Minggu lepas, JKR Batang Padang memuatnaikan maklumat terkini pembaikan semula Jalan Tapah ke Cameron Highlands.
Ramai yang teruja dan turut berkongsikan aktiviti yang sangat di nanti ini. Ianya sangat menjadi tumpuan kami sebab telah melalui jalan ini yang berkeadaan teruk sejak 3 tahun lalu.
Alhamdulillah, KDYMM Pemangku Raja Pahang mendengar rungutan dan keluh kesah rakyat naungannya di Cameron Highlands dan Baginda sendiri melalui Jalan Tapah ini dan mengakui sendiri keadaaan yang teruk dan berjanji akan menghantar kedukaan Baginda kepada pihak yang terbabit. Klik Catatan awal tersebut di SINI.
Malah YAB Menteri Besar Perak turut sama mengeluarkan kenyataan bahawa jalan ini perlu segara dibaiki sehari sebelum lawatan KDYMM Pemangku Raja Pahang ke sana. Saya juga telah berkongsikan catatan tersebut di SINI
Seminggu lebih, JKR Batang Padang memulakan kerja pemulihan jalan ini.
Namun saya sendiri tertanya-tanya apakah skop keseluruhan kerja-kerja pembaikan ini. Pemerhatian saya semalam, hanya sekitar atau anggaran 300 meter lebih yang diturap semula setakat ini.
Itus sahaja yang boleh saya kongsikan. Harap bukan berstatus melepaskan batuk di tangga sahaja kerjanya ya.
Jom kita tanya JKR Batang Padang.
No comments:
Post a Comment