TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, October 12, 2019

Sesak di Persiaran Dayang Endah, Stesen Agroteknologi Mardi


Cameron hujan hari ni dan jalan sesak... tak hujan pun sesak jugak sebab ramai pelancong minggu ni.  

Stesen MARDI tengahari tadi ada 28 buah bas pelancong... parkir mereka penuh dan kereta serta bas terpaksa parkir sebelah jalan sampai sesak jalan utama Persiaran Dayang Endah .... 

Harap bersabar ya... yang naik bas  rombongan kena rajin berjalan jauh sikit kalau bas parkir jauh.. jangan minta bas  parkir tengah jalan nak ambik penumpang sampai terhenti trafik kerana laluan ini adalah menuju ke Hoispital Sultanah Hajjah Kalsom,  takut ada dalam kecemasan .... Sesaat bagi mereka sangat berharga malah mungkin bernilai 10 minit bagi mereka yang sangat terdesak memerlukan rawatan di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom tu.   

Nasib tok bilal kita Black ke hulu ke hilir jaga trafik...  syabas ..

Terkenang kat Mr Singh trafik dulu yang sentiasa menghambat bas yang berhenti atas jalan di sini.. selamat berpencen Mr Singh... 

Kepada pelancong ...  selamat bersejuk di Cameron Highlands  ....

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock