Saya sekadar nak kongsikan sedikit kemaskini mengenai Jalan Simpang Pulai untuk ke Cameron Highlands.
Pertamanya adalah koleksi dari sudut pandangan atas menggunaka Drone oleh Saudara Jan Syariza yang dikongsikan sendiri olehnya di Facebook Cameron Highlands Group minggu lepas. Bagi saya cantik gambar yang dikongsikan ini sebab memberikan gambaran yang sangat jelas.
Jika anda mahukan versi gambar yang lebih berevolusi tinggi, hubungi Saudara Jan Syarizan untuk urusan seterusnya. Drone tu mahal tau, jangan buat muka toya nak Freeeeee aje...
Keduanya kemaskini pengalaman saya sendiri Sabtu dan Isnin baru-baru ini. Rumusannya semuanya berjalan lancar tanpa perlu ada kebimbangan apa-apa. Sebab dua minggu ada pengguna yang berkongsikan kisah ada kereta yang mencurigakan mereka dan mendapat pelbagai reaksi tambahan dari pengguna yang lain.
Jadi saya sekadar berkongsikan pengalaman saya semata.
Cuma kisah keselamatan cerun di sini saya agak menaruh kenyakinan kepada Jabatan Kerja Raya yang telah memberikan jaminan keselamatan cerun terutamanya di km 44 dan km 46 yang telah dibaik pulih.
Namun di kilometer 44, kelihatan runtuhan cerun masih berlaku dan ini agak membimbangkan namun pihak JKR telah berkongsikan teknik binaan jalan di situ telah dinaiktarafkan.
Manakala di kilometer 46 pula terowong separuh struktur telah pun dibuka sepenuhnya dan mampu menghalang runtuhan cerun dari atasnya ke laluan ini. Ini adalah struktur half tunnel kedua di Malaysia namun adalah yang terpanjang.
Semua ini pernah saya kongsikan dalam catatan awal saya dan mungkin boleh saya kongsikan kembali di link dibawah.
- Jalan Simpang Pulai
- Jalan Simpang Pulai Runtuh?
- Status Baikpulih kilometer 44 Jalan Simpang Pulai
- Status baikpulih cerun dan Half Tunner Kilometer 46 Jalan Simpang Pulai
Cukup tak? Saya ok sahaja dengan laluan ini... Simpang Pulai ke Kampung Raja sekitar 50-60 minit.
No comments:
Post a Comment