Saya menemui satu journal catatan mengenai bagaimana seorang tentera British yang cedera mendapat rawatan di BHM Cameron Highlands.
Kini bangunan ini masih kekal dan digunakan sebagai SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT TANAH RATA. |
Ada beberapa petikan catatan yang menarik untuk dikongsikan. Namun saya kongsikan mengikut pemahaman saya semata-mata ya.
1. Phil Khempster telah mengalami kecederaan semasa bertugas di Johor dan telah dibawa ke Cameron Highlands dari Changi Sinagpore bersama beberapa askar yang juga cedera termasuklah askhar Gurkha untuk menerima rawatan susulan dan berehat di British Military Hospital.
2. Beliau diterbangkan ke Ipoh dan mengikuti konvoi ke Cameron Highlands. Awal catatan perjalanan beliau menyatakan suasana persekitaran di kawasan Ipoh ke Tapah (saya rasa) berlandai dengan suasana kampung, sawah padi dan ladang kelapa sawit serta getah yang diusahakan oleh peladang British.
3. Bab bagaimana pergerakan mereka ke Cameron Highlands melalui Jalan Tapah akan saya kongsikan dalam catatan lain memandangkan saya rasa ianya agak unik kisahnya.
4. Ketika memasuki kawasan Tanah Tinggi Phil Khempster mengatakan ianya mulai terasa sejuk malah amat sejuk dan tidak menyangkakan sesejuk itu. Malah beliau mengatakan itulah suasana sejuk yang pertama dirasanya selepas keluar dari tempat asalnya di Blighty.
5. Mereka sampai di BMH Tanah Rata dan kalau dilihat sekarang adalah di Sekolah Convent. Bloknya dibahagian belakang Gereja Convent jika dilihat dari tanda X oleh beliau.
6. Mereka melalui proses pemulihan kecederaan yang dialami dengan gambaran berikut "Hospital Yang Hebat tetapi terapinya seperti neraka namun semuanya kesakitannya hilang kerana semua nursenya yang berambut blonde sangat comel seperti anak patung".
7. Di hadapan BMH terdapat penempatan tentera yang kalau di dilihat dari gambarnya berbentuk Niesen Hut dan menjadi benteng keselamatan kepada penempatan BMH dan sekitarnya.
Rasanya kawasan ini adalah Prima Villa Apartment sebelah Box Port |
8. Di bawah BMH pula terdapat gerai dan kedai yang menjual barangan keperluan penduduk dan saya dapat mengesakan ianya adalah Pekan Tanah Rata.
9. Kisah catatan ini saya kisarkan pada tahun 1952. Gambar dibawah menunjukan kawasan hujung pekan Tanah Rata yang masih belum dibangunkan.
10. Khempster mengatakan terdapat sebuah tugu marmar di laman BMH ini sebagai peringatakan kepada seorang Rahib yang telah diperkosa dan dibunuh oleh Tentera Jepun semasa zaman perang dunia kedua 1942 yang menggunakan bangunan hsopital dan gereja sebagai pejabat dan kediaman pegawai mereka. Malah dikatakan roh Rahib tersebut kadangkalanya dapat dilihat berkeliaran dan melintasi kawasan hospital diwaktu malam menjadikan suasana hospital ini berhantu. Namun Khempsetr mengakui sendiri beliau tidak pernah terserempak dengan hantu tersebut kerana akan menutup kepalanya dengan bantal semasa tidur. Penakut juga mamat ni rupanya..
Cukuplah kut... anda klik untuk ke Link website tersebut. Untuk anda membaca penuh catatan dari Chapter 13 yang ditulis oleh Phil Khempster dalam buku A Brief Story of Life on Reme, a Craftsman Story 1948-1953 ini silalah ke KLIK di SINI.
2 comments:
Sir, saya dulu bersekolah di SK Sacred Heart, Melaka & sekolah sy juga bekas hospital tentera British & gereja. Kadang² tu seram jugak bila pegi bahagian gereja sekolah & bilik rahib. Sekadar berkongsi pengalaman. 😁
dah 13 tahun mengajar di sekolah ini. harap2 tidaklah terserempak dengan hantu sister yang diperkosa oleh tentera jepun tu.hehehe
Post a Comment