya baca laporan tersebut mendapati ianya terkeliru dengan tajuk dan isi laporannya.

Tajuk mengatakan : Tanah Runtuh, laluan ke Cameron Highlands tutup

Tapi isi laporannya pula mengatakan :

PENGGUNA Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands dinasihatkan agar lebih berhati-hati menggunakan laluan itu susulan berlakunya kejadian runtuh di kawasan terbabit tengah malam tadi.
Difahamkan kejadian tanah runtuh itu berlaku 12.30 tengah malam tadi membabitkan laluan di FT 185 membabitkan kawasan daerah Kinta.
Tanah runtuh membabitkan kawasan sepanjang 100 meter dengan kedalaman runtuhan dianggar 20 meter dan susulan itu satu laluan di kawasan yang terjejas ditutup.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, pihaknya sedang mendapatkan maklumat berhubung bencana tanah runtuh itu dan menasihatkan orang ramai berwaspada ketika melalui kawasan yang terjejas.
“Saya sedang dapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Mohon pengguna waspada apabila melalui kawasan terbabit apatah lagi jumlah kenderaan bertambah pada hujung minggu di laluan berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau turut menggesa pihak yang berkaitan mengambil tindakan segera bagi membendung sebarang kejadian buruk berlaku.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Oktober 2019 @ 9

Situasi sebenar adalah : 
Hanya Lorong kiri dari arah Simpang Pulai yang ditutup akibat rekahan tanah mendap di sebahagian lorong tersebut.  JALAN MASIH DIBUKA untuk aliran trafik. 
Satu Email kepada wartawan tersebut dihantar untuk membetulkan tajuk laporannya. 
Laporan status jalan tersebut dikongsikan di Sini. KLIK


Jalan ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai ditutup???

Akibat laporan seorang wartawan yang mengelirukan, ramai yang bertanya mengenai status Jalan Simpang Pulai.

Laporan dibawah dikongsikan untuk lebih penjelasan. 

LAPORAN TERKINI BENCANA JALAN PERSEKUTUAN*

Jenis Kejadian : *Tanah Runtuh*
Tarikh Kejadian: *19/10/2019*
Masa: *12.30 am*
Daerah: *Kinta*
No. Laluan: *FT 185*
Nama Jalan: *Jalan Simpang Pulai - C/Highland*
Seksyen: *31.6 (LHS)*
Lokasi/Landmark: 
Panjang Kaw. Terlibat : * 100m*
Kedalaman : *20m*
Status Laluan: *Tutup satu lorong (North Bound)*
Catatan : *Pemasangan TMP dan Pemantauan oleh JKR Kinta & Konsesi Belati Wangsa

Disediakan oleh : 
*Belati Wangsa (M) Sdn. Bhd.*

Jangan tanya mak cik senah di Kepulauan Papua ya ...

Laporan mengelirukan dari Harian Metro

Ekoran laporan mengelirukan oleh salah seorang wartawan mengenai status penutupan jalan dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands, ramai pelancong tertanya-tanya apakah sebenarnya status penutupan jalan tersebut. 

Malah ia mendapat reaksi ramai pihak di Cameron Highlands terutama yang terlibat dengan industri perlancongan di sini kerana khabar yang mengelirukan ini nyata akan memberi kesan kepada mereka. 

Mereka menerima banyak pertanyaan berkaitan status ini malah kalau dilihat di beberapa group facebook berkaitan Cameron Highlands, nyata mereka juga menerima banyak pertanyaan. 

Jadi adalah amat perlu setiap laporan yang dikeluarkan hendaklah tepat dan tidak mengelirukan. 

Saya kongsikan antara reakbalas daripada pengusaha industri perlancongan tempatan.  



Tuesday, October 15, 2019

Tips Bercuti ketika Penamat Tour Of Peninsular 2019 Peringkat Keempat Sungai Koyan ke Tanah Rata

Jika anda berada di Cameron Highlands pada pagi 18 Oktober 2019 ini yakni hari Jumaat, anda berpeluang menyaksikan aksi Garisan Penamat Tour Of Peninsular 2019 untuk kayuhan Peringkat keempat.


Peringkat Keempat Tour of Peninsular ini menyaksikan kayuhan sejauh 89.5 km bermula dari Felda Sungai Koyan ke Tanah Rata. 


Kayuhan akan mula dilepaskan pada tepat pukul 8.30 pagi di Sungai Koyan dan dijangka tiba di garisan penamat di Tanah Rata pada pukul 11 pagi. 

Terdapat 2 zon pecutan iaitu di km 40. 3 di Kampung Tiat dan di km 62 Kg Leryar. Manakala zon pendakian pula di km 78 Ringlet dan garisan penamat iaitu km 89.5 Tanah Rata


Kawasan penamat di Pekan Tanah Rata adalah di hadapan kawasan tempat letak bas persiaran berhadapan dengan dengan barisan kedai Klinik Ayob. 



Olahan dari sumber ; Tour of Peninsular 2019

TIPS PERJALANAN BAGI PELANCONG: 

Jadi rancanglah perjalanan anda jika anda berada di Pekan Tanah Rata pada pagi 18 Oktober 2019 atau sedang menuju ke Cameron Highlands pada hari tersebut dari arah Felda Sungai Koyan atau Jalan Tapah Ringlet. 

Bagi mereka yang datang ke Cameron Highlands dari arah Lojing, Kelantan atau Simpang Pulai Perak, anda disarankan menghabiskan masa lawatan anda ke kawasan sekitar Kampung Raja hingga ke Pekan Brinchang sahaja terlebih dahulu sehingga waktu petang. 

Kesesakan dijangka pada waktu pagi kerana laluan masuk ke Tanah Rata dari kedua arah baik dari Ringlet atau Brinchang akan ditutup. 

Kalau masa Le Tour De Langkawi kesesakan sehingga ke Pekan Brinchang bagi mereka yang nak masuk ke Tanah Rata sehingga pukul 4 petang masih tersangkut. Kali ini mungkin pendek sikit sebab waktu ketibaan peserta pada pukul 11 pagi. 

Tak perlu terkinja-kinja nak check in hotel atau homestay di Tanah Rata pagi itu atau nak ke Bharat Tea dari arah Brinchang. 

Pesanan ikhlas ni. Jangan nanti ada yang komen di facebook pasal terperangkap dalam kesesakan akibat penutupan jalan raya ini. 

Untuk perincian penutupan jalan raya, saya ulangsiar sekali lagi Notis Makluman Penutupan Jalan Raya di bawah ini... 



Selamat melancong dan kepada peserta dan penyokong Tour of Peninsular 2019, selamat berkayuh ke Cameron Highlands... 

PESANAN PENAJA:
Malam 18 Oktober 2019 ada Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Brinchang dan esoknya 19 Oktober 2019 pula Kuliah Dhuha di Masjid Abu Bakar Tanah Rata. 

PERINGKAT KEEMPAT TOUR OF PENINSULAR 2019 - Penutupan Jalan Raya di Cameron Highlands

Saya ingin berkongsikan mai Joyan akluman mengenai penutupan jalan raya di sekitar Laluan Sungai Koyan ke Ringlet ke Tanah Rata pada 18 Oktober ini iaitu Jumaat.

Ini bagi memberi laluan kepada PERINGKAT KEEMPAT TOUR OF PENINSULAR 2019 yang akan bermula dari Sungai Koyan ke Tanah Rata sejauh 89.5 km.


Kawasan yang terlibat adalah laluan Lembah Bertam - Ringlet - Tanah Rata seperti yang tertera dibawah ini .


Mohon merancang perjalanan anda jika anda mahu ke Cameron Highlands pada 18 Oktober 2019 ini dengan melalui Laluan Sungai Koyan dan Ringlet. 

Berikut adalah peringkat lain bagi Tour Of Peninsular 2019:




Saturday, October 12, 2019

Sesak di Persiaran Dayang Endah, Stesen Agroteknologi Mardi


Cameron hujan hari ni dan jalan sesak... tak hujan pun sesak jugak sebab ramai pelancong minggu ni.  

Stesen MARDI tengahari tadi ada 28 buah bas pelancong... parkir mereka penuh dan kereta serta bas terpaksa parkir sebelah jalan sampai sesak jalan utama Persiaran Dayang Endah .... 

Harap bersabar ya... yang naik bas  rombongan kena rajin berjalan jauh sikit kalau bas parkir jauh.. jangan minta bas  parkir tengah jalan nak ambik penumpang sampai terhenti trafik kerana laluan ini adalah menuju ke Hoispital Sultanah Hajjah Kalsom,  takut ada dalam kecemasan .... Sesaat bagi mereka sangat berharga malah mungkin bernilai 10 minit bagi mereka yang sangat terdesak memerlukan rawatan di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom tu.   

Nasib tok bilal kita Black ke hulu ke hilir jaga trafik...  syabas ..

Terkenang kat Mr Singh trafik dulu yang sentiasa menghambat bas yang berhenti atas jalan di sini.. selamat berpencen Mr Singh... 

Kepada pelancong ...  selamat bersejuk di Cameron Highlands  ....

Friday, October 11, 2019

Gerai Kek Pak Tam Viral

Viral sejak sebulan ini adalah mengenai kek viral dari Gerai Kek Pak Tam. Ada beberapa pertanyaan mengenai kek di gerai ini namun saya selalunya tak akan menjawab dan memberikan reaksi jika tidak pernah ke sana. 


Akhirnya rabu lepas saya berkesempatan ke sana itupun setelah anak saya mengajak kerana dia pun dah terkesan dan teruja dengan kisah kek yang viral ini. 

Saya sekeluarga sampai sekitar 6 petang dan sedikit hampa kerana Pak Tam mengatakan keknya hanya akan sampai pada pukul 7 malam. 

Tak apalah, kami sanggup menunggu kerana memang nak makan di Brinchang Cafe

Jadi saya kisahkan dahulu mengenai Gerai Kek Pak Tam ni. 

Lokasinya adalah di Brinchang ... Bukan di Tanah Rata ... 

Ia bukan kedai kek yang khusus tetapi lebih kepada Kiosk Jualan di dalam Brinchang Cafe. Brinchang Cafe ini terletak di sebelah Pejabat Pos Brinchang. 

Bersebelahan dengan Hotel Star Regency. Betul-betul di sebelah di simpang tiga nak ke Kea Farm dan masuk semula ke Pekan Brinchang.  

Bertentangan dengan Pejabat Pertanian Daerah Cameron Highlands yang bersebelahan dengan Stesen Minyak Petronas. 

Gerai Kek Pak Tam dibuka mulai 9.30 pagi hingga 12.30 malam dengan penambahan stok pada pukul 8.30 malam. 

Kalau tak dapat bayangkan, anda google maps atau waze aje lokasi Brinchang Cafe. 


Tepat pukul 7 malam, kami sangkakan hanya kami yang menantikan kek di Gerai Kek Pak Tam, rupa-rupanya hampir semua kaum wanita di Brinchang Cafe bangun dan terus menuju ke sana. 

Dan melihat ramai sangat perempuan sedang mengerumuni jualan kek itu, saya pun hanya menghantar isteri saya sahaja dan hampir 25 minit baru kembali ke meja tatkala azan maghrib berkumandang dari Masjid Kayangan yang hanya 100 meter jauhnya. 


4 potong besar kek dibeli dengan perisa durian, oreo, tiramisu dan lupa satu lagi. Dan ini hanya 4 jenis dari 30 jenis kek yang dijual dengan harga RM 13 setiap potongan, kalau beli dua potong RM 25 kalau 4 potongan RM 48 dan diletakan di dalam bekas makanan menjadikannya lebih tahan lama dan tak terpenyek.kalau terhempap. 


Sedap kek yang dijual. Tidak Manis. Gebu dan saya memerlukan hingga hari ini untuk habiskan. 

Maka saya memahami kenapa kek dari Gerai Kek Pak Tam ini menjadi viral.... 

Tahniah Pak Tam ...walaupun kita tak kenal sesama sendiri walaupun sedaerah ... kek anda memang sedap ... 


Pak Tam boleh anda hubungi dengan menggunakan facebook beliau iaitu di sini : Klik atau cari Pak Tam.

Gambar bukan saya punya tapi dari facebook Pak Tam samada dari Pak Tam sendiri atau pelanggan yang tag dan berikan testimoni kepada nya..

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI

Pengusaha Strawberry Melayu pertama di Cameron Highlands.

Saya kongsikan kisah pengusaha strawberry Melayu pertama di Cameron Highlands. 

Kisahnya saya ambil dari laman facebook Saji dan bukan artikel atau catatan saya ya. 

Sumber Catatan : Sajionline

Khairani Mohamad,

Ketika krew SAJI ke Kampung Taman Sedia yang terletak di Cameron Highlands, kami dipertemukan dengan  orang Melayu pertama yang mengusahakan ladang strawberi di sini. Khairani Mohamad, merupakan anak jati Cameron Highlands, dan antara pelopor tanaman strawberi di kalangan Bumiputera secara serius sejak 20 tahun yang lalu. Menurut Khairani, minatnya bermula dengan menanam kubis dan tomato untuk pasaran setempat.


Memandangkan permintaan yang tinggi terhadap strawberi, Khairani cuba beralih arah. Meskipun  terpaksa bersaing dan menghadapi pelbagai kesukaran, tetapi dia tidak pernah putus harapan dalam merencanakan setiap usahanya itu. Apatah lagi, keberaniannya ketika itu untuk mengusahakan tanaman strawberi yang sebelum ini banyak dimonopoli oleh bangsa asing.


Kesungguhan Khairani dalam mengusahakan ladang strawberi, turut mendapat sokongan dan bimbingan dari pihak MARDI, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
“Bukan mudah untuk kita bersaing dengan bangsa asing, saya sentiasa bekerja keras dan memastikan strawberi yang dihasilkan di ladang kami, antara yang terbaik. Saya ingin membuktikan bahawa orang Melayu juga boleh berjaya,” ujar Khairani yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pertanian ini.

PRODUK HILIRAN KHM 

Di atas usahanya itu, maka lahirlah KHM Strawberries & Jam iaitu syarikat miliknya yang bertanggungjawab, menguruskan hal ehwal pengurusan penanaman strawberi. Syarikatnya itu, bukan sekadar mengusahakan ladang strawberi semata-mata, malah turut membekalkan strawberi berkualiti tinggi dan menghasilkan produk-produk hiliran berasaskan strawberi.
Antara produk yang dihasilkan seperti, kordial strawberi, topping strawberi, halwa strawberi, jem strawberi dan acar strawberi.

Tegas Khairani, sebagai pekebun kita perlu ada ilmu tentang cara penanaman, pembajaan serta penjagaan. Ia bukan semudah yang dilihat. Teknik penanaman strawberi secara fertigasi adalah yang terbaik kerana ia tidak memerlukan tahap kesuburan tanah serta kawasan yang luas. Beriklim sederhana bersuhu antara 10°C hingga 20°C antara faktor, strawberi hidup subur di bumi Cameron.
Menurut Khairani, untuk pasaran Giant & Cold Storage sahaja, dia memerlukan sebanyak 200kg hingga 400kg strawberi sehari. Manakala bagi memenuhi permintaan pasaran luar, Khairani memerlukan lebih kurang 5 tan hingga 10 tan strawberi sebulan. Memandangkan ladang miliknya, hanya mampu mengeluarkan sekitar 2 tan setengah strawberi sebulan, Khairani terpaksa mendapatkan bekalan strawberi dari pengusaha-pengusaha lain. Permintaan terhadap strawberi kini sangat tinggi dan sentiasa tidak mencukupi untuk menampung permintaan pasaran.
Jelas Khairani, dia lebih selesa memilih konsep dari ladang terus ke dapur. Di mana sebaik proses memetik strawberi selesai, buah segar ini akan terus di hantar ke dapur  untuk diproses.
Kualiti produk merupakan keutamaan syarikatnya.  Jem strawberi misalnya, penggunaan  60% puri strawberi ternyata menghasilkan jem yang sangat enak  menepati cita rasa dan terjamin keaslianya.
Jika ingin ke Cameron Highlands, jangan lupa singgah ke ladang KHM Strawberies & Jam yang terletak di Kampung Taman Sedia. Di sini terdapat kafe di bawah pengurusan KHM Strawberies yang menghidangkan pelbagai produk berasaskan strawberi.

Pilihan Lokasi Penginapan Apartment Percutian bagi Rombongan


Masa hantar anak ke Tadika di Perumahan Makmur Cameron atau dikenali sebagai Prima Tanah Rata, saya dapati sebanyak 21 buah bas pelancong sedang menunggu. 

Prima Tanah Rata menjadi pilihan utama kepada penginapan apartment percutian bagi rombongan ke Cameron Highlands. 

Bayangan hari khamis dan purata sebuah bas 40 penumpang  x 21 buah bas.... Berapa buah apartment yang digunakan semalam untuk penginapan mereka. ...

Jom kira ya, congakan ringkas... satu bas 2 atau 3 ... 21 buah bas ... 42 hingga 66 buah apartment diperlukan. 

Rezeki kepada pengusaha apartment percutian... 

Tabahlah dan terima kasih kepada penduduk tetap di Prima. Rela atau terpaksa.. Berkorban atau terkorban??.. 

Jadi bagi pelancong yang datang bertandang ... dah orang memberi.. kenalah berbahasa ya ... jaga kebersihan, keamanan, kesejahteraan dan bertolenrasi.

Jadi ini juga jawapan yang bertanya di mana lokasi apartment percutian yg sesuai  untuk rombongan anda, saya tak jawab di sini tetapi inilah realiti pilihan rombongan ke sini kerana mungkin unit baru dengan kemudahana lift,  sesuai untuk parkir bas tanpa perlu mendaki bukit, pilihan 23 buah kedai makan, dobi layan diri dan juga di Tanah Rata. 

Saya tiada apartment  percutian ya .. jangan tanya berkaitan unit  ... kalau ada owner apartment yang menerima rombongan boleh tinggalkan mombor dan iklan anda  di ruangan comment.. FOC ... 

Selamat bercuti  .. kawan-kawan tempatan jangan kecam ya saya kongsi info ni... 

Kalah Terminal Bas Tanah Rata gayanya ni...

Status Run For Lemoi 2019

Kelmarin, Utusan telah menutup operasinya secara rasmi. Ini menjadikan Kosmo juga turut terbabit. 

Jadi status penganjuran Run For Lemoi 2019 kini menjadi tanda tanya. 

Dan tadi pihak Kosmo telah berkongsikan status penganjuran ya :



Makluman kepada semua, acara larian Kosmo!-LOTTO Run For Lemoi 2019 akan ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan pembelian tiket, sila tinggalkan nombor telefon anda untuk pihak penganjur menghubungi anda.

Segala kesulitan amat dikesali.

Monday, October 7, 2019

Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2019 @ Cameron Highlands


Jika anda sedang memilih tarikh untuk bercuti di Cameron  Highlands dan inginkan kelainan, pilih tarikh ini untuk bercuti sambil berkuliah dengan Ustaz Azhar Idrus di sini. 

Kos cuti anda tu kena bayar sendiri la ya  .... tapi sesi  kuliah adalah free of charge.. bukan hanya 1 tapi 2 sesi kuliah... dengan jarak 5 km sahaja di antara lokasinya... 12 jam sahaja beza waktunya ...

Kuliah Maghrib Perdana pada 18 Oktober di Masjid Kayangan Brinchang manakala Kuliah Dhuha pada pagi 19 Oktober 2019 di Masjid Abu Bakar Tanah Rata. 

Jumpa di sana ya.. bercuti sambil mendengar kuliah ... Mantap kan!!!!

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock