TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, October 1, 2019

Kisah dari Lemoi...

Seronok pula saya nak berkongsikan printscreen tweet Cikgu di SK Lemoi berkenaan kisah murid barunya yang teruja mula bersekolah dan menerima pakaian sekolahnya.

Untuk makluman, SK Lemoi ini terletak di dalam Perkampungan Orang Asli Kg Lemoi iaitu 25 km di bahagian barat Cameron Highlands dengan pekan terdekatnya adalah Ringlet.

Untuk masuk ke sekolah ini, anda perlu melalui kawasan kebun sayur dan hutan simpan yang tebal dengan keadaan jalan off road.

Pos Lemoi ini mempunyai dua kampung orang asli kalau tak silap dan saya baru sekali sahaja pernah ke kampung ini walaupun hampir 13 tahun menjadi warga Cameron Highlands.

Jadi, untuk makluman yang lebih lanjut dan menarik kisah dari SK Lemoi, anda ikuti tweet Cikgunya yang menggunakan panggilan BungoLale.  






No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock