TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, October 19, 2019

Laporan Mengelirukan Kejadian Tanah Runtuh Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands.

Dari pagi tadi saya menerima pertanyaan mengenai status penutupan jalan ke Cameron Highlands dari Simpang Pulai. 


Yang bertanya setelah membaca satu laporan wartawan yang mengatakan Jalan ke Cameron Highlands ditutup. 

Bila saya baca laporan tersebut mendapati ianya terkeliru dengan tajuk dan isi laporannya.

Tajuk mengatakan : Tanah Runtuh, laluan ke Cameron Highlands tutup

Tapi isi laporannya pula mengatakan :

PENGGUNA Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands dinasihatkan agar lebih berhati-hati menggunakan laluan itu susulan berlakunya kejadian runtuh di kawasan terbabit tengah malam tadi.
Difahamkan kejadian tanah runtuh itu berlaku 12.30 tengah malam tadi membabitkan laluan di FT 185 membabitkan kawasan daerah Kinta.
Tanah runtuh membabitkan kawasan sepanjang 100 meter dengan kedalaman runtuhan dianggar 20 meter dan susulan itu satu laluan di kawasan yang terjejas ditutup.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, pihaknya sedang mendapatkan maklumat berhubung bencana tanah runtuh itu dan menasihatkan orang ramai berwaspada ketika melalui kawasan yang terjejas.
“Saya sedang dapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Mohon pengguna waspada apabila melalui kawasan terbabit apatah lagi jumlah kenderaan bertambah pada hujung minggu di laluan berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau turut menggesa pihak yang berkaitan mengambil tindakan segera bagi membendung sebarang kejadian buruk berlaku.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Oktober 2019 @ 9

Situasi sebenar adalah : 
Hanya Lorong kiri dari arah Simpang Pulai yang ditutup akibat rekahan tanah mendap di sebahagian lorong tersebut.  JALAN MASIH DIBUKA untuk aliran trafik. 
Satu Email kepada wartawan tersebut dihantar untuk membetulkan tajuk laporannya. 
Laporan status jalan tersebut dikongsikan di Sini. KLIK


No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock