Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com
TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:
Tuesday, December 25, 2018
Monday, December 24, 2018
Bayar Parkir dahulu ya...
Sekadar nak menasihatkan...
Pelancong yang Menetap di hotel baik di Pekan Tanah Rata atau Brinchang... letak Kupon parking siap2 malam ni untuk waktu parking bermula 8 pagi esok.. atau pakai myparkir system online...
Nanti terlajak bangun lewat Ada surat cinta menanti di cermin depan... Rugi... mood bercuti pun hilang...
Kompoun 10 ringgit tu boleh dapat 16 paket sayur di gerai Untie Viral Kea Farm........
Sekadar Khidmat Nasihat Masyarakat.....
Cuti Krismas Di Cameron Highlands 2018
Yang tanya Cameron jem ke minggu ni..
saya jawabkan... Ya sesak.. Tapi jangan buat pelik kenapa sesak...
Cuti kan Krismas hari Selasa... Dan tentu hari isnin Ramai yang ambik cuti sekali... untung le....
Dan gaji dah keluar jugak... untung le... yang gaji tetap 7 hb senyap2 aje ya. . 😂
Yang kawan2 meniaga kat sini.. senyum ada panjang kali ni.... maklumlah musim cuti kali ni katanya agak suram.... 😰
Yang bercuti .... selamat bercuti... musim cuti sekolah nak habis .. anak sekolah nak masuk dah minggu depan... nanti poket nipis semua viral kalau nak kena bayar itu ini.. tapi ok kut tahun ni.. Gst dah tak de.. naik kali ni tol pun dah tak de .. minyak petrol dah 1.50.. pendidikan percuma belaka ... tak de nak risau.. enjoy sakan aje...
Minggu depan kami nak main warna-warni di sini ... gantung2 poster ... muka2 yang jarang nampak akan berkampung Kat sini... mulai 12 in sampai 26 hb... pesta wooo...
Sebelum melalut... selamat bercuti.... selamat menyambut Krismas bagi kawan2 yang akan menyambutnya .... Dan selamat berpilihanraya yang berdaftar di sini....
Monday, December 3, 2018
ICERD bukan norma watan!
ICERD bukan norma watan!
ICERD sudah jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan. Jemaah Menteri dan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah bersetuju menolak ICERD kerana bercanggah Perlembagaan Persekutuan. Tetapi kenapa masih ada Menteri yang berdolak dalik mencari helah masih mahu mempertahankan ratifikasi ICERD? Kenapa media khususnya portal masih tidak mahu akur dengan keputusan kerajaan tersebut? Kenapa NGO liberal masih berfalasi menyatakan Perlembagaan Persekutuan masih tidak akan tergugat dengan penandatangan ICERD?
Ye betul, dengan hanya tandatangan ICERD Perlembagaan Persekutuan masih akan kekal. Tetapi apabila kita tandatangan dan ratifikasi maka kita terikat dengan apa yang kita tandatangan. Reservasi memang boleh dibuat tetapi reservasi itu boleh ditolak oleh Jawatankuasa Pakar ICERD dan dua pertiga anggota ICERD. Sebagai contoh India yang membuat reservasi berkaitan dengan sistem kasta yang diamalkan di negara tersebut telah ditolak reservasi itu.
Akhirnya Malaysia boleh diadu ke International Court of Justice (ICJ) di The Hague Belanda kerana kegagalan mematuhi ICERD jika kita ratifikasi. Tindakan lain juga boleh diambil terhadap Malaysia, tekanan boleh diberikan kepada Malaysia jika gagal melaksanakan ICERD setelah ratifkasi? Apakah Malaysia mampu menghadapi tindakan dan tekanan ini? Sudah pasti jawapannya tidak.
Seperkara lagi ada yang mengatakan ratifikasi tidak akan menjejaskan tindakan afirmatif kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak kerana kebenaran di dalam Artikel 1(4) ICERD. Ini tidak benar kerana ICERD mensyaratkan tindakan afimatif tersebut mestilah tidak mengadakan hak berasingan kepada dua kumpulan berbeza dan akan dimansuhkan bila tujuan keistimewaan dicapai. Perlembagaan Persekutuan memang memberikan hak berbeza antara orang Islam dan bukan Islam, antara orang Melayu/Bumiputera dan bukan Bumiputera. Sebagai contoh undang-undang keluarga Islam yang berlainan bagi orang Islam dan bukan Islam, larangan pemilikan tanah tertentu kepada golongan tertentu seperti bukan anak Sabah tidak boleh memiliki tanah tertentu di Sabah. Hal ini juga berlaku di beberapa negeri lain seperti Kelantan Sarawak. Malah tanah adat di Negeri Sembilan hanya boleh dimiliki oleh wanita tempatan anak negeri sahaja.
Kesemua hak tersebut tidak dinyatakan tempohnya. Ia dilaksana selagi tiada pindaan kepada undang-undang. Oleh itu syarat di dalam Artikel 1(4) ICERD tersebut tidak boleh dinikmati oleh Malaysia. Kesemuanya perlu dipinda jika ICERD diratifikasi.
Oleh itu saya cabar bagi golongan yang masih mendakwa ICERD membenarkan tindakan afirmatif seperti di atas agar dapatkan pengesahan daripada Jawatankuasa ICERD seramai 18 orang itu bahawa Malaysia masih boleh melaksanakan tindakan afirmatif di atas meskipun meratifikasi ICERD. Baru tuntas kedudukannya jika ada jaminan tersebut. Bukan hanya mendakwa kosong sahaja.
Beranikah anda mendapatkan jaminan tersebut?
Katakan tidak kepada ICERD! ICERD memusnahkan jatidiri negara, ICERD menodai kerangka Perlembagaan Persekutuan yang sudah diterima rakyat sekian lama, ICERD meminggirkan norma lazim negara yang sudah sebati di dalam jiwa rakyat Malaysia.
Tanpa ICERDpun tiada diskriminasi kaum di Malaysia, tanpa ICERDpun orang bukan Melayu diberi hak membina kekayaan dan mengumpul harta, tanpa ICERDpun rakyat berbilang agama bebas menganut dan mengamalkan agama mereka, tanpa ICERDpun orang bukan Melayu bersama-sama orang Melayu boleh berkongsi kuasa memerintah Malaysia.
Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
1 Disember 2018
Seri Kembangan
Saturday, December 1, 2018
Jalan Penarikan; Jalan Pintas Purba Orang Melayu Dari Pantai Barat Ke Pantai Timur
Sebelum kewujudan sistem jalan raya atau lebuh raya moden pada hari ini. Orang Melayu zaman dahulu di Tanah Melayu ini telah pun mempunyai sistem jalan darat bagi menghubungkan satu kawasan ke satu kawasan. Malah lebih mengkagumkan adalah sistem jalan purba orang Melayu ini adalah merupakan jalan pintas untuk sampai ke sesuatu kawasan.
Sistem jalan purba yang dibangunkan oleh orang Melayu zaman dahulu ini bukan sahaja berfungsi untuk sebagai laluan penghubung dari kawasan ke satu kawasan tetapi berfungsi sebagai laluan perdagangan, ketententeraan, diplomatik dan laluan harian orang Melayu pada zaman tersebut. Malah jalan purba orang Melayu ini menghubungkan jalan pengangkutan air (kapal, bot atau perahu) dengan jalan laluan darat.
Laluan Penarikan, jika kita nyatakan pada hari ini pasti ramai di antara kita yang kita mengetahui mengenainya. Malah ramai diantara tertanya-tanya nama tersebut adakah suatu tempat di Tanah Melayu ini. Untuk pengetahuan pembaca semua. Jalan penarikan ini adalah jalan purba yang menghubungkan bahagian Pantai Barat dan Pantai Timur. Dimana laluan ini memboleh orang Melayu di Melaka yang terletak di Pantai Barat pada zaman dahulu berhubung dengan Pahang yang terletak di Pantai Timur Tanah Melayu.
Jalan penarikan ini adalah jalan purba pintas yang hanya sejauh lebih kurang 600 meter sahaja. Jalan Penarikan ini terletak di Jempol, Negeri Sembilan dan ianya adalah jalan pintas yang menghubungkan Sungai Jempol di selatan dan Sungai Serting di Utara. Untuk melalui Jalan Penarikan yang akan membolehkan orang Melayu zaman dahulu berhubung antara Pantai Barat dan Pantai Timur.
Mereka perlu mudik ke Sungai Muar (dari Melaka atau Pantai Barat) dan seterusnya akan bertemu dengan pertemuan Sungai Muar dan Sungai Jempol. Seterusnya perlu melalui Sungai Jempol hingga sampai ke Pengkalan Bukit Laka dan apabila sampai ke Pengkalan Sungai Serting. Seterusnya masuk ke Sungai Bera dan seterusnya masuk ke Sungai Pahang hingga ke kuala dan pengakhiran nya di Bandar Pekan, Pahang.
Ketika menggunakan jalan pintas yang menghubung Sungai Jempol dengan Sungai Serting ini. Orang Melayu zaman dahulu perlu menarik kapal, boat atau perahu dengan menggunakan tenaga manusia atau haiwan (lembu, kerbau atau gajah). Bahagian kapal, bot atau perahu akan dialas dengan kayu balak yang bertindak sebagai mekanisme pengerak. Melalui aktiviti menarik kapal, bot dan perahu ini melalui laluan inilah maka jalan ini mendapat nama nya menjadi "Jalan Penarikan".
Kewujudan Jalan Penarikan di Jempol Negeri Sembilan untuk menghubungan bahagian Pantai Barat dan Pantai Timur Tanah Melayu ini adalah telah lama dan sebelum wujudnya kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi pada 1400M. Malah di Jalan Penarikan ini amat penting dalam sejarah peradaban orang Melayu purba di Tanah Melayu. Malah Jalan Penarikan ini ada dinyatakan dalam kebanyakkan peta Semenanjung Tanah Melayu purba yang dihasilkan oleh cendekiawan negara barat pada masa dahulu. Jalan Penarikan ini juga dicatitkan dengan banyak peristiwa penting di Tanah Melayu pada masa tersebut seperti digunakan Siam untuk menyerang Melaka, digunakan kerajaan Melayu Srivijaya bagi meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu, misi Hang Tuah membawa Tun Teja pulang dari Pahang ke Melaka dan banyak pelbagai peristiwa penting yang tidak dicatitkan dalam catatan sejarah.
Friday, November 30, 2018
Kenapa Negara Arab meratifikasi ICERD....
Saya kongsikan jawapan daripada Ustaz Ridzuan Tee mengenai kenapa Negara Arab meratifikasikan ICERD....
ICERD: Diskriminasi? Siapakah tuan, siapakah hamba?
Saya amat teruja membaca kenyataan bapak ultra kiasu bertajuk, banyak negara majoriti Islam terima Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Kenapa harus Malaysia yang majoriti Islam menentang? Adakah semua negara Islam tersebut kurang Islamnya daripada Malaysia?
Beliau menyenaraikan dengan panjang lebar semua negara Islam yang telah menerima ICERD, kecuali Malaysia dan Brunei. Katanya, adakah hanya satu peratus daripada 1.9 bilion Muslim di dunia layak untuk digelar sebagai Muslim sejati sedangkan semua negara Muslim termasuk semua negara Muslim di Timur Tengah telah meratifikasi ICERD?
Adakah dengan mengatakan bahawa 99 peratus Muslim di dunia yang datangnya dari negara yang telah meratifikasi atau menyetujui ICERD bukan Muslim sejati? Malah katanya China, yang mempunyai kira-kira 50 juta Muslim, sudah menyetujui ICERD pada 1981.
Apabila bapak ultra kiasu ini membandingkan Malaysia dengan negara-negara Arab yang telah menandatangani ICERD, adalah perbandingan yang sangat naif dan terserlah kekiasuannya. Nampak sangat agenda jahatnya agenda tersembunyi ultra kiasu mengaburi rakyat Malaysia bagi menunjukkan betapa baiknya ICERD.
Sedangkan semua tahu bahawa ICERD hanya baik untuk ultra kiasu ini, tetapi bukan untuk pribumi seperti orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
Bagi mengelakkan kekeliruan yang ditimbulkan ultra kiasu ini, biarlah saya berterus terang. Kenapa semua negara Arab Islam meratifikasikan ICERD? Logiknya sangat mudah, kerana mereka negara sebangsa atau homogeneous. Berbanding kita Malaysia, negara bersifat berbilang bangsa atau heterogeneous.
Diskriminasi macam mana pun di negara Arab, pi mai pi mai tang tu juga, dapat kat depa. Turun naik sesebuah pemerintahan, akan jatuh kepada bangsa yang sama.
Berbeza dengan Malaysia, termasuk Brunei. Jika Malaysia dan Brunei masih bersifat sebangsa, sudah lama mereka meratifikasikan ICERD ini. Tetapi Malaysia telah berubah wajah. Lanskap politiknya yang dahulu bersifat sebangsa telah berubah dengan kedatangan pendatang-pendatang yang dibawa oleh penjajah British dan faktor-faktor lain yang menolak mereka mendatangi alam Melayu.
Akibatnya, asal-usulnya adalah sebuah negara sebangsa, Tanah Melayu di Kepulauan Melayu yang bersifat homogeneous bertukar menjadi heterogenous.
Disebabkan oleh sifat Melayu Islam yang terlalu baik dalam meraikan pendatang, akhirnya, pendatang diterima menjadi rakyat negara bertuah ini. Pertukarannya, pendatang perlu menerima hak istimewa agama Islam, Bahasa Melayu, hak istimewa Melayu (raja-raja Melayu), dan bumiputera Sabah Sarawak. Itulah yang dinamakan kontrak sosial. Hak istimewa inilah, jika boleh dikatakan satu keistimewaan, yang mahu dibuang jika ICERD diratifikasikan.
Ultra kiasu lupa tentang sejarah asal-usul sejarah ini. Jika Melayu tidak menerima pendatang, pasti negara ini kekal dengan sifat negara sebangsa. Tidak ada Singapore, yang ada hanya Singapura bermaksud kota singa, kekal dengan nama Melayunya. Kerana ultra kiasu di sana tidak mahu bunyi nama Singapura itu beridentitikan Melayu, maka nama Melayunya telah bertukar kepada Singapore.
Ini tidak termasuk penghapusan nama-nama jalan beridentitikan nama-nama Melayu kepada nama-nama yang pelik-pelik, yang tidak ada kaitan dengan alam Melayu, sebagai satu perancangan strategik menghapuskan segala identiti Melayu.
Cuba lihat bagaimana orang Melayu di Singapura didiskriminasikan dengan langsung tidak diberikan kepercayaan untuk berada dalam jawatan tinggi strategik seperti perkhidmatan tentera, polis, imigresen dan lain-lain. Orang Melayu diragui untuk memegang jawatan strategik tersebut kerana takut rahsia negara diketahui. Dalam kata lain, orang Melayu didiskriminasikan kerana Cina tidak pernah percaya kepada Melayu. Jika adapun jawatan presiden Singapura diberikan, itu hanya jawatan 'pak pacak' sahaja.
Bagaimana pula kepercayaan kita terhadap bukan Melayu di negara bertuah ini? Boleh dikatakan banyak juga jawatan tinggi strategik negara, diberi kepercayaan kepada bukan Melayu, termasuk jawatan yang sangat kritikal Menteri Kewangan dan jawatan strategik yang lain, termasuk jawatan strategik tentera dan polis.
Sehinggakan kita tidak ambil tahu langsung, apabila jawatan Menteri Perpaduan diberikan, semua pegawai kanan sulitnya terdiri daripada pegawai satu warna, tidak ada seorangpun bangsa lain untuk memegang jawatan sulit yang rapat dengannya.
Pendek kata, kepercayaan Melayu kepada bukan Melayu di sini jauh lebih baik daripada kepercayaan bukan Melayu kepada Melayu. Malah jawatan tinggi nombor dua Kementerian Pertahanan yang sebelum ini dipegang oleh orang Melayu, telah diberikan kepada ultra kiasu. Semua rahsia keselamatan negara diketahui. Justeru, diskriminasi apa lagi yang hendak diperkatakan.
Untuk makluman semua, apabila Tanah Melayu menjadi berbilang bangsa (heterogeneous) melalui kontrak sosial, sudah tentu keadaan menjadi lebih kompleks. Menguruskan negara sebangsa sudah tentu lebih mudah berbanding dengan negara berbilang bangsa, terutama dalam memastikan hak pribumi terjamin, seperti negara-negara lain di dunia.
Logiknya, sudah tentu pribumi akan berasa tergugat, jika berlakunya hegemoni atau dominasi bangsa yang mendatang melampaui batas. Inilah mungkin menimbulkan kebimbangan
Saya tidak nafikan manusia boleh berubah mengikut keadaan, tetapi melihat ultra kiasu yang ada ini, saya yakin mereka ini masih sama, dan tidak pernah berubah sejak daripada dahulu
Apakah kita tidak pernah mengambil iktibar? Sudah terang lagi bersuluh, ultra kiasu India Hindu yang dilantik sebagai Senator menjadi Menteri, pernah memburuk-burukkan Malaysia di luar negara. Beliau mengatakan, Malaysia mengamalkan diskriminasi yang sangat ketara kepada bangsa India Hindu. Kuil-kuil dirobohkan sewenang-wenang tanpa ganti dan berbagai lagi.
Sedangkan setiap kuil haram yang dirobohkan ada sahaja diganti dalam skala yang lebih besar sehinggakan bilangan kuil Hindu sahaja jauh meninggalkan bilangan surau dan masjid. Pendek kata, kuil-kuil Hindu inilah yang paling banyak di Malaysia, walaupun bilangannya penganutnya sangat minoriti berbanding agama lain.
Kawasan Batu Caves itu sendiri, merupakan tanah kerajaan, di situlah ditempatkan kuil Hindu yang paling tinggi sekali di dunia. Lebih dahsyat lagi, kuil-kuil Hindu ini turut dibiayai kerajaan. Berbanding di India, semua kuil sama ada skala besar atau kecil dibiayai dengan wang sendiri.
Kita juga turut didedahkan bagaimana sebelum ini, Menteri India ultra kiasu tersebut turut menemui Perdana Menteri India yang sangat terkenal dengan sikap anti Islam. Berapa ramai umat Islam telah dibunuh, dianiayai, serta dizalimi dan wanita Islam dirogol, hanya kerana umat Islam memakan binatang suci Hindu iaitu lembu.
India meskipun telah menandatangani ICERD, tetapi tidak langsung mempraktikkannya. Malah umat Islam didiksriminasikan dengan begitu ketara. Lebih hina lagi, hanya kerana memakan lembu umat Islam dimangsakan. Ini tidak termasuk bilangan masjid yang dirobohkan dan diganti dengan kuil Hindu.
Negara kita terlampau baik. Toleransi pribumi terlalu tinggi. Dahulu, kita boleh menyembelih lembu secara terang-terangan. Setelah diprotes oleh Hindu, kita tidak lagi boleh menyembelih sembelihan korban ini di khalayak kerana menjaga sensitiviti kaum kononnya.
Lebih menggerunkan lagi, ketika majlis angkat sumpah, ultra kiasu Hindu ini juga membawa sami Hindu yang kelihatan pelik dan berpakaian pelik ke dalam parlimen. Terkini, kelihatan sami hindu yang berpakaian pelik turut membanjiri parlimen untuk menemui Menteri tersebut atas tujuan kehinduannya. Sedangkan kita, jika mahu menemui Menteri dan memasuki parlimen diwajibkan memakaikan pakaian yang ditetapkan. Diskriminasi jenis apa lagi yang sedang diperkatakan?
Lihat pula dengan kedudukan umat Islam Uighur, Xinjiang, di negara China komunis. Xinjiang, yang juga dikenali sebagai Turkestan Timur, merupakan wilayah autonomi di barat laut China. Ia didiami oleh etnik Uighur beragama Islam yang menuntut kemerdekaan daripada pemerintah di Beijing. Wilayah itu juga didiami oleh penduduk Islam daripada etnik lain termasuk Kazakh, Kyrgyz, Uzbek, Tatar dan Tajik. Siapa yang sanggup tinggal bersistemkan komunis. Tetapi lihat bagaimana mereka dizalimi.
Berdasarkan bancian penduduk pada tahun 2000, etnik Uighur di Xinjiang dicatatkan berjumlah 10.2 juta orang. Terkini, tidak diketahui jumlah sebenar, mungkin semakin berkurang disebabkan ramai yang telah hilang.
China menuduh etnik Uighur menggerakkan kempen keganasan untuk menuntut kemerdekaan. Dakwaan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan dan dilihat oleh kumpulan yang bersimpati dengan Uighur sebagai helah untuk menghalalkan diskriminasi terhadap golongan minoriti itu.
Lihat betapa zalim negara komunis China ini, melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa. Parti Komunis China dan pemerintah di Xinjiang sebelum ini menyekat sebarang perhimpunan berbentuk keagamaan atas sebab-sebab keselamatan. Ia bimbang perhimpunan seumpama itu dijadikan pentas untuk menyebarkan mesej gerakan pemisah.
Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, berkata tindakan kerajaan China yang menindas itu akan mencetuskan lebih banyak ketegangan. Menurut jurucakap Uighur, pihaknya juga dimaklumkan oleh penduduk di Xinjiang bahawa mereka diberi makanan percuma sebagai galakan untuk tidak berpuasa. Pihak pihak berkuasa komunis juga turut membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk memastikan tidak ada yang berpuasa. Ini tidak termasuk bilangan mereka yang dibunuh, dizalimi dan dipenjara, hanya kerana mereka beragama Islam.
Semua contoh ini sudah jelas menunjukkan bahawa meskipun negara-negara ultra kiasu ini telah meratifikasika ICERD, tetapi diskriminasi sangat jelas dilakukan sehingga berada dalam tahap yang sangat tegar.
Sedangkan negara kita tercinta ini, masih tidak meratifikasikan ICERD. Cuba lihat perbandingannya, keadilan yang kita berikan, ibarat langit dengan bumi. Kita boleh dikatakan langsung tidak mendiskriminasikan bukan Melayu atau Bukan Islam, kerana tuntutan agama Islam melarang tindakan sebegini.
Jika adapun, kesnya sangat terpencil. Malah, orang bukan Islam boleh hidup senang lenang sehingga kekayaan mereka jauh menandingi pribumi. Pribumi pula merempat di negara sendiri. Apakah kejayan ini boleh dicapai jika kita mengamalkan diskriminasi? Apa yang saya dapat lihat, seolah-olah pribumi sendiri yang didiskriminasikan di bumi sendiri.
Pendek kata, hari ini semua bukan Melayu boleh tidur lena dan hidup senang lenang serta mengaut kekayaan semahu-mahunya dalam keadaan aman damai, disebabkan oleh pengorbanan pribumi yang tidak ada tolok bandingnya. Pribumi inilah yang menjad polis dan tentera bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin.
Melayu dan bumiputera pribumi ini sanggup menjadi kuli, bercekang mata dan berkorban jiwa raga, bagi memastikan ultra kiasu dapat tidur lena dan meneruskan kehidupan keesokan harinya tanpa diganggu. Ultra kiasu ini jugalah dapat berada dalam aman tenteram melakukan ibadat dalam kuil-kuil hindu serta menemui sami-sami mereka yang tidak ketahuan asal-usulnya. Tidak ada siapa mengganggu dan bertanyakan daripada mana asul-usul kamu? Siapakah tuan, siapakah hamba di bumi negara bertuah ini? Fikirkanlah.
Saturday, November 24, 2018
FENOMENA 'KEPALA AIR'
Dari sumber Facebook....
#JomBeringat
Kepala air ialah gelombang air besar yang mengalir secara mengejut dan sangat deras dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Fenomena ini kebiasaannya berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.
Bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini apabila 'kepala air' muncul secara tiba-tiba, pihak berkuasa sentiasa mengeluarkan amaran dari semasa ke semasa agar orang ramai tidak berada di kawasan air terjun atau sungai yang berisiko mengalami fenomena tersebut apabila tiba musim hujan.
Namun begitu, masih ada segelintir orang awam yang berdegil dan mengambil ringan arahan keselamatan yang telah dikeluarkan dengan berkelah atau memancing di kawasan tersebut.
Beberapa situasi berikut merupakan tanda-tanda yang berkemungkinan boleh berlaku kepala air:
> Pergerakan awan dan keadaan langit yang gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) dengan disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
> Keadaan air sungai yang berbuih seperti air kencing dan paras air meningkat secara tiba-tiba. Digalakkan meletakkan sebarang tanda aras seperti kayu atau batu bagi melihat sama ada paras air meningkat ataupun tidak.
> Keadaan air bertukar keruh dan terdapat banyak daun atau ranting kayu yang mengalir bersama dipermukaan air.
> Ketika menyelam, boleh kedengaran bunyi dentuman dan gerakan batu-batan di dalam air.
> Siren amaran dibunyikan di sesetengah tempat riadah.
Apabila terdapat tanda-tanda seperti di atas, segera beredar dan pergi ke tebing atau kawasan tinggi yang jauh daripada aliran air.
Elakkan juga berada terlalu tengah di dalam air. Ia akan menyukarkan anda untuk keluar dengan pantas untuk menyelamatkan diri.
Arus kepala air yang sangat deras boleh menghanyutkan apa sahaja yang berada di dalam air mahupun yang di tepian. Natijahnya, apabila anda tidak peka dengan tanda-tanda dan mengabaikan amaran yang telah dikeluarkan, nyawa juga boleh melayang akibat bencana alam ini.
Friday, November 23, 2018
Langkah jangka pendek dan jangka panjang kesesakan jalan raya di Cameron Highlands
MENJAWAB PERSOALAN DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG MENGENAI LANGKAH-LANGKAH JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG YANG AKAN DILAKSANAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN NEGERI UNTUK MENANGANI MASALAH KESESAKAN LALU LINTAS DI KAWASAN CAMERON HIGHLANDS TERUTAMANYA SEMASA HARI CUTI
Untuk menjawab perkara ini, pada Ogos 2019, JKR telah menjalankan kajian trafik kesesakan yang berlaku pada musim perayaan , cuti sekolah dan pada hujung minggu. Kesesakan yang berlaku pada waktu siang dan di lokasi Brinchang, Tanah Rata dan Kea Farm ianya adalah disebabkan terdapat ramai tumpuan pelancong terutamanya di Kea Farm.
Sehubungan dengan itu, terdapat sebanyak dua cadangan kertas kerja yang telah disediakan oleh JKR untuk menangani masalah kesesakan di atas.
Cadangan Projek yang pertama ialah dengan menaik taraf jalan dari jalan kembar dua lorong kepada jalan kembar tiga lorong Laluan Persekutuan , Tapah-Cameron Highlands. Cadangan projek ini melibatkan kerja perlebaran di lokasi Kea Farm, iaitu masing-masing dari arah Hotel Copthorne dan S'Corner menuju ke Kea Farm. Kertas kerja telah pun dikemukakan pada Julai 2018 ke Ibu Pejabat JKR Malaysia dan JKR Pahang sebagai tujuan untuk diangkat ke peringkat Pengurusan Nilai.
Bagi cadangan projek yang kedua, ianya merupakan cadangan naik taraf jalan untuk melancarkan trafik di Laluan Tapah-Cameron Highlands dengan Simpang-simpang Jalan Langgak Mercu, Jalan Tengkolok , Jalan Persiaran Dayang Endah dan Jalan Masjid di Tanah Rata, Cameron Highlands.
Cadangan projek ini melibatkan kerja-kerja naik taraf simpang-simpang yang terdapat di Laluan Persukutan , kawasan Tanah Rata melalui langkah-langkah seperti cadangan menutupi simpang yang kurang pengguna (low vechicle volume) serta membina laluan baru untuk akses pengguna ke simpang lain yang sedia ada.
Kertas kerja telah pun dikemukakan pada awal Oktober 2018 ke Ibu Pejabat JKR Malaysia dan JKR Pahang sebagai tujuan untuk diangkat ke peringkat Pengurusan Nilai serta dibuat pertimbangan kelulusan sebagai projek baru di bawah RMKe11 hingga ke RMKe12.
Pihak PDRM khusunya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) amat mengambil serius berhubung permasalahan ini. Sehubungan dengan itu, tindakan jangka masa pendek yang sentiasa dilaksanakan oleh pihak PDRM dengan mengadakan kawalan lalu lintas sentiasa pada waktu puncak.
Antara langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang akan dilaksanakan oleh PDRM Pahang ialah menggerakkan pegawai dan anggota dari semua cawangan IPD Cameron Highlands untuk membantu tugas melancarkan lalu lintas. Selain itu, PDRM juga akan melaksanakan penguatkuasaan secara total enforcement and zero tolerance dalam penguatkuasaan undang-undang lalu lintas.
Penguatkuasaan ini adalah bagi kesalahan meletak kenderaan di lokasi yang tidak dibenarkan dan kesalahan halangan lalu lintas sahaja.PDRM juga menggembleng bantuan dari RELA, Penguatkuasa Majlis Daerah Cameron Highlands dan Jabatan Pengangkutan Jalan dalam penugasan kawalan dan penguatkuasaan undang-undang lalu lintas.
Akhir sekali, PDRM akan menempatkan anggota trafik di kawasan yang dikenal pasti berlaku kesesakan di sepanjang laluan .
Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) juga mengambil tindakan untuk membina tempat letak kereta di Golden HIll untuk pasar malam di kawasan tersebut. Untuk menambah petak tempat letak kereta juga MDCH juga telah meminta peruntukan daripada KPKT dan juga Kerajaan Negeri . Selain daripada itu juga, pertambahan sebanyak 189 petak parking juga telah dibuat di Kea Farm.
#MajuTerusPahang
GEJALA PENEROKAAN TANAH SECARA HARAM TERUTAMANYA YANG DILAKUKAN OLEH PEKEBUN-PEKEBUN BERSKALA BESAR DI KAWASAN CAMERON HIGHLANDS.
MENJAWAB PERSOALAN DI DEWAN UNDANGAN NEGERI AGAR KERAJAAN NEGERI DAPAT MENINGKATKAN LAGI KERJA-KERJA PEMANTAUAN TERHADAP GEJALA PENEROKAAN TANAH SECARA HARAM TERUTAMANYA YANG DILAKUKAN OLEH PEKEBUN-PEKEBUN BERSKALA BESAR DI KAWASAN CAMERON HIGHLANDS.
Untuk menjawab perkara ini, memang inilah yang menjadi ketegasan Kerajaan Negeri selama ini.
Kerajaan Negeri amat bertolak ansur terhadap pekebun-pekebun kecil yang matlamat mereka sekadar mencari nafkah untuk menangung kehidupan keluarga masing-masing.
Sukacita juga saya katakan bahawa, Kerajaan Persekutuan telahpun bersetuju meneruskan kembali OPS Gading bagi membanteras gejala pencerobohan tanah serta kehadiran pekerja-pekerja dalam kalangan pendatang tanpa izin (pati).
Malah, OPS Gading telahpun kembali dilaksanakan sejak 1 november lepas (2018) dengan antara lain, penempatan tentera darat dan pasukan gerakan am (p.g.a), selain agensi-agensi tempatan lain di di kawasan Cameron Highlands.
Penempatan ini bertujuan untuk meningkatkan pemantaun serta bagi menegaskan tentang aspek, dengan izin, 'show of presense' oleh pasukan-pasukan keselamatan kita di sana.
Pemantauan pula dilakukan secara berterusan termasuk pada hari cuti umum sekalipun. Selain itu, pejabat daerah dan tanah cameron highlands telah mendapat kerjasama agensi remote sensing malaysia (a.r.s.m) dalam meningkat dan mengemas-kinikan lagi kerja-kerja pemantauan ini.
Sehubungan itu, di pihak a.r.s.m sendiri , satu sistem pemantauan telah dibangunkan bagi mengesan sebarang bentuk gejala penerokaan tanah, dan sistem ini dapat diakses secara atas talian oleh pegawai-pegawai di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
#MajuTerusPahang
Pasar Malam Cameron Highlands dibuka setiap malam sempena Cuti Sekolah November hingga December 2018
Menjawab beberapa pertanyaan rakan-rakan yang nak berkunjung dan bercuti di sini.
Mulai hari ini, 23 NOVEMBER 2018 sepanjang hari cuti sekolah sehingga 31 DISEMBER 2018, PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS akan DIBUKA SETIAP HARI @ MALAM bermula 4 petang sehingga 10 malam.
Lokasinya di GOLDEN HILL. Klik untuk panduan ke LOKASI PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS.
Harap menjawab mana-mana soalan yang berkaitan. Tak percaya? Sila semak dengan laman Facebook Majlis Daerah Cameron Highlands selaku pentadbir Majlis Kerajaan Tempatan di sini.
Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI
Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI
Thursday, November 22, 2018
Tragedi Tanah Runtuh di Ringlet:16 mangsa tertanam hidup-hidup
Saya kongsikan kisah tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 16 mangsa di Ringlet pada tahun 1961 dari 3 sumber pembacaan ;
Sumber : Blog |
Jejak: 16 mangsa ditanam hidup-hidup Oleh Nasron Sira Rahim
Tragedi Ringlet dicatat sebagai sejarah hitam negara kerana kali pertama berlaku tanah runtuh hingga ragut ramai nyawa.
DALAM ruang kedai kopi itu, penduduk sekitar Ringlet, sebuah pekan kecil di Cameron Highland Pahang masih leka dengan aktiviti rutin mereka saban hari yakni bermain mahjong, daun terup dan mencicip secangkir kopi dengan gembira dan tenang bersama rakan.
Sehinggalah sekitar jam 4 petang, deretan buah mahjong di atas meja mula bergerak bertaburan. Tenang air kopi di dalam cawan mula berkocak dan permukaan tapak kedai yang mereka diami mula bergegar. Bunyi dengung menusuk corong telinga semakin kuat!
Pengunjung mula panik dan tertanya-tanya tetapi belum pun jawapan diperoleh, sesuatu yang menggemparkan berlaku. Mereka tidak sempat berfikir panjang, sejurus selepas gegaran itu, tanpa sempat berbuat apa-apa termasuk berlari meninggalkan kawasan itu, kedai berkenaan runtuh.
Jeritan mungkin kedengaran seketika sebelum tiang dan bahan binaan kedai menghempap mereka. Kemudian, buat seketika, segala-galanya sunyi.
Kelam. Seorang daripada pengunjung di dalam kedai kopi itu tidak dapat melihat apa-apa, keadaan sekeliling menjadi gelita. Dia cuba menggerakkan tangan dan kakinya tetapi gagal berbuat demikian. Posisi kedudukannya terhad.
Apa yang sudah berlaku? Dia tertanya-tanya sendirian dalam keadaan yang tidak dapat dipastikan itu. Sekelilingnya gelap, ruang pergerakannya terhad, pendengarannya tuli dan nafasnya semakin sesak.
Tiba-tiba fikirannya terbayang sesuatu yang ngeri. Dia kembali cemas.Lelaki itu menelan liur yang perit tatkala mengenangkan yang keadaannya bagaikan di dalam kubur! Dia tertanam hidup-hidup!
Di luar, keadaan mula riuh rendah. Raungan dan tangisan terutama dikalangan penduduk wanita berterusan di mana-mana. Suasana cemas dan kelam kabut.
Hari itu - 11 Mei 1961, beribu tan tanah runtuh di atas sederet kedai yang berada di kaki bukit tanpa disangka. Enam daripada lapan kedaiter timbus sepenuhnya bersama pelanggan yang masih tidak dikenal pasti jumlahnya. Pastinya, semua pelanggan terbabit tertimbus hidup-hidup!
Bagi mereka yang terselamat iaitu tidak berada di dalam enam premis itu, raungan dan jeritan bak histeria kedengaran berterusan sebaik melihat kejadian itu. Lebih-lebih lagi tatkala mengenangkan ada antara saudara, suami, isteri, anak atau ahli keluarga yang sudah tertimbus dalam timbunan tanah itu.
Dan raungan dan jeritan kuat itu bertebaran luas sekeliling bandarberkenaan. Ia menarik perhatian beberapa pihak berdekatan sehingga sekelip mata saja kawasan bandar kecil Ringlet dipenuhi ramai orang.
Lebih 700 orang datang daripada segala pelusuk alam dan mulamengerumuni timbusan tanah itu. Antara mereka adalah sekumpulan tentera British yang sedang beristirahat berhampiran selain jurutera Jerman yang mengendalikan projek berhampiran.
(Tambahan dari saya, PROJEK EMPANGAN DI LUBUK TAMANG ataupun kini dinamakan sebagai Empangan Abu Bakar dibawah teknologi Jerman di mana syarikat dari Jerman diberikan kontrak pembinaan. Ketika ini jugalah, pemilik Genting Highlands, Lim Goh Tong juga terlibat sebagai sub kontraktor. Dari sinilah beliau mendapat ilham perlunya satu kawasan rehat tanah tinggi untuk penduduk Lembah Klang yang akhirnya beliau mendapatkan kawasan di genting sebagai kawasan tanah tinggi yang dibangunkan sebagai kasino dan hotel peranginan selepas kembali dari projek empangan di Ringlet. Manakala Askar Bristih yang sedang berehat adalah dari British Military Hospital dan Kem Slim di Tanah Rata).
(Tambahan dari saya, PROJEK EMPANGAN DI LUBUK TAMANG ataupun kini dinamakan sebagai Empangan Abu Bakar dibawah teknologi Jerman di mana syarikat dari Jerman diberikan kontrak pembinaan. Ketika ini jugalah, pemilik Genting Highlands, Lim Goh Tong juga terlibat sebagai sub kontraktor. Dari sinilah beliau mendapat ilham perlunya satu kawasan rehat tanah tinggi untuk penduduk Lembah Klang yang akhirnya beliau mendapatkan kawasan di genting sebagai kawasan tanah tinggi yang dibangunkan sebagai kasino dan hotel peranginan selepas kembali dari projek empangan di Ringlet. Manakala Askar Bristih yang sedang berehat adalah dari British Military Hospital dan Kem Slim di Tanah Rata).
Mereka mula mengorek dengan harapan masih ada mangsa yang dapat diselamatkan. Selain penduduk setempat, ratusan pekerja projek empangan hidroelektrik berhampiran bergegas menghulurkan bantuan.
Kerja pengorekan dimulai dengan kudrat manusia sehingga peluh berjuraian daripada dahi hingga ke kaki. Pasukan penyelamat daripada pihak berkuasa tiba dengan pantas dan menyertai usaha sukarela pendudukitu.
Seterusnya dua jentera bulldozer dikejarkan untuk mengorek tanah bagi mencari mangsa yang masih tertimbus. Kerja itu bukan mudah lantaran timbunan tanah ribuan tan itu meliputi kawasan luas.
Dianggarkan masih ada kira-kira lebih 20 pelanggan di dalam tiga kedaikopi, dua kedai runcit dan satu kedai daun teh berkenaan ketika tragedi berlaku. Sebuah teksi yang membawa penumpang juga dilaporkan tertimbus.Kini semuanya masih ditelan tanah.
Dua jam kemudian, seorang daripada penyelamat sukarela itu melihat sesusuk tubuh di sebalik timbunan tanah itu. Dia terus menggali lebih bersemangat. Beberapa rakan turut menggali di tempat sama.
Selepas dua jam, kerja menggali mereka mengeluarkan enam kanak-kanak Cina dan empat India yang sudah tidak lagi bernyawa. Seorang wanita Cina yang juga seorang daripada pemilik kedai berkenaan berjaya dibawa keluar hidup-hidup tetapi dua anaknya maut dalam tragedi itu.
Kira-kira 30 pengunjung lain berjaya diselamatkan walaupun mengalami kecederaan. Sebahagian mangsa yang kritikal terus dikejarkan ke Hospital Ipoh dan Hospital Tapah yang berdekatan.
Masa melewati kira-kira empat jam daripada permulaan tragedi apabila satu keajaiban berlaku - seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dijumpai selamat walaupun sudah lebih tiga jam tertimbus hidup-hidup.
Kanak-kanak itu terselamat kerana ketika runtuhan, dia sempat berbaringdan berlindung berhampiran tembok yang menghalang tanah berat itu daripada menimbusinya.
Jam berganti dan hari bersilih, tanah terus diangkut dan kerja pengorekan diteruskan tanpa henti. Menjelang petang hari kedua,sebanyak 13 mayat tercatat dalam senarai mangsa maut tragedi Ringlet.
Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak dan Menteri Kabinet turut melawat dan memantau operasi gerakan mencari berikutan tragedi Ringlet adalah tragedi yang dicatat sebagai sejarah hitam negara. Tidak pernah tanah runtuh berlaku dengan sebegitu teruk dan mengorbankan mangsa yang ramai sebelum ini.
Menjelang petang, tanah yang menutupi enam premis di pekan kecil itu berjaya dibersihkan. Enam premis itu kini tiada lagi, tiada dinding,tiada atap; yang tinggal hanyalah tapak simennya saja.
Ketika semua premis itu runtuh, serpihannya turut menghempap beberapa rumah berhampiran dan menyebabkan kerosakan.
Seterusnya pada hari ketiga, dua lagi mayat ditulis dalam senarai mangsa maut selepas dijumpai dalam timbunan tanah itu menjadikan jumlah mangsa seramai 15 orang.
Hari itu juga, akhbar melaporkan penafian Lembaga Letrik Pusat yang kejadian tanah runtuh itu berpunca daripada projek empangan hidroelektrik bernilai jutaan ringgit yang dijalankan berhampiran pekanitu.
Hari keempat, satu lagi berita sedih disebarkan apabila seorangkanak-kanak perempuan yang pada mulanya ditemui selamat, meninggal dunia di hospital pada pagi 14 Mei. Itulah mangsa terakhir yang menjadi korban tragedi Ringlet 1961, 35 orang cedera dan 16 mangsa menemui mautdi tanam hidup-hidup!
Wednesday, November 21, 2018
7 Wasiat Raja-Raja Melayu
Saya kongsikan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu.
1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA);
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Dan bagi memastikan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu ini dipelihara dan dilaksanakan, maka peruntukkan mengenainya telah digubal didalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11; Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153; dan Perkara 181 (1).
Dan peruntukkan-peruntukkan ini tidak boleh sama-sekali dipinda, diubah, dibatalkan atau dimansuhkan kecuali dengan izin, persetujuan dan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dan tiap-tiap Baginda Tuanku Sultan yang memerintah yang bersidang sepenuhnya.
Tuesday, November 20, 2018
Jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan di Parlimen mengenai kesesakan jalan raya di Cameron Highlands
1. Masalah kesesakan jalan raya di Cameron Highlands adalah serius dan rumit kerana ia melibatkan bidang kuasa beberapa agensi kerajaan pusat, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Tanpa mengambil pendekatan 'multi-agensi', adalah mustahil masalah tersebut dapat ditangani sepenuhnya.
2. Pertama sekali, Laluan Persekutuan FT 59 merupakan satu- satunya jalan yang menghubungkan pekan-pekan utama di Daerah Cameron Highlands seperti Ringlet, Habu, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla, Kampung Raja, Blue Valley sehingga ke Simpang Pulai. Jalan FT59 ini telah mencapai tahap kapasiti maksima dan tidak berkeupayaan untuk menampung aliran dan frekuensi trafik yang sangat tinggi terutamanya pada hujung minggu, cuti persekolahan dan cuti umum.
3. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan sedang mengkaji untuk membangunkan Jalan Pintasan Cameron Highlands sebagai jalan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands.
4. Walau bagaimanapun, cadangan pembinaan Jalan Pintasan Cameron Highlands ini perlu diteliti dan Kajian Kemungkinan (Feasibility Study) perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi mengenal pasti daya maju (viability) projek. Setelah kajian ini selesai, Kerajaan juga perlu memperuntukkan sumber kewangan untuk menampung kos projek ini. Kajian ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya dan dijangka akan selesai pada tahun 2020.
5. Menurut makluman dari Kementerian Kerja Raya, sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek, pihak Kerajaan masih mempertimbangkan pelaksanaan projek menaik taraf dan melebarkan Jalan Persekutuan FT 59 Jalan Ringlet Ke Blue Valley. Dalam hubungan ini, KKR akan bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk mengenal pasti peruntukan kewangan yang diperlukan supaya cadangan projek ini dilaksanakan sebelum tahun 2020.
6. Di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan pula, tumpuan akan diberi dari segi rancangan pembangunan dan penambahbaikan pengangkutan awam di Cameron Highlands yang sebelum ini tidak diberi perhatian yang serius. Punca kesesakan jalan raya di Cameron Highlands adalah kereta-kereta pelancong yang mengunjungi kawasan Cameron Highlands pada hujung minggu dan cuti sekolah.
7. Untuk makluman, di seluruh daerah Cameron Highlands hanya terdapat 151 permit teksi/kereta sewa yang aktif beroperasi di samping perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan MyCar.
8. Bagi perkhidmatan bas pula, hanya terdapat sebuah syarikat pengendali bas yang memberi perkhidmatan bas henti-henti di laluan Tanah Rata - Kg. Raja - Blue Valley dengan 19 trip setiap hari dan purata penumpang 200 orang sahaja setiap hari. Jelas, peningkatan perkhidmatan pengangkutan awam harus menjadi sebahagian daripada strategi dalam menangani kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands. Pihak Kementerian Pengangkutan akan menilai semula perkhidmatan bas di Cameron Highland dan menggalakkan pihak swasta untuk menambah bilangan dan kekerapan bas supaya dapat menggalakkan warga tempatan dan pelancong-pelancong menggunakan pengangkutan awam di Cameron Highland bagi mengurangkan kesesakan.
9. Kementerian Pengangkutan juga mengambil maklum tentang isu parkir yang tidak mencukupi dan juga aduan tentang operasi gerai- gerai di sepanjang jalan utama yang turut menyumbang kepada kesesakan. Walau bagaimanapun, isu-isu tersebut memerlukan usaha penguatkuasaan yang mantap dan strategi baru oleh pihak kerajaan tempatan.
10. Kementerian Pengangkutan juga mengalu-alukan sebarang usaha oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang supaya lebih proaktif dalam berbincang bersama Kerajaan Persekutuan dan mencari jalan penyelesaian yang menyeluruh terhadap isu kesesakan di Daerah Cameron Highlands.
Pahlawan Mat Kilau berkata:
Pahlawan Mat Kilau pernah berkata:
"...Kalau pecah seluruh kulitku, luruh seluruh dagingku, putus seluruh uratku, hancur seluruh tulangku, hilang seluruh nyawaku, tak akan dapat menahan semangatku untuk membebaskan tanah ini... Selagi agama, bangsa dan tanah ini diperas penjajah, selagi itulah aku tidak akan berdiam di rumah sehingga menang atau syahid di jalan ALLAH..."
Begitu para pahlawan dahulu dalam perjuangan dan keteguhan hati yang rela berkorban diri demi memerdekakan tanah dan bangsa ini... Namun berapa ramai lagi diantara kita hari ini yang mendakap erat semangat pahlawan terbilang ini? Beliau bukan saja pahlawan, akan tetapi adalah pengamal Tareqat Tasawwuf yang sangat digeruni musuh Islam... Justeru pahlawan ini juga pernah berpesan:
"...Kalau beragama, jangan sekadar pakaiannya (Syariat), biar tentu bersih juga tubuhnya (hakikat)... Kalau belajar, jangan sekadar ilmunya, biar tentu kukuh juga adabnya... Kalau beramal, jangan sekadar ayatnya, biar tentu juga berbulat dengan rahsia-NYA..."
Begitu pesan Pahlawan Mat Kilau... Diharap kite sebagai anak Melayu khususnya dapat mengambil iktibar melalui kata² Pahlawan Terbilang ini... InsyaAllah...
Monday, November 19, 2018
Nasib melayu di Singapore
Saya menolak ICERD. Pisang tak perlu berbuah dua kali ya.
Nasib melayu di Singapore. Bila pendatang (China) berkuasa .
Perkara 152(2) Perlembagaan Singapura juga menyebut tentang kedudukan istimewa Melayu sebagai kaum pribumi (indegenous people) dan tanggungjawab kerajaan mereka dalam memelihara hak dan kepentingan kaum Melayu dari sudut bahasa, pendidikan, agama, politik, sosial dan ekonomi.
Tetapi apa yang berlaku adalah perlembagaan akan tinggal nama sahaja apabila dasar kerajaan sedia ada akhirnya meminggirkan bangsa tersebut. Contohnya selepas kemerdekaan daripada Malaysia tahun 1965, Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan Singapura telah menghentikan penggunaan nama Melayu bagi jalan di negara tersebut. Malahan mereka mula menggantikan perkataan 'lorong' kepada 'avenue' atau 'drive'. Bermula tahun 1980an, nama2 Cina pula digunakan. Jadi dimana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi bahasa?
Selepas tahun 1965, Singapura telah memperkenalkan kuota perumahan, skim penempatan semula bandar dan mewujudkan sistem perwakilan undi (GRC). Keadaan ini telah mencairkan kuasa politik Melayu dan melemahkan parti parti pembangkang pro Melayu seperti PKMS. Jadi dimana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi politik?
Kuota kediaman etnik juga diperkenalkan pada tahun 1989 dengan syarat bahawa peratusan etnik Melayu tidak boleh melebihi 20% daripada sebuah kawasan pilihanraya dan 22% daripada komposisi penduduk blok perumahan awam. Jadi di mana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi ekonomi sedangkan tumpuan perniagaan dan infrastruktur adalah kepada kawasan perumahan berpusat seperti ini?
Dari segi pendidikan, kedudukan Melayu lebih parah. Sehingga 2005, tidak pernah ada seorang pun Melayu menerima biasiswa Angkatan Tentera Singapura (SAFOS). 98% daripada penerima biasiswa luar negara SAFOS pula berbangsa Cina. Bermula tahun 1990, kerajaan Singapura telah membatalkan dasar pelajaran percuma kepada kaum Melayu tanpa syarat yang diwarisi dari zaman British. Kesannya, mana2 keluarga Melayu berpendapatan SGD2000 sebulan perlu membayar yuran pengajian yang tinggi. Jadi dimana pemeliharaan terhadap kedudukan Melayu dalam pendidikan?
Saya tak ada masalah jika bangsa saya jahil. Jahil itu penyakit. Penyakit itu ada ubatnya. Belajar dan membaca adalah ubat kejahilan.
Tapi menjadi babi ni tak ada ubat. Samak macammana pun dia akan kekal najis.
Sumber rujukan:
1. Perlembagaan Singapura ms 158
2. Dilema Singapura: Peminggiran Politik dan Pelajaran Masyarakat Melayu, Prof Madya Dr Lily Zubaidah Rahim (Assoc Professor at University of Sydney), Oxford University Press, 2004, ms 91-101, 265
Sunday, November 18, 2018
Musim Petai di Cameron Highlands
Saya menjawab soalan adakah petai sudah bermusim di Cameron Highlands.
Jawapan saya ialah musim petai di Cameron Highlands bagi tahun 2018 nampaknya sepanjang tahun kali ini.
Boleh dikatakan setiap hari ada penjual petai di tepi jalan di Cameron Highlands.
Petai diperolehi dari Jalan Tapah yakni sekitar Kampung Orang Asli malah penjualnya juga adalah Orang Asli.
Antaranya rakan saya Mamud digerai jualannya di antara Tea Shop 1 dan 2 Bharat Tea laluan Tanah Rata ke Ringlet.
Petainya dijual mengikut jenis petai sekitar 80 sen sehingga 1.20 sekeping malah Ada juga dijual secara pukal.
Musim Durian kembali di Cameron Highlands
Ya. musim durian kembali di Cameron Highlands. Namun harus doing at durian di sini bermaksud durian Jalan Tapah.
Rakan saya Mamud menjual durian dari hasil yang diraih sekitar Kampung Orang Asli Batu 7 Jalan Tapah. Biasanya musim durian ini akan naik ke kampung orang asli di mengikut waktunya.
Durian yang dijual berharga Rm 8-20 setiap kilogram. Zaman durian longgok dah tak ada ya.
Gerai Durian Mamu terletak di antara BHARAT TEA Shop dari arah Ringlet ke Tanah Rata.
Petai juga masih dijual di gerainya.
DAP Dan ICERD
Saya Melayu dan saya menentang ICERD. Hiduplah di bumi Tanah Melayu ini secara harmoni sejak 60 tahun dahulu.
Fasihkan bahasa Melayu dahulu.
Pas patut menyesal kerana erat berdakapakn sebantal dengan DAP satu ketika dahulu.
Dan saya tak perlu jadi Ahli UMNO untuk katakan sebegini sebab saya Melayu.
Melayu yang diperlekehkan nilainya oleh bangsa sendiri.
Adakah saya rasis? Saya tak peduli sebab saya Melayu.
DAP enggan ulas ICERD.
.
"Bukan kami yang bangkitkan isu ICERD, itu Waytha Moorthy. Biar dia saja yang jawab.
"Tumpuan saya hanya pada tugas sebagai Menteri Kewangan saja, dan untuk baiki ekonomi negara," katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang di sini, hari ini.
Katanya, parti pembangkang ketandusan modal politik sehingga sanggup memainkan sentimen agama dan perkauman.
"Itu parti yang tiada modal untuk bayar kakitangan awamnya mahu anjur demonstrasi besar-besaran.
"Kita perlu hati-hati. Mereka tiada inisiatif untuk baiki ekonomi negeri mereka pun tetapi mahu main sentimen perkauman," katanya.
.
Inilah dia tuan-tuan, 'a classical case of', baling batu sembunyi tangan.
Sebab apa saya kata demikian,
Sebab tak sampai sebulan yang lalu, YB Batu Kawan, Kasthuriraani a/p Patto (YB Kasthuri) iaitu YB DAP, adalah ahli parlimen yang pertama sekali menyebut mengenai isu ratifikasi konvensyen hak asasi manusia semasa beliau membahas usul dasar hala tuju dasar luar 'Malaysia Baharu' berdasarkan ucapan perdana menteri di UN beberapa minggu sebelum itu.
Dalam ucapan YB Batu Kawan tersebut, beliau berkata mengikut janji no 26 dalam manifesto PH, salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rekod 'hak asasi' manusia yang dihormati dunia adalah untuk kerajaan PH meratifikasikan semula konvensyen hak asasi antarabangsa seperti:
1. The International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR)
2. The International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD)
3. United Nations Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (UNCAT)
4.International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of Their Families (OHCHR)
5. International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (ICESCR)
6. International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance(ICPPED)
7. Convention on the Rights of the Child(CRC)
8. The Universal Declaration of Human Rights (UDHR)
9. Convention on the Elimination of all Forms of Discrimination Against Women (CEDAW)
.
Terang dan nyata ratifikasi konvensyen ICERD turut disebut di dalam ucapan beliau ketika itu.
Saya sendiri pernah upload video ucapan tersebut dan tulis akan kebimbangan saya mengenai isi kandungan dan mesej yang dibawa oleh beliau ketika itu.
Rujuk tulisan saya yang lalu:
Perkara 153, 3, 160 terancam?
Yang kelakarnya, harini, lepas YB LGE nampak isu ni dah jadi polimik nasional, rakyat mula bangkit dan mempersoalkan kewajaran dinaikkan isu ini, boleh pula kata, eh bukan DAP yang bangkitkan isu ratifikasi ini dan telah kambing hitamkan YB Senator Waytha secara bersendirian. Kesianlah kat YB menteri perpaduan kita tu..
Apa YB LGE ingat kami ni selalu makan semut ke apa cepat sangat lupa? 😅
Bukan semua Melayu mudah lupa YB.. ;)
Dan saya nasihatkan YB LGE jangan pernah cuba untuk menutup kebobrokan agenda ratifikasi ini dengan mengatakan ini adalah sebuah isu agama perkauman dsbnya.
Kerana ketahuilah YB,
Bahawa ini bukan isu perkauman atau agama, ini adalah isu hak kami orang Melayu, anak negeri Bumiputera Sabah Sarawak yang telah termaktub dijamin dan dipersetujui di dalam perlembagaan sejak zaman datuk nenek moyang kita lagi.
Jadi jangan macam-macam.
Sekian.
#tolakicerd
#bantahicerd
#nodiscussionneeded
Saya menentang ICERD ....
Saya Melayu dan menentang ICERD dan saya tetap menyokong mana-mana pihak yang menentangnya.
Saya sokong kenyataan Saudara Roslan Ab Hamid ini.
Saya rasis pada anda? Saya tak peduli.
*******
ISU ICERD
.
1. Sahabat bertanya . "Tuan diam sahaja apabila isu ICERD berkumandang". Saya baca dan faham ICERD. Cuma tidak mahu menjerit laung lagi.
.
Looooh-gi-larr. Tidak mahu terlibat menyalakan api permusuhan antara bangsa dalam negara. Inter ethnic. Merdekakan diri dengan ilmu bukan dengan emosi sempit melulu.
.
2. Jawapan mudah - majoriti rakyat sudah buat keputusan mahukan kerajaan Harapan ini. Dan apabila kerajaan ini lantik Mr Waythamoorthy sebagai senator dan menteri maka kita sudah dapat menghitung bilang ujung kisah perjuangan Hindraf. Melantik manusia emosi berapi yang sentiasa mahu menyalakan api perang yang tidak aada berkesudahan.
.
3. YB Senator ini kata dia generasi ke 4 masyarakat India yang dianaktirikan dalam negara kelahiran sendiri. Kelompok 7.2 % (2.3 juta) dalam negara yang merasa terpinggir dan teraniya. Sepanjang merdeka, dia kata "dijangkakan 10,000 kuil telah dimusnahkan". Tinggal berbaki 23,000 kuil sahaja lagi.
.
4. Cara dia membakar api perbalahan ketara. Tahukah dia matematik mudah? 23,000 kuil yang masih ada untuk 2.3 juta rakyat Malaysia kaum India. Bermakna satu kuil untuk 100 orang. Apakah YB mahu satu kuil untuk 10 orang?
.
5. Cakap cakap "membakar api permusuhan kaum" seumpama ini telah lama kedengaran. Sekarang dia ada di persada kuasa. Dia berhak untuk buat apa sahaja.
.
Kita berada dalam jaman edan. Di sebalik serabutnya masing-masing pemimpin kaum cuba membuktikan kelompok mana yang datang dulu ke negara ini, maka di situlah mulanya "perang tanding" siapakah jaguh pejuang bangsa masing masing.
.
6. Branding Melayu yang memerintah masa lalu adalah umpama Nazi di Germany. Yang mengorbankan satu kaum demi ketuanan kaum yang lain. Ini sungguh bahaya. Kebencian merata hingga hilang punca. Kemarahan pada kerajaan lalu, hingga kita lupa pada perkara pokok dalam perlembagaan.
.
7. Ratifikasi ICERD, katanya tidak akan ubah Perlembagaan Negara. Namun jelas dan nyata, ini langkah awal memandulkan akta akta yang sedia ada. Tekanan dunia akan bermula apabila kita buka jendela untuk orang intai masuk.
.
8. Ada kawan kata, jangan ambil hak orang. Siapa ambil hak siapa? Negara Bangsa ini telah berkorban memberikan kerakyatan kepada atuk dan nenek YB Senator Waythamoorthy pada malam 30 Ogos, 1957 atas dasar baik sangka dan tolerasi Melayu demi memerdekan negara dari British. Kita merdeka dari kuntuman rasa yang segar dari 3 pohon bangsa yang serasi mesra.
.
9. Itu dulu. Sekarang, terpulang lah. Anak Melayu yang telah pintar terdidik mahu kesamarataan hak. Berikan. Saya juga telah menyiapkan keluarga untuk bersaing sama rata sama rasa. Orang putih kata , "Bring it on".
.
10. Peduli apa pada rakyat dan orang kampong. Peduli apa pada orang FELDA dan mereka yang dapat banyak bantuan dari MARA, TEKUN, AIM dan umpamanya. Kita telah lepas dan kita bercakap seolah kita adalah kalis pada kemiskinan masa lalu dan sentiasa ada "batas suci" yang perlu kita angkat tinggi.
.
11. Biarkan orang kampung yang terpinggir itu, pandai pandai lah mereka. "Semua ini salah Najib Razak yang songlap 1MDB. Tun kan ada..." Jika inilah cara kita berfikir, kita sedang menempah sengsara. Bakal menggali kuburan besar untuk bangsa.
.
12. Ooooh ya, berdasarkan kiraan yang sama, ada 23,875 masjid dan surau dalam Malaysia. Orang Melayu pula berjumlah 17. 45 juta. Nisbah 1 Masjid : 731 orang Islam.
13. Apakah ini sama rata sama rasa . Poorahhhh. Sampai hak berkhitan bayi perempuan orang Islam pun dipersoalkan. Fakta nyata, "ia bukan Female Genital Mutilation". Ia lain. .
.
Sudah gaharu cendana pula Kak Wan. Sudah tahu bertanya pula? Jangan demi kuasa, kita sanggup gadai segalanya.
Roslan Ab Hamid
Ketereh, Kelantan.
18 November, 2018
Saturday, November 17, 2018
ICERD tidak perlu diratifikasikan
KETUANAN MELAYU BUKAN TONGKAT UNTUK ORANG MELAYU SAHAJA, TETAPI ASAS PEMBINAAN NEGARA
Sila follow IG penulis di : https://instagram.com/khairiasyraf_17
ICERD tidak perlu diratifikasikan kerana 5 sebab :-
1) Apa faktor pendesak yang memerlukan ianya diratifikasi sedangkan selama ini negara ini boleh hidup aman damai sejak sekian lama. Untuk apa ja ICERD nak dibuat? Kalau ICERD tiada, kaum bukan Melayu didiskriminasikah selama ini? Jika ICERD dibuat dan tidak menyentuh peruntukan perlembagaan, maka untuk apa ia diratifikasikan memandangkan ia tiada membawa apa-apa makna?
2) Apakah Perlembagaan kita tidak cukup untuk menjamin hak setiap warganegara? Perlembagaan ada menyatakan hak samarata kecuali dalam bab agama persekutuan dan hak istimewa Melayu dalam Perkara 8. Kebebasan mengamalkan agama masing-masing dalam Perkara 11. Perkara 153 sendiri tidak menafikan hak kaum lain.
3) Apa jaminan dengan ICERD diratifikasikan, maka keadaan semakin baik? Negara yang meratifikasikan ICERD ini seperti China tetap ada masalah pembantaian etnik Uyghur, India tetap ada masalah penindasan minoriti Muslim, Amerika dan Eropah tetap ada sentimen perkauman Afrika Kulit Hitam.
4) Orang bukan Melayu di Malaysia semuanya diberikan peluang pelajaran dan pekerjaan. Bahkan Sekolah Jenis Kebangsaan juga dibiarkan ada walaupun sebenarnya ia tidak menepati kehendak Perlembagaan. Kekayaan serta ekonomi negara pun tidak dinafikan bahkan sebaliknya yang bukan Melayu lah lebih kaya dari kaum majoriti. Orang bukan Melayu bebas nak amalkan budaya dan agama masing-masing. Orang bukan Melayu jadi Menteri Kewangan, Menteri Undang-Undang, Peguam Negara, Timbalan YDP Speaker Dewan Rakyat. Jadi dimana penindasan atau diskriminasinya?
5) Kesamarataan tidak semestinya membawa Keadilan. Bahkan Kesamarataan dan Keadilan itu dua perkara berbeza. Keadilan itu adalah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Kalau nak jugak perjuangkan kesamarataan, aku nak setiap bulan akaun bank aku dimasukkan wang sama banyak sama rata dengan apa yang Menteri Kewangan dapat. Boleh?
Ketuanan Melayu bukanlah satu bentuk penindasan. Ketuanan Melayu bukanlah sebuah bentuk Supremacism. Ketuanan Melayu ini bukan tongkat untuk orang Melayu sahaja, tetapi dengan Ketuanan Melayu inilah terbinanya asas negara kita melalui penggubalan Perlembagaan, menuntut Kemerdekaan dan pemberian Kewarganegaraan kepada kaum Pendatang. Jika tongkat ini dibuang, runtuhlah seluruh institusi negara yang telah disusun sejak sekian lama lalu wujudnya kacau bilau. Sama ada ianya digelar "Ketuanan Melayu", "Kedaulatan Melayu" atau apa sahaja nama lain, hakikatnya ia bersandarkan kepada legitimasi Perlembagaan dibawah Perkara 153 yang menjamin hak istimewa orang Melayu.
Orang Melayu berjihad dengan Darah, Keringat dan Air Mata melawan penjajah bermula dari Portugis, Belanda, British, Jepun dan Komunis sejak beratus tahun lamanya. Kemudian British datang lagi ke Tanah Melayu buat kali kedua yang mahu tubuhkan Malayan Union pada 1946.
Umat Melayu bangkit menentang sekeras-kerasnya perkara tersebut. Ini kerana Malayan Union adalah satu bentuk pentadbiran yang menghapuskan takhta Raja-Raja Melayu dan British bermudah-mudah memberikan hak kewarganegara samarata kepada kaum pendatang imigran di Tanah Melayu secara Jus Soli.
Oleh itu, bagi mengelakkan British dari memandai-mandai tentukan hala tuju Tanah Melayu ini, perlembagaan baharu digubal dengan campur tangan penduduk asal negara ini sendiri iaitu umat Melayu (Prince of Soil).
Pada 1947, Jawatankuasa Perundingan diwujudkan. Oleh itu, termeterainya Kontrak Sosial 1948 sebagai asas perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Umat Melayu boleh menerima kerakyatan kaum pendatang secara Jus Soli tetapi dengan bersyarat.
Sebagai tukaran (quid pro quo) terhadap budi baik umat Melayu yang memberikan taraf kewarganegaraan kepada kaum pendatang, maka kaum pendatang perlulah mengiktiraf hak keistimewaan Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Ketertinggian Agama Islam dan Kedudukan Bahasa Melayu juga perlu diakui. Pelawaan ini menggambarkan sifat keterbukaan umat Melayu yang sanggup berkorban, tolak ansur dan rela berkongsi sebahagian hak secara toleransi dengan kaum pendatang.
Jika kaum pendatang itu tidak bersetuju dengan syarat umat Melayu selaku tuan tanah untuk tinggal di Tanah Melayu ini, maka mereka diberi dua pilihan lain iaitu sama ada untuk :-
1 ) Pulang ke negara asal, atau
2) Berpindah ke negara Asia lain di bawah jajahan British (Komanwel).
Setelah perkara ini dipersetujui, barulah rakyat Tanah Melayu bergerak menuju kearah kemerdekaan dan pemerintahan sendiri. Dalam PRU pertama pada tahun 1955, umat Melayu mendominasi kerusi pemerintahan dengan begitu besar. Jika tanpa gabungan dengan kaum bukan Melayu pun, tetap umat Melayu boleh dirikan kerajaan sendiri. Namun perkara ini tidak dilakukan oleh umat Melayu. Umat Melayu bukan sahaja memberikan hak kewarganegaraan, bahkan hak untuk mengundi dan hak untuk menyertai politik juga diberikan menandakan tiada unsur "Second Class Citizenship" diamalkan.
Setelah ada barisan kerajaan sendiri, maka pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu ini pergi ke London untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi memerintah sendiri negara ini tanpa campur tangan British. Pada 5 Ogos 1957, Majlis Raja-Raja Melayu menandatangani "7 WASIAT RAJA MELAYU" yang merangkumi :-
1) Nama negara ini adalah Persekutuan Tanah Melayu
2) Rizab tanah 50% untuk Umat Melayu
3) Rejimen Askar Melayu untuk melindungi anak cucu dari ancaman luar dan dalam negara
4) Jaminan mengekalkan kedaulatan Raja-Raja Melayu
5) Islam Agama Persekutuan (Perkara 3)
6) Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan (Perkara 152)
7) Perlindungan Kedudukan Istimewa Orang Melayu (Perkara 153)
Kemerdekaan dan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1957. Dengan adanya kemerdekaan dan perlembagaan ini, hak setiap orang sama ada Melayu dan bukan Melayu telah dijamin. Dengan adanya persetujuan-persetujuan di atas inilah terbinanya negara ini. Kaum bukan Melayu yang asalnya imigran dipelihara haknya dan tidak dipanggil "Pendatang" lagi setelah diberi kewarganegaraan manakala kaum asal iaitu Tuan Tanah diiktiraf kedudukan istimewanya.
Jadi perlulah kita seluruh rakyat Malaysia hidup rukun damai, saling menghormati dan bersatu padu. Bersyukurlah, berterima kasihlah, berhutang budilah. Kenangkan kembali perjanjian-perjanjian ini dulu. Kita dah merdeka 60 tahun lebih dah. Perkara asas sebegini sepatutnya tak perlu diungkit kembali. Kita sekarang nak menuju ke arah Negara Maju Revolusi Industri 4.0 yang memerlukan sumbangan dari seluruh warga Malaysia. Hanya dengan keamanan negara sahajalah dapat kita capai hasrat ini. Duduk baik-baiklah kerana kita sudah lama bahagia di tanah ini. Jangan minta lebih, takut apa yang sudah ada nantinya hilang semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KOLEKSI CATATAN:
-
▼
2018
(245)
-
►
November
(30)
- Kenapa Negara Arab meratifikasi ICERD....
- FENOMENA 'KEPALA AIR'
- Langkah jangka pendek dan jangka panjang kesesakan...
- GEJALA PENEROKAAN TANAH SECARA HARAM TERUTAMANYA Y...
- Pasar Malam Cameron Highlands dibuka setiap malam ...
- Tragedi Tanah Runtuh di Ringlet:16 mangsa tertanam...
- 7 Wasiat Raja-Raja Melayu
- Jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan di Parlimen ...
- Pahlawan Mat Kilau berkata:
- Nasib melayu di Singapore
- Musim Petai di Cameron Highlands
- Musim Durian kembali di Cameron Highlands
- DAP Dan ICERD
- Saya menentang ICERD ....
- ICERD tidak perlu diratifikasikan
-
►
November
(30)