TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, October 13, 2017

Lata Iskandar 2017


Saya pernah berkogsikan kisah Lata Iskandar di Jalan Tapah dahulu.

Tapi kali ni saya nak kongsikan sedikt info yang saya baca baru-baru ini dari Facebook Komuniti Cameron Highlands mengenai lata istimewa ini.

Saya kongsikan di sini.

********

Air Terjun Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi yang menarik dengan kewujudan siratan alam semulajadinya yang mengagumkan dan mudah untuk dikunjungi. Berada dibawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Perak Daerah Batang Padang, air terjun ini terletak di pertengahan jalan dari Tapah ke Cameron Highland iaitu 15 km dari Pekan Tapah melalui jalan raya Tapah serta 85 km dari bandaraya Ipoh.


Pengunjung yang ingin ke air terjun ini boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Tapah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini adalah bersiar-siar, berenang dan jungle tracking.

Suasana yang dikelilingi dengan tumbuhan hijau melata, pokok-pokok hutan menambahkan lagi kesejukan yang menyengat isi dan tulang kita sewaktu berada dikawasan ini. Lata ini mempunyai kolam-kolam takungan di setiap hujung barisnya, menyediakan satu tempat mandi yang sesuai untuk seisi keluarga. 

Pengunjung boleh mengambil peluang untuk bermandi-manda serta merasai airnya yang sejuk dan segar, yang terbit dari kawasan pergunungan. Bagi pencinta alam pula, sedikit masa boleh diluang untuk melalui denai-denai hutan yang telah disediakan yang pasti akan membawa anda kepada keseronokan dengan hidangan kekayaan flora dan fauna di sekeliling air terjun ini. Bagi anda yang berkunjung ke sini bersama keluarga, apa kata bawa bekalan untuk berkelah, makan di sudut tepi air terjun sambil dihembus dengan percikan debu jernih airnya pasti tidak akan luput dari ingatan setiap orang.



Di bahagian bawah air terjun ini, terdapat bazar-bazar kraftangan yang menawarkan pelbagai hasil kraftangan yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Terdapat juga kedai seni kreatif disini
seperti ukiran dan lain-lain. Setiap ukiran yang dipamerkan mempertontonkan makna tersendiri. Warna dan coraknya masih mengekalkan keaslian yang artistik dan tidak kurang menariknya apabila labu yang diukir boleh dijadikan untuk pelbagai fungsi. 

Lokasi kedai ini adalah kawasan deretan kedai-kedai menjual pelbagai barangan hiasan. Jadi, jangan ketinggalan untuk memiliki sendiri barangan kraftangan dengan harga yang murah dan anda pasti akan berpuas hati dengan kualitinya. Hasil-hasil kraftangan di sini sangat bermutu tinggi dan ianya hasil buatan warga asli tempatan.


Deretan gerai-gerai juga disedikan berhampiran kawasan air terjun bagi mendapatkan bekalan minuman dan makanan ringan untuk keselesaan orang ramai yang singgah untuk menikmati keindahan Lata Iskandar. Turut dijual disini ialah herba serta akar-akar kayu seperti tongkat ali, kacip fatimah dan lain-lain lagi untuk tujuan perubatan dan penjagaan kesihatan. Antara kemudahan yang terdapat disini ialah tandas awam dan pondok wakaf untuk pengunjung berehat sebelum menyambung perjalanan ke Cameron Highland mahupun turun ke pekan Tapah. Andainya anda ada merancang untuk ke Cameron Highland, moh singgah dan nikmatilah keindahan di Lata Iskandar serta abadikan dalam foto kenangan percutian anda.

Taman Eko-Rimba Lata Iskandar

Taman Eko-Rimba Lata Iskandar adalah terletak di daerah Tapah, Perak. Kemudahan yang terdapat di sini ialah pondok rehat, gerai makanan dan kedai cenderamata.

Di buka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah. Tiada bayaran masuk dikenakan.

Lokasi Lengkap:
-15 km dari Bandar Tapah melalui Jalan Tapah ke Cameron Highlands.
-85 km dari Bandaraya Ipoh melalui Jalan Tapah - Brinchang – Bluevalley. Hutan Lipur Lata Iskandar adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bukit Tapah yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.

Apakah stesen terdekat untuk ke Lata Iskandar?
Stesen terdekat untuk ke Lata Iskandar Waterfall adalah:
-Opp Kelana Square adalah 208m jauh, 3 min dengan berjalan kaki
-Kelana Puteri Condo adalah 454m jauh, 6 min dengan berjalan kaki
-Kelana Mahkota Condo adalah 585m jauh, 8 min dengan berjalan kaki

Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan,
35000 Tapah, Perak
Tel. : 605-4011 216
Faks : 605-4015 331
No. Kecemasan:
• Dial 911
• Hospital Tapah - 16 km (605-4011 333)
• Balai Polis Tapah Road- 32 km (605-4181 222)
• Balai Bomba dan Penyelamat Chenderiang Lama - 24 km (605-4011 444)

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock