TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, October 7, 2017

Tips memandu dalam kabus di Cameron Highlands


Seringkali kabus akan muncul di Cameron Highlands dan selalunya tidak pernah memilih masa dan tempat. Malah tidak pula akan sama berapa lama ianya akan berada di satu-satu kawasan. Seringkali kabus yang muncul ini akan menyukarkan pemanduan anda di sini kerana menghadkan jarak penglihatan anda baik semasa siang ataupun malam.

Apa yang saya dapat kongsikan berdasarkan pengalaman saya memandu dalam suasana berkabus sekitar 10 tahun lebih di sini.


Cuma harus diingatkan, ini sekadar pengalaman saya semata bukan teruji secara teknikal dan rasmi. Rasa lojik anda boleh ikut, kalau tidak sila abaikan sahaja.

1. Pastikan anda memasang lampu semasa suasana berkabus. Kalau boleh lampu penuh bukan lampu dimmer atau sisi aje.

2. Pasang lampu kabus atau fog lamp jika ada. Yang Toyota Vios ada rear fog lamp tu saya tak pasti berfungsi atau tidak sebab anda bukan memandu mengundur...

3. Jangan pasang lampu kecemasan sebab anda boleh mengelirukan orang samada anda berhenti atau pun tidak.

4. Pasang wiper anda selalu. Jangan kedekut getah wiper anda sebab adakala ketebalan kabus berubah dan menyebabkan cermin kereta anda lebih kabur sebab basah secara tiba-tiba.

5. Jangan memandu laju. Nak cepat ke mana sangat. Bukan selalu anda berkabus tebal. Nikmati sahaja pemanduan dalam kabus tu.

6. Jangan memandu terlalu dekat dengan kenderaan dihadapan. Jarak yang selamat sekitar 10 meter.


7. Jika kabus terlalu tebal, jangan berhenti di tepi jalan sebab pemandu lain pun sukar nak perasan kereta anda sedang parkir kerana mereka akan mengikut lampu belakang kereta dihadapan.

8. Jika kabus terlalu tebal juga, jangan suka hati keluar dari kereta nak bergambar sebab pemandu lain mungkin tak perasan dengan anda yang berdiri di tepi jalan. Saya risau, itu mungkin gambar terakhir anda selepas itu...

9. Jika kabus terlalu tebal dan tak nampak jarak dihadapan, gunakan garisan tepi sebagai panduan pemanduaan. Jangan guna garisan tengah sebab kemungkinan anda makan jalan atau pemandu bertentangan anda makan jalan.

10. Jangan memecut secara tiba takut anda hilang kawalan akibat licin.

11. Jangan memotong kerana anda tak nampak jarak kereta dari hadapan.

12. Jangan membrek secara tiba-tiba kerana boleh menyebabkan kereta di belakang anda akan terlanggar anda jugak.

13. Bab lampu mana nak pilih? Saya suka lampu rendah di waktu malam sebab anda akan lebih nampak permukaan jalan anda dihadapan bukan jauh ke depan. Waktu siang boleh guna lampu tinggi cuma tak pasti kenderaan bertentangan arus rasa silau ke tidak. Kalau malam memang terasa silau juga.

14. Jangan nak memotong motor dihadapan anda kemudian masuk secara tiba-tiba semula sebab orang yang bawa motor selalunya menunduk muka ke bawah sebab mengelakan air hujan menusuk muka mereka. Jadi mereka kurang alert dengan tindakan tiba-tiba.

15. Penunggang motor juga kan mengalami pemandangan yang berjarak pendek dan tidak jelas sebab wap kabus membentuk halangan di wiser helmet mereka.

16. Bunyikan HON. Saya rasa masa ni agak sesuai untuk bunyikan hon jika anda benar-benar rasa tal yakin dengan laluan dihadapan. Hon sebagai amaran bukan nak maki orang....

17. errr esok fikir lagi..


Apa lagi ya... nanti kalau ada terfikir saya tambah....  


No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock